Ahad, 12 Februari 2012

tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang menerima









Selasa, 10 Januari 2012

berkat dalam zakat

rasulullah shalallahu 'alahi wassalam telah bersabda yang bermaksud islam didirikan atas lima perkara iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain allah dan muhammad itu hamba allah dan pesuruh allah, menunaikan solat,mengeluarkan zakat,mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan ramadhan (riwayat ahmad,al tabarani ,al baihaqi dan lain lain)


allah mensyariatkan lima perkara utama dalam islam dan salah satu daripadanya ialah zakat. zakat adalah merupakan kewajipan atas setiap orang orang islam dan ia perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh allah subhanallahu ta'ala .


dalam kehidupan masa kini,setiap orang mahukan kehidupan yang selesa,selain mendambakan ketenangan dan keamanan yang hadir dalam diri,setiap orang mahukan kewangan dan harta harta yang mencukupi untuk menampung keselesaan. keselesaan yang dimaksudkan sama ada memiliki sebuah rumah yang luas ,kenderaan yang dapat menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain,pakaian yang indah dan sebagainya.


seringkali kita berdoa agar allah mengurniakan nikmat kepada kita dan dimurahkan rezeki . doa doa yang tidak putus putus ini menjadikan diri diri kita lebih dekat kepada allah swt kerana kita percaya al razzaq dan al wahhab itu selayaknya bagi allah . alhamdulillah ,doa kita dimakbulkan allah dan keselesaan hidup didunia ini dapat dicapai.


harta dan nikmat yang allah berikan kepada kita ialah jalan untuk kita lebih mendekatkan diri kepadanya. kita sebagai manusia sering di ingatkan supaya tidak lalai dan leka dengan harta yang dikurniakan.


dalam sebuah hadis qudsi dari riwayat ahmad dan al tabarani bahawasanya alllah berfirman sesungguhnya kami menurunkan harta agar solat itu didirikan dan zakat dikeluarkan.seandainya seorang manusia memiliki sebuah lembah yakni harta maka dia akan meng inginkan untuk memiliki dua buah lembah.jika dia mempunyai dua buah lembah ,sudah pasti dia berhasrat memiliki tiga buah lembah .tidak akan ada apa apa yang dapat memenuhkan perut anak adam itu selain tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir apabila mati).sesungguhnya allah menerima taubat bagi sesiapa yang bertaubat kepadanya


kisah tha'labah seharusnya memberi pengajaran kepada kita.apabila berada dalam keadaan miskin dan susah,tha'labah berharap agar allah mengurniakan kepadanya kemewahan.dia merayu beberapa kali kepada rasulullah saw agar berdoa supaya allah memberikannya harta untuk kesenangan dan keselesaan hidup didunia.tha'labah juga telah berjanji untuk membantu orang miskin jika dia memperoleh harta dan nikmat itu.


sayangnya , tha'labah tidak menunaikan janjinya dan hanyut dalam kesenangan yang allah kurniakan.dia memberi pelbagai macam alasan untuk tidak menunaikan zakat apabila diperintahkan. akhirnya,dia mendapat seburuk buruk balasan kerana zakatnya tidak diterima allah dan rasulullah shalallahu 'alahi wassalam . tha'labah mati begitu sahaja. naudzubillah min zalik.

sesungguhnya apabila harta yang kita miliki itu diletakkan pada hak hak yang sebenarnya,iaitu apabila zakat dikeluarkan ,kita akan mendapat dua lagi keberkatan daripada allah. keberkatan pertama ialah penyucian harta .harta yang dimiliki menjadi harta bersih kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh allah. manakala keberkatan kedua ,penyucian jiwa kerana secara tidak langsung kita dapat membuang sifat tamak dengan harta yang ada.

selain terhindar daripada sifat tamak ,jiwa kita sentiasa tenang dan memupuk sifat syukur atas segala kurniaan allah.
ini sesuai sebagaimana firman allah

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (at taubah 103)

selain itu,keberkatan mengeluarkan zakat ini menghindarkan seseorang daripada perasaan takut dan sedih. analogi mudah, seseorang yang mempunyai wang dan harta yang banyak membeli rumah besar yang cantik dan dipenuhi didalamnya pelbagai macam kemudahan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya tetapi tetap berasa takut dan terancam. dia menjadi takut apabila ada "orang luar" berhasrat memecah masuk kedalam rumahnya dan harta yang dimilikinya akan hilang dan berkurang.

begitu juga keberkatan dihindarkan daripada perasaan sedih. menunaikan kewajipan zakat ini dapat mengembirakan diri seseorang kerana telah memenuhi perintah allah subhanallahu ta'ala . seseorang itu tidak akan bersedih apabila sebahagian hartanya telah dizakatkan kerana harta tersebut telah melalui jalan yang benar.

ini dapat dibuktikan berdasarkan firman allah yang bermaksud

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al baqarah 277)

Ahad, 8 Januari 2012

bimbang ibunya disengat kala jengking

pemulis kitab haliyyah al awliya' meriwayatkan kisah berikut

kahmas bin al hasan melihat seekor kala jengking dirumahnya maka dia pun berniat untuk menangkap dan membunuh kala jengking itu . malangnya kala jengking itu terlebih dahulu masuk kedalam lubangnya.

kahmas kemudiannya memasukkan tangannya kedalam lubang kala jengking itu untuk menangkapnya.alih alih dapat menangkap kala jengking itu lalu kala jengking itu menyengatnya,

kahmas ditanya apa tujuan mu melakukan itu ? mengapa engkau memasukkan tanganmu kedalam lubang kala jengking itu ? adakah engkau ingin mengeluarkannya ?

kahmas menjawab aku takut kala jengking itu keluar dari lubangnya kemudian menghampiri ibuku , lalu menyerangnya

(petikan artikel solusi )

kisah ali bin husain memuliakan ibunya

dia ialah abu al hasan ali bin husain bin ali bin abu thalib atau disebut zainal abidin. dia termasuk temuka tabiin yang sanga berbakti kepada ibunya.

suatu ketika dinyatakan kepadanya sesungguhnya engkau adalah orang sangat berbakti kepada ibumu tetapi mengapa kami tidak pernah melihat engkau makan bersama ibumu ?

dia menjawab aku khuatir tangan ku lebih dahulu mengambil makanan yang sudah dilihatnya  sehingga aku menjadi derhaka kepadanya

(petikan artikel majalah solusi no 34)

cara bertaubat

bagaimana al fatihah dibelakang imam

ada pandangan mengatakan makmum wajib membaca al fatihah dibelakang imam , berdasarkan hadis berikut sesiapa yang mempunyai imam ketika solat maka bacaan imam adalah bacaannya (riwayat al dar qutni)

ini bersandarkan kepada hadis berikut :
rasulullah sholallahu 'alaihi wassalam menunaikan solat subuh dimana pembacaan baginda agak berat yakni terganggu dan tatkala tamat solat.baginda bersabda yang bermaksud "aku dapati kamu membaca al quran dibelakang imam kamu" sahabat menjawab "ya mengapa,wahai rasulullah ?" baginda berkata "jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan umm al quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca al fatihah"(riyata abu daud dan at tirmidzi)

rasulullah saw bersabda yang bermaksud
jangan sesekali seseorang dari kamu membaca apa jua daripada al quran tatkala aku sebagai imam mengeraskan bacaan kecuali bacaan umm al quran (al fatihah) (riwayat al dar qutni dan ahmad)

terdapat hadis yang diriwayatkan oleh ibnu hibban dan sanadnya bertaraf hasan (shahih) menurut al hafiz ibnu hajjar yang bermaksud jangan kamu membaca kecuali al fatihah dibelakang imam (nay al awtar jilid 2 ,halaman 511)

        lafaz "aamin" beerti "perkenankanlah" disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama sama imam.ia berdasarkan hadis abu hurairah radiallahu 'anha yang bermaksud apabila imam mengucapkan lafaz "aamin" ,para malaikat pun turut sama mengaminkannya bersama sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz amin nya bertepatan dengan lafaz amin para malaikat maka diampunkan baginya dosa dosa nya yang terdahulu (riwayat bukhari dan muslim)

jika imam terlupa menyebut aamin , para makmum boleh menguatkan aamin bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat (al mughni jilid 2 halaman 38)