Memaparkan catatan dengan label hal semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hal semasa. Papar semua catatan

Ahad, 10 Oktober 2010

peningkatan pembuangan bayi

sejak diakhir akhir makin banyak yang diperkatakan mengenai keruntuhan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat seperti umumnya sekarang iaitu masalah kes buang bayi yang hangat diperkatakan oleh media massa dan juga akbar akhbar pada abad ini.baru baru ini saya ada terbaca tentang satu kes seorang mahasiswi dari salah sebuah institusi pengajian tinggi.bagaimana seorang remaja berusia 20 tahun yang dikatakan melahirkan seorang bayi didalam rumahnya namun bertindak membuang bayi tersebut dibelakang rumahnya bagi mengelakkan diketahui umum.

kesemua aktiviti aktiviti yang tidak sihat ini,saya fikir telah memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap pelbagai pihak,disamping saya kira telah merosakkan maruah dan imej belia itu sendiri.
bersama dengan artikel saya ini,saya fikir ianya amat perlu kita bincangkan.apakah peranan seks dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan juga wanita?mungkin ya bagi yang telah berumah tangga tetapi yang belum berkahwin pula bagaimana?adakah seks itu sesuatu yang wajib atau amat perlu dalam menjadikan perhubungan itu berjalan?
saya agak terperanjat apabila mendengar pengakuan ikhlas dari seorang kawan yang mengatakan hubungan itu sudah menjadi satu kebiasaan dan tidak lagi dianggap terlanjur malah ia menjadi satu kemestian dalam era ini ,apakah budaya seperti ini kita anggap biasa sepertinya?dimanakah maruah maruah kita?tidakkah ada didalam hati hati kita sekelumit jua tersimpan perasaan malu?



mungkin saya kira remaja remaja kita sekarang berfikiran terlebih jauh terbuka sehinggakan tidak termampu dalam untuk membezakan atau menilaikan mana yang baik dan mana yang buruk.dan boleh dikatakan dinegara kita sahaja hampir setiap hari atau boleh dikatakan setiap 17 minit anak anak luar nikah lahir disetiap pelusuk negeri.dalam perkara ini siapakah yang patut kita persalahkan,guru guru,alim ulama',ibubapa?yang menyayatkan hati mengapa harus bayi yang tidak berdosa tersebut dihukum dengan mempercampakkan seperti sampah atas kesalahan mereka mereka ini?ketika peluh membasahi badan badan mereka,akal dan minda tertutup dari memikirkan apa yang akan berlaku,dan bila telah puas berasmara barulah dirasakan kesalnya???????????????kalau bercakap soal dosa pula tentulah mereka menempelak dengan pelbagai macam cacian dengan pelbagai macam alasan.jadi apa lagi yang boleh kita halang dari perkara ini?
      jadi marilah kita bersama sama bersatu padu menilai penyakit yang menimpa pada remaja remaja kita dengan penuh kesedaran dan keinsafan , kita sedari bahawa mereka adalah remaja  yang amat memerlukan bimbingan dan contoh teladan yang baik dalam untuk diikuti.kita juga menyedari bahawa mereka adalah anak muda yang suka menyahut cabaran dan ingin mencari kebahagiaan yang hakiki dan kita semua adalah bertanggungjawab atas segala permasalahan yang berlaku kini.

Ahad, 23 Mei 2010

guru dan rotan : mengajar atau mendera

rasa sudah agak lama isu guru merotan murid menjadi perbincangan.namun,saya rasa agak terpanggil untuk memaparkan isu ini kerana saya merasakan terdapat kekeliruan dan juga kekalutan didalam mendapatkan hak seorang profession bergelar guru,hak seorang murid yang juga seorang anak dan hak ibu dan bapa.
bukan menyokong,dan bukan juga menuding jari dengan menyalahkan sesiapa ..tetapi sebaliknya harapan harapan saya,artikel saya ini akan mampu merungkaikan kekusutan yang timbul.seingat sayakan,guru dan rotan boleh diibaratkan seperti pasangan uda dan dara,dimana ada guru,disitulah ada rotannya.seingat saya juga,ibubapa dulu dulu kala akan berpesan kepada mana mana guru yang akan diamanahkan untuk mengajar anak mereka : ajarlah anak saya,dan jika perlu rotanlah dia.kenapa?kerana guru guru dianggap sebagai orang yang akan membantu ibu dan bapa dalam membentuk anak anak mereka menjadi insan yang berguna kepada diri diri mereka,ibubapa,masyarakat dan juga agama.
sememangnya,itulah guru.guru memberi maksud iaitu insan yang memberi petunjuk dan panduan dalam hal imu pengetahuan.dalam sejarah rasulullah saw pernah mengiktiraf seorang hamba badwi sebagai guru baginda hanya kerana hamba tersebut memberitahu arah jalan yang dicari.pendifinisian ini menunjukkan betapa islam mengiktiraf kriteria kriteria seorang guru yang juga adalah pendidik,pengajar dan juga pembimbing.walau sesiapa pun kita tika ini,yang nyatanya,kita takkan berpeluang menikmati semua ini tanpa kehadiran guru,tak kiralah kita kini lebih berjaya daripada guru kita tetapi darjat seorang guru tidak boleh dipandang sebelah mata.ini adalah satu hakikat yang perlu kita terima.
masalahnya kini,karier sebagai guru semakin dipandang remeh dalam masyarakat kita,ibubapa mempertikaikan kewibawaan kewibawaan guru yang mengajar anak anak mereka,yang paling menyedihkan,ada ibubapa yang tanpa segan silu memberi amaran kepada guru guru agar tidak menyentuh anak anak mereka.saya faham …setiap ibubapa tidak ingin anak anaknya cedera tetapi perlulah kita ingat,tugas guru bukan melukakan atau mencederakan,sebaliknya guru bertindak apabila keadaan memerlukan.saya fikir malahan dalam islam pun,memang ada terdapat penjelasan penjelasan bahawa merotan dan memukul perlu untuk tujuan pembelajaran.anak anak yang telah berusia 7-10 tahun yang engkar untuk solat boleh dirotan juga isteri isteri yang tidak menurut perintah suami selagi tidak melanggar perintah syarak,juga boleh dipukul.namun,ada caranya untuk merotan dan memukul,bukan belasah sesedap hati sahaja.pokok pangkalnya,ialah merotan dan memukul tersebut berasaskan satu tujuan utama iaitu untuk mengajar.
kepada yang menjadi guru,tanyakan kepada diri diri kita,kenapa kita memegang status sebagai guru?adakah sekadar ingin mempunyai pekerjaan,gelaran dan pendapatan?adakah kerana kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang paling banyak cuti?walau apapun alasan alasan kita,perlulah kita ingat…anda memikul amanah dan juga tanggungjawab besar untuk mendidik anak anak bangsa anda sendiri.setiap anak anak yang hadir kesekolah,setiap ibubapa yang menghantar anak anak mereka kepada anda,semuanya mempunyai impian dan juga harapan yang satu iaitu untuk menjadi insan yang berjaya didalam hidup mereka,bukan kepada diri sendiri malah juga kepada orang lain.sebagai guru,kita perlu mengajar dan mendidik anak anak bangsa sama rata tanpa memilih kasih.jika anak sikaya,diberikan perhatian lebih,anak simiskin pula atau anak anak yang agak lemah pencapaian diherdik atau dimarahi sesuka hati.
kepada ibu bapa,anda berhak mempercayai kata anak sendiri tetapi anda juga perlu ambil peduli dengan kata kata orang lain juga terutama guru guru mereka.jangan sampai anda tersilap membuat tafsiran,penyesalan nanti akan sukar ditanggung.

Isnin, 22 Jun 2009

Melepak dan buang masa






GEJALA LEPAK DIKALANGAN REMAJA DAN WARGA TUA ADALAH FENOMENA BIASA DALAM MASYARAKAT KITA HARI INI.JIKA REMAJA BIASA MENGERUMUNI KAWASAN KOMPLEKS BELI BELAH,GOLONGAN YANG DEWASA PULA MELEPAK DI KEDAI KEDAI KOPI ATAU KEDAI MAKAN.
KEADAAN ITU SECARA LANGSUNG MENUNJUKKAN KECACATAN YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT SEKARANG KERANA REMAJA SEPATUTNYA SIBUK MENDALAMI ILMU,MANAKALA GOLONGAN DEWASA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB BERSAMA KELUARGA.
DALAM 1 HADIS MENCERITAKAN BAHAWA RASULULLAH SAW PERNAH PADA SUATU HARI MELEWATI JALAN,AKHIRNYA BAGINDA SAW TERSEREMPAK DENGAN SAHABAT YANG ASYIK DUDUK BERBUAL BUAL DAN MELEPAK DITEPI JALAN.MELIHAT KELAKUAN KELAKUAN MEREKA ITU,LALU RASULULLAH SAW BERKATA "jangan kamu sekalian berbual dan melepak ditepi jalan". lalu mereka pun menjawab "wahai rasulullah saw,bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan tabiat ini kerana hanya disini sajalah kami dapat bercakap cakap dan berbual bual sesama sendiri' . kemudian,baginda memberi pilihan atau jalan keluar daripada tabiat itu dengan berkata "jika kalian semua tidak mampu meninggalkan tabiat sedemikian,maka hendaklah kamu tunaikan hak hak jalan"lalu mereka pun berkata "apakah hak hak jalan itu ya rasulullah". baginda pun menjawab "jagalah pandangan pandagan kamu,elakkan diri daripada menganggu orang lain,menjawab salam,dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran"(HADIS BUKHARI DAN MUSLIM)
JELASLAH AMALAN BERBUAL DAN MELEPAK SUDAH MENJADI SATU KEBIASAAN DIKALANGAN KALANGAN SAHABAT SEHINGGA MEREKA SUKAR UNTUK MENGIKIS TABIAT SEDEMIKIAN.DAPAT KITA SIMPULKAN BAHAWA AGENDA UTAMA RASULULLAH SAW IALAH UNTUK MEMPERBETULKAN AKHLAK YANG BURUK DAN KEJI

DAN DIRIWAYATKAN OLEH IMAM AHMAD YANG BERMAKSUD AKU DIUTUSKAN UNTUK MEMYEMPURNAKAN KEMULIAAN AKHLAK YANG TERBAIK,MAKA SUDAH TENTU RASULULLAH SAW BERTINDAK UN TUK MENGUBAH KEBIASAAN NEGATIF SUPAYA IA TIDAK MEMBARAH DALAM MASYARAKAT ISLAM PADA KETIKA ITU.
PADA MASA YANG SAMA,RASULULLAH SAW TIDAK KETINGGALAN MEMBERIKAN BEBERAPA LANGKAH ALTERNATIF KEPADA SAHABAT SUPAYA MEREKA MAMPU MENGEKANG TABIAT KEBIASAAN MELEPAK DAN BERBUAL YANG HANYA MEMBUANG MASA.PERKARA PERTAMA YANG DIANJURKAN RASULULLAH SAW IALAH MENJAGAI SETIAP PANDANGAN DARIPADA PERKARA YANG BOLEH MEMBANGKITKAN NAFSU SYAHWAT,SEKALIGUS MENDATANGKAN DOSA.DENGAN KATA LAIN,PANDANGAN MATA ADALAH DITEGAH SAMA SEKALI UNTUK MELIHAT PERKARA YANG DILARANG SEPERTI AURAT ATAU MEMANDANG WANITA AJNABI LAMA LAMA.
RASULULLAH SAW PERNAH MEMBERI PERINGATAN SESIAPA YANG TERPANDANG SEORANG WANITA SECARA KEBETULAN PADA KALI PERTAMA,MAKA ITU ADALAH NIKMAT DARI ALLAH SWT SEBALIKNYA,JIKA IA MEMANDANG BUAT KALI KEDUA DISERTAI PULA DENGAN GEJOLAK NAFSU YANG MEMBANGKITKAN IA KEARAH KEJAHATAN MAKA PERBUATAN MENDATANGKAN DOSA DAN KESEKSAAN API NERAKA.
ADAB ADAB PERGAULAN KE 2,YANG AKAN MENJAMIN KEHARMONIAN SESEBUAH MASYARAKAT IALAH SESEORANG YANG BERBUAL DITEPI TEPI JALAN ITU TIDAK BOLEH MENGANGGU GUGAT ORANG LAIN DARI SEGI PERASAAN SERTA FIZIKALNYA.
RASULULLAH SAW PERNAH MENEGASKAN ANTARA CIRI CIRI MUSLIM YANG BAIK DALAM SABDANYA YANG BERMAKSUD seorang muslim yang baik ialah orang yang diselilingnya berasa selamat daripada kelakuan lidah dan tangannya,seorang mukmin yang baik ialah orang yang disekelilingnya berasa aman terhadap diri dan harta benda mereka sendiri,dan seorang yang berubah dengan sebenarnya ialah seorang yang meninggalkan perbuatan perbuatan keji lalu menjauhinya
ORANG ORANG ISLAM DITEGAH SAMA SEKALI DARIPADA MELEPAK DAN BERBORAK DITEPI TEPI JALAN HINGGA MENYEBABKAN GANGGUAN ORANG LAIN TERUTAMA APABILA IA MENYEKAT LALUAN ORANG RAMAI ATAU BERLAKU AKSI AKSI MENGODA ATAU MENGURAT ATAU MENGACAU GOLONGAN GOLONGFAN WANITA YANG MELINTASI KAWASAN TERSEBUT,PENDEK KATA,SEGALA JENIS GANGGUAN SAMAADA SECARA ZAHIR MAHUPUN BATIN YANG BOLEH MENJEJASKAN KEHARMONIAN DAN KETENTERAMAN AWAM ADALAH DITEGAH SAMA SEKALI DALAM ISLAM.
ADAB SETERUSNYA YANG DIIKTIRAF ISLAM SEBAGAI LAMBANG SILATURAHIM SESAMA MANUSIA IALAH MENJAWAB SALAM ATAU MEMBERI SALAM.MENURUT ISLAM,HUKUM MEMBERI SALAM ADALAH SUNAT SEMENTARA DENGAN MENJAWAB SALAM YANG DIBERI HUKUMNYA ADALAH WAJIB.JUSTERU,APABILA SESEORANG YANG SEDANG BERBICARA ATAU BERBUAL DITEPI JALAN,TIBA TIBA ADEA MENDENGAR UACAPAN SALAM,MAKA WAJIB LAH MENJAWAB SALAM ITU,PERINTAH INI SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD DAN APABILA KAMU DIBERIKAN PENGHORMATAN DENGAN SESUATU UCAPAN HORMAT SEPERTI MEMBERI SALAM,MAKA BALASLAH PENGHORMATAN ITU DENGAN LEBIH BAIK DARIPADANYA,ATAU BALASLAH IA DENGAN CARA YANG SAMA,SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENGHITUNG AKAN TIAP TIAP SESUATU(SURAH AN NISA' AYAT 86).ISLAM AMAT MENGANJURKAN UMAT UMATNYA SENTIASA MENGUCAPKAN DAN MEMBERI SALAM ANTARA SATU SAMA LAIN,SEBENARNYA UCAPAN SALAM ITU SENDIRI MEMBERI AKAN MAKNA KEDAMAIAN DAN KEAMANAN SEJAGAT UNTUK UMAT MANUSIA.DENGAN ITU,TERJALINLAH HUBUNGAN YANG AKRAB SESAMA MUSLIM DENGAN SALING BERTANYA KHABAR,BERTUKAR PENDAPAT DAN PANDANGAN DISAMPING TABIAT SEUMPAMANYA ITU MENYISIHKAN JAUH SEGALA BENTUK PERBUATAN PERBUATAN MEMBANGKITKAN PERASAAN YANG BOLEH MEMECAHBELAHKAN KESATUAN UMMAH.
AKHIRNYA,ADAB ADAB PERGAULAN KE 4,YANG MENJADI TONGGAK UTAMA ISLAM IALAH MENYERU KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN ,JUSTERU,JIKA BERLAKUNYA SEBARANG PERKARA NEGATIF YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM DAN ETIKA ETIKA MASYARAKAT SEPERTI,BERJUDI,MENGHISAP DADAH,MINUM ARAK,DAN SEBAGAINYA DITEPI JALAN,MAKA KITA DITUNTUT UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN TERSEBUT.BEGITU JUGA,AMALAN AMALAN KEBAIKAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN JUGA KEPADA GOLONGAN YANG BERBORAK DAN MELEPAK SEPERTI MENASIHATI KEARAH KEBAIKAN,BERSAMA MENUNAIKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIMASJID,MEMBABITKAN DIRI DALAM AKTIVITI AKTIVITI KEMASYARAKATAN.RASULULLAH SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD SESIAPA YANG MENGAJAK KEPADA KEARAH KEBAIKAN,MAKA DIA SUDAH MENDAPAT PAHALA SEPERTI PAHALA ORANG YANG MENGERJAKANNYA DENGAN TIDAK DIKURANGI PAHALKA SEDIKIT JUA PUN.SEBALIKNYA,SESIAPA YANG MENGAJAK KEARAH KEMUNGKARAN,MAKA DIA AKAN TANGGUNGI AKAN DOSA,SEPERTI ORANG YANG MENGERJAKANNYA DENGAN TIDAK DIKURANGI AKAN DOSA SEDIKIT JUA PUN
KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR SEWAJARNYA DIHIDUPKAN DALAM PENGHAYATAN KOMUNITI ISLAM KINI SUPAYA GEJALA GEJALA SOSIAL YANG MEMUDHARATKAN MAMPU DIKIKISKAN DISAMPING MASYARAKAT MASYARAKAT DAPAT MENIKMATI KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA MAHUPUN DIAKHIRAT.