Memaparkan catatan dengan label cetusan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cetusan hati. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mac 2011

siapakah aku diusia ini

bicara seorang insan sepi
dalam kamar diri,siapakah aku diusia ini?
wahai diri
berdirilah ditepi pantai
dan tebarkanlah matamu keseluruh
samudera yang tidak bertepi
hayati deru angin dan deburan ombak yang membantingkan tubuhnya ke bibir pantai
kepasir yang landai gebu dan lembut
aku pun mengetuk daun pintu hatiku
siapakah aku diusia ini?
melihat wajahku dicermin
akulah insan yang begitu dhaif,jahil,kejam dan banyak dosa,
tidak terdaya hendak menyorokkan
wajah dan diri,siapakah aku diusia ini?

adakah aku menyaksikan petanda petanda 
kebesaran allah?
adakah aku mengingati allah sambil berdiri?
adakah aku mengingati allah sambil duduk?
adakah aku mengingati allah sambil berbaring?
kalau tidak,siapakah aku diusia ini?

duhai diriku,
mari meniti titian
dari bayang ke bayang
kehidupan duniawi ini
dalam penitian siratul mustaqim
gapailah apa yang boleh dijadikan ikhtibar
pada diriku,
siapakah aku diusia ini?

Sabtu, 8 Januari 2011

aku terlalu rindukan sahabat yang setia

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-mesra diantara mereka dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah itulah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.(surah al mujadilat ayat 22)
aku mencintai sahabat dengan sepenuh segenap jiwaku , 
sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku ,
menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun jua selepas mati,
aku sentiasa meng hulurkan tangan kepada sahabat untuk berkenalan 
kerana aku akan merasa senang , 
semakin ramai sahabat , 
aku semakin percaya diri 
dan aku juga selalu berharap akan mendapat sahabat yang tidak luntur dalam suka atau duka 
saling percaya dan mempercayai ,
saling berpegangi kepada aturan agama,
dan jika aku dapat , nescaya aku akan setia padanya
ya allah ..pertemukanlah aku dengan sahabat yang saling kasih mengasihi kerana keagungan dan kebesaran mu ya allah ....
amin ya allah ..amin ya rabbal alamin ...

Jumaat, 19 November 2010

ya rasulullah ..layakkah kami menjadi umatmu

ya rasulullah ..
kekasih allah yang kami sanjungi ..
kau telah lama pergi meninggalkan kami ..
namun,peninggalanmu memberi kesan yang cukup mendalam dalam hati hati kami ..

ya rasulullah ..



kau meninggalkan al quran untuk menjadi panduan kami...

ya rasulullah .
kau meninggalkan sunnahmu untuk menjadi rujukan kami ..

ya rasulullah ..



kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi ..

ya rasulullah ..



kau meninggalkan sahabat sahabatmu untuk kami ikuti ..
ya rasulullah ..



kau meninggalkan pewarismu,para ulamak untuk kami pelajari ..

ya rasulullah ..
kami amat menyanjung tinggi betapa hebatnya kerajaan islam yang dibina umatmu dahulu ..

ya rasulullah ..

kami menyanjung tinggi betapa luasnya empayar islam yang pernah dibina umatmu dahulu ..

ya rasulullah ..

kami menyanjung tinggi betapa hebatnya keberanian sahabat sahabatmu melawan musuh tanpa gentar..

ya rasulullah ..
namun segala galanya telah ditengelami zaman..

ya rasulullah
umatmu kini menderita dan sengsara,dianiayai oleh umatmu sendiri ..

ya rasulullah
umatmu kini hanya mampu melihat penderitaan mereka..

ya rasulullah
alangkah malunya jika engkau melihat apa yang umatmu sedang lakukan ini


kami terlampau sibuk mengejar cita cita dan impian 



kami terlampau sibuk mengejar seberapa banyak harta yang mampu dikaut



kami terlampau sibuk mengejar cinta dan hawa nafsu



kami terlampau sibuk mengejar cinta yang tiada kepastian



kami tak terdaya melindungi kaum muslimahmu,yang terhimpit dengan sifat jahiliyah yang pernah engkau perangi dahulu



hanyut dalam permodenan hidup..



obses dengan hiburan yang melampau ..terlalu asyik dengan berhala moden yang kami pujai ..
ya rasulullah ..



kami benar benar bagaikan buih buih dilautan seperti yang pernah engkau katakan dahulu ..
ya rasulullah ..
kami benar benar berdusta dengan risalah pertunjuk yang dibawamu ..
ya rasulullah ..
kami berasa sangat malu untuk bertemu denganmu kelak ..
ya rasulullah ..
kasih sayangmu kepada kami tak termampu untuk dibalas ..
ya rasulullah ..
layakkah kami menjadi umatmu ?

Sabtu, 26 September 2009

SEBUAH RINDU SECANGKIR KEMANUSIAAN

di kedewasaan ini tiba tiba aku digamit sebuah kerinduan,ingin benar ku dengar kembali seruling jerami yang berlagu begitu syahdu,bersama deburan air dikala haruan menyambar atau kicauan kicauan burung tiak dikala lari dihalau petani 

aku juga begitu rindu sekali untuk ku mendengar rentak lesung tingkah meningkah ketika petani petani menumbuk amping dimalam hari atau kanak kanak yang berlagu indah mengaji bersama dengan ayat ayat suci al quran  dimalam hening yang syahdu

dan aku wahai temanku ...menjadi sedemikian rindu pada nostalgia lalu ..untuk ku ubati luka yang tercalar dihatiku,menatap kemanusiaan yang telah hilang bersama jeritan jeritan yang begitu menganggu kenuranianku ...kembalikanlah keadilan dibumi ini ..kembalikanlah...kerna aku terlalu sungguh pilu .. kembalikan lah ....