Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

darah beku

infark iaitu kematian satu tisu badan yang berlaku pada kawasan yang kecil akibat kekurangan bekalan darah seringkali berpunca daripada ketulan darah beku,mengakibatkan saluran darah tersumbat.mengikut pakar kajian perubatan,dianggarkan 80% kes kes strok adalah berpunca daripada infark.
terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti dapat mendedahkan seseorang kepada masalah darah beku atau salur darah tersumbat iaitu
  • umur semakin meningkat
  • kanser
  • serangan jantung
  • kegagalan jantung berfungsi dengan baik untuk mengepam
  • kegemukan atau obesiti
  • lumpuh
  • duduk terlalu lama contohnya semasa dalam perjalanan yang jauh
  • asap rokok
  • kolestrol yang menyumbat salur darah     

Rabu, 16 Mac 2011

memantapkan kesihatan kita

sepertimana dalam artikel artikel saya sebelum ini dalam untuk memastikan tahap kesihatan dan kesihatan mental agar sentiasa terjamin seiring dengan kesibukan tugas ketika di tempat kerja , saya amat menyarankan cubalah ambil dari ubat ubatan dari vitamin c dan vitamin b complex, calcium,magnesium dan zink sebagai rutin setiap hari.
kadangkala kesibukan tugas ditempat kerja , ditambahi lagi dengan kerja kerja rumah yang tidak habis habis atau sebagainya membuatkan ramai orang memandang ringan pada soal pemakanan ubat ubatan seperti ini.jadi penyelesaian terbaik bagi saranan saya dalam untuk mengimbangi kekurangan tersebut adalah dengan mengambil makanan suplemen.makanan suplemen yang mengandungi vitamin c,multivitamin dan sebagainya dikatakan mampu dalam menampungi kekurangan tersebut,namun janganlah mengambilnya hanya kerana terikut ikut dengan gaya hidup orang lain.
begitu juga dalam mendapatkan jatidiri hidup yang berkualiti , cuba kita aktifkan dengan rajin membuat senaman seperti berjogging disetiap petang atau seminggu sekali,berkayuh basikal dan sebagainya.terdapat banyak bukti yang menunjukkan rutin senaman yang dijalankan mampu mengoptimumkan tahap kesihatan kita dengan lebih baik dan ada juga fakta yang mengatakan senaman regangan dan senaman aerobik mampu memperbaiki tidur yang terganggu.walaupun begitu,anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum tidur.
begitu juga dengan minum yang setiap hari kita amalkan dalam menghilang kan dahaga,minum juga punya waktu waktu yang tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan kita.dalam untuk mendapatkan kebaikan penuh daripada minuman,maka pastikan anda minum diwaktu waktu berikut :
waktu pagi selepas bangun dari tidur - mengikut fakta yang saya baca melalui sebuah buku kesihatan,ada menyatakan bahawa setiap orang akan kehilangan cairan didalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur.kehilangan air didalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas.oleh itu,minumlah sekurang kurangnya air suam(air putih) yang dimasak diwaktu pagi,betul betul selepas kita bangun dari tidur,tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu .
30 minit sebelum waktu malam - jika kita sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan,ia adalah waktu terbaik untuk kita minum air.seperti yang sering disarankan bahawa air suam(air putih) yang telah dimasak adalah baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu kita mengurangkan rasa lapar.
sepanjang hari - satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari.menurut sebuah kajian di jerman,dengan minum 1.5 liter air sejuk (air suam) atau air putih iaitu sekurang kurangnya 240 ml air setiap kali diminum boleh membantu kita membakar kalori berlebihan didalam badan .pakar pakar kesihatan ada juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme didalam badan. 

Sabtu, 27 November 2010

sikap pemarah beri kesan pada kesihatan kita

pooom!!!! ..kedengaran pintu dihempas ,habis barang barang dilemparkan disana sini ..semua orang yang disekelilingnya semua dibentak bentak..marah betul gayanya ..mungkin ada sesetengah dari kita yang pernah meng alami sikap yang sedemikian ketika bosan,mungkin ...mungkin juga kekadang kita tidak tahu sikap kita itu sebenarnya membawa mudharat kepada kesihatan kita,ia secara tidak langsung memberi kesan pada tubuh kita terutama nya pada otak
kemarahan akan mengelingi memori kita.emosi memuncak akan memacu pelepasan hormon kortisol dan hormon hormon stress yang lain dan ia akan mengalihkan pusat memori di otak kita.
degupan jantung dan tekanan darah kita akan meningkat.perasaan benci akan melepaskan hormon adrenalin,iaitu hormon yang boleh mengakibatkan tekanan darah.jika tekanan darah meningkat secara berterus terusan,kita dibimbangkan akan mendapati risiko penyakit stroke dan penyakit jantung
kemarahan dapat memacu ocular migraine yakni magrain mata,dalam keadaan ini kita akan melihat kilatan cahaya dan garis garis yang tidak teratur.ini disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah disekitar mata kita.
kadang kadang , tanpa sengaja kita mengetap bibir dan mungkin juga kita mengetap gigi kita dengan kuat ketika marah memuncak.hal ini akan menyebabkan rahang kita menjadi sakit dan tak kurang juga ada yang terpatah giginya kerana terlalu kuat mengetap gigi menahan amarah yang memuncak.
perasaan marah akan menyebabkan berlakunya penurunan imunisasi kerana hormon epinephrine di pam kencang apabila amarah sampai keubun ubun kepala.itulah sebabnya dalam keadaan begini kita lebih mudah diserang pelbagai penyakit.

Khamis, 18 November 2010

jantung kuat dengan anggur merah

meminum dengan satu gelas jus anggur merah setiap hari boleh membantu menguatkan jantung kita.saya ada membaca satu artikel dalam sebuah buku yang mengatakan yang menurut U.S LIBRARY OF MEDICINE,hal ini disebabkan oleh komponen flavanoid yang ditemui pada jus anggur.
selain anggur,kita juga boleh menjaga kesihatan jantung dengan melakukan olahraga secara teratur,mengamalkan diet yang sihat serta menghindari rokok.yang paling penting,jaga berat badan yang sihat dan ideal.

Sabtu, 24 Julai 2010

insomnia (kesukaran tidur)


keperluan tidur setiap orang adalah berbeza.walaupun kita semua menghadapi kesukaran tidur dari masa ke semasa ,biasanya ini adalah sementara.kesukaran tidur atau insomnia boleh menjadi masalah sekiranya ia berlaku pada setiap malam dan menganggu kesihatan serta aktiviti harian.

jenis insomnia
* sukar untuk memulakan tidur
* sedar terlalu awal sebelum pagi
* terjaga beberapa jam pada waktu tengah malam

  
punca insomnia
* umur meningkat tua
* berpenyakit seperti sesak nafas,kerap buang air kecil dan menanggung kesaitan
* cemas atau murung
* tekanan perasaan (stress) dirumah atau ditempat kerja
 
petua untuk tidur
* tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam
* pastikan tempat tidur yang selesa dan persekitaran yang sesuai
* jangan fikirkan apa apa masalah sebelum tidur
* lakukan senaman ringan pada siang hari
* jika kita tidak boleh tidur ,jangan baring ditempat tidur dan memikirkannya.bangun,baca buku ,dengar muzik atau minum susu panas ,selepas itu baring semula ditempat tidur.

 
  elakkan ....
* terlalu banyak minum kopi,teh atau menghisap rokok.
* makan berlebihan sebelum tidur
* terlalu banyak tidur disiang hari


insomnia boleh dirawat ..
* jumpa doktor sekiranya insomnia menganggu urusan harian.
doktor boleh :
membantu mencari punca atau sebab
memberi rawatan yang sesuai
* elakkan daripada mengambil ubat tidur tanpa nasihat doktor.
ubat tidur boleh digunakan untuk rawatan yang berkesan,tetapi jika diambil kerap,boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan ketagihan.                                          

persekitaran bersih dan sihat adalah menjadi tanggungjawab kita


Persekitaran yang sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur unsur yang membahayakan kesihatan kita.ini termasuklah binatang dan juga serangga pembawa penyakit seperti tikus nyamuk,lalat dan lipas.selain daripada itu,unsur unsur yang boleh mencemarkan air ,makanan ,udara dan tanah juga membahayakan kesihatan kita.
persekitaran yang tidak sihat mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia.oleh ituadalah menjadi kewajipan kita bagi setiap individu untuk memahami,menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat.
persekitaran bersih dan sihat adalah penting untuk

1.memastikan keperluan asas kehidupan kita seperti air,udara,dan makanan sentiasa bersih dan terus berterusan.
2.mewujudkan suasana yang harmoni dan menenangkan fikiran.
3.menyumbang kepada kesejahteraan emosi.
4.mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit berjangkit kerana ini secara tidak langsung mengurangkan pembiakan nyamuk,lipas,lalat dan tikus.
5.mendorong individu .melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan juga senaman.
6.menimbulkan minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.
7.meningkat kan prestasi kerja dan produktiviti.
8.menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat.


secara hakikatnya kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli masyarakat


persekitaran yang bersih dan sihat harus dilindungi agar kita boleh meneruskan kehidupan yang lebih sejahtera.
jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan persekitaran bersih dan sihat itu
1.kita amalkan pembuangan sampah sarap yang sempurna dengan tidak membuang sampah merata rata.
2.sampah sarap boleh juga ditanam.elakkan pembakaran secara terbuka.
3.kita kitar semula bahan buangan seperti botol,tin dan kertas untuk mengurangkan sampah sarap.
4.kita kenal pasti dan kita musnahkan tempat tempat pembiakan binatang atau serangga pembawa penyakit berjangkit seperti tikus,yamuk,lalat dan lipas.
  
      
apa yang penting kita adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran walau dimana jua kita berada dan begitu juga dengan rumah kita
1.kita perlu pastikan lantai sentiasa bersih.
2.kita simpan barang barang permainan,peralatan dapur ditempat yang selamat.
3.kita pastikan tandas sentiasa bersih.
4.kita tutup bekas bekas yang digunakan untuk menyimpan air seperti tempayan bagi mengelakkan pembiakan aedes.
5.kita buang sampah dengan cara yang betul dan sempurna.
6.kita bersihkan longkang agar ia tidak tersumbat.
7.kita tanam pokok pokok bunga disekeliling rumah untuk mengindah dan menghijaukan lagi persekitaran.
dan begitu juga disekolah atau seumpamanya
1.kita perlu jaga kebersihan kantin,bilik kuliah dan bilik guru.
2.kita cuci tandas sekerap mungkin dan menyelenggaranya  secara berjadual 
3.memotong rumput secara kerap.
4.membuang sampah sarap kedalam tong sampah yang telah disediakan
5.memastikan beg beg sampah sarap dikutip secara berjadual 
6.mengenal pasti dan menghapuskan tempat tempat biaknya aedes,kalau ada
7.kita wujudkan suasana ceria disekolah dengan kita tanam pokok bunga untuk mengindahkan lagi serta menghijaukan persekitaran tersebut.
ditempat kerja pula
sebagai peranan pekerja
1.kita jadikan tempat kerja kita bebas daripada asap rokok 
2.kita buang sampah sarap ditempat yang disediakan
3.kita jaga kebersihan kantin dan bilik penyediaan makanan atau minuman.


jadi apa pula peranan majikan
1.kita pastikan kebersihan keseluruhan tempat kerja
2.memastikan pekerja tidak merokok semasa bekerja
3.memastikan lantai,meja,dan juga kerusi serta peralatan lain ditempat kerja berada didalam keadaan bersih,selamat dan teratur serta diselenggara secara berjadual
4.memastikan tandas agar bersih dan diselenggara secara berjadual
5.mengenal pasti dan kita hapuskan tempat tempat pembiakan aedes .


umumnya,udara yang bersih perlu kita bebaskan daripada asap rokok,tahukah kita bahawa asap rokok adalah punca utama pencemaran udara didalam rumah kita/bangunan yang menyumbang kepada lebih 80% pencemaran.
asap rokok pasif adalah gabungan asap rokok yang keluar daripada bahagian rokok yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok tersebut. 
bahaya rokok Pictures, Images and Photos
 
 
 
 
DONT SMOKING Pictures, Images and Photos



orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok pasif ini dikenali sebagai perokok pasif.
link http://www.dechacare.com/Bahaya-bagi-Perokok-Pasif-I131.html
asap rokok boleh menjejaskan kesihatan perokok tersebut dan bukan perokok kerana ia mengandungi  4000 jenis bahan kimia,200 daripadanya adalah beracun dan 63 daripada nya akan penyebab kanser.
hakikatnya,perokok pasif menghadapi risiko yang agak tinggi kepada pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok berbanding dengan orang yang tidak terdedah kepada asap rokok.
jadi siapakah yang sering terdedah kepada asap rokok pasif dan apa kesannya?


ya .. terutama sekali golongan wanita yakni isteri perokok tersebut.
berisiko menghadapi kanser paru paru lebih 30% lebih tinggi berbanding dengan isteri seorang yang bukan perokok.sekiranya dia hamil,dia berisiko pula untuk melahirkan bayi yang kurang berat badannya,tidak cukup bulan,bayi cacat,kematian,serta keguguran janin dan sindrom kematian bayi secara mengejut.
kanak kanak terutama dari ibu bapa mereka yang merokok.mereka pula terdedah dengan jangkitan saluran
pernafasan,telinga,paru paru dan kerap mendapat lelah.
rakan rakan sekerja,serumah dan sebilik dengan perokok.
mereka mereka ini akan mengalami kesan kesan seperti batuk,pedih mata,gangguan bau dan alahan.dan sekiranya mereka mereka ada yang berpenyakit jantung,mereka akan lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula akan lebih mudah mendapat serangan lelah yang lebih teruk lagi.
bagaimana pula untuk memastikan udara yang kita sedut bebas daripada asap rokok?...emm contohnya dirumah,kita perlu pastikan tiada ahli keluarga dan tetamu yang merokok didalam rumah kita,tidak kita menyediakan sebarang peralatan seperti pemetik api dan bekas abu rokok yang boleh mengalakan tabiat merokok.jadi sebagai ketua keluarga,kita perlu tunjukkan teladan contoh yang agak baik kepada ahli keluarga dengan tidak merokok.
manakala ditempat tempat awam.kita perlu pastikan pula agar tidak ada orang yang merokok dikawasan kawasan yang dilarang merokok.
rokok Pictures, Images and Photos
kawasan kawasan larangan merokok mengikut peraturan kawalan hasil tembakau (pindaan)1997 adalah 
1.pusat hiburan atau pawagam
2.tempat makanan berhawa dingin
3.hospital dan klinik
4.kedai berhawa dingin
5.lif awam
6.kenderaan awam
7.lapangan terbang
8.kompleks membeli belah
9.premis kerajaan
10.dewan orang ramai
11.instiusi pengajian tinggi
12.pusat asuhan kanak kanak tadika dan taska
13.stadium
14.sekolah
15.kompleks sukan
16.stesyen minyak
17.kaunter perkhidmatan
18.bank/istiusi kewangan
19.perhentian bas



persekitaran yang bersih dan juga sihat adalah meliputi juga premis premis makanan yang bersih,jadi ...apakah faedah faedah makanan dipremis makanan yang bersih tersebut?. ..pengguna akan dapat menikmati makanan  dalam suasana yang selesa dan lebih terjamin dari segi keselamatan makanan.



pengguna juga dapat mengelakkan penyakit penyakit bawaan air dan makanan seperti kolera,tifoid,keracunan makanan,cirit birit dan hepatitis A.
faedah faedah dengan menjaga kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan akan dapat meningkatkan lagi imej premis dan kepuasan pelanggan,mendapat keuntungan yang lebih kerana dapat menarik lebih ramai pelanggan,mengelakkan pelanggan daripada menghidapi penyakit penyakit bawaan air dan juga makanan,menghindarkan pembiakan lalat,lipas dan tikus,mungurangkan kerosakan makanan melalui pengendalian yang sempurna,terhindar daripada tindakan undang undang oleh pihak yang berkuasa.
apakah tindakan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik/pengendali makanan dalam untuk menjaga kebersihan premis makanan?kita seharusnya membersihkan persekitaran dalam dan luar premis secara berjadual,menyediakan sinki/besin dan sabun untuk membasuh tangan,mempamerkan tanda larangan merokok,menasihati pelanggan dan pekerjanya agar tidak merokok didalam premis makanan,memastikan premis makanan agar sentiasa bersih daripada lipas lipas,lalat dan tikus,tidak juga membiarkan binatang berkeliaran didalam dan diluar premis makanan,menguruskan pembuangan sampah dari sisa makanan dengan cara yang betul iaitu memasukkan kedalam beg plastik,diikat serta dibuang kedalam tong sampah yang bertutup.

pihak pihak pengendalian makanan seharusnya mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan
1.membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan ataupun jua selepas ketandas.
2.memotong kuku
3.memakai pakaian,apron,penutup kepala,dan kasut yang bersih
4.tidak bersin atau batuk kearah makanan.
5.tidak merokok,mengunyah sireh,menjilat jari,menyentuh hidung,rambut,dan mulut semasa menyediakan atau menyajikan makanan.
Add caption
sekiranya kita dan keluarga ingin makan diluar,pastikan 2 aspek berikut iaitu
makanan - dimasak dengan sempurna,masih panas,segar dan tiada benda asing seperti rambut,lipas,dan lalat.
ditutup dengan sempurna,diambil dengan mengunakan peralatan seperti sudu,garpu dan senduk yang bersih.


premis makanan - dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih,sinki/besin,bekalan elektrik,pengaliran longkang yang baik dan tong sampah.
pengendalinya memakai pakaian,apron,penutup kepala,dan kasut yang bersih.bebas daripada binatang berkeliaran serta serangga dan binatang pembawa penyakit seperti lalat,lipas dan tikus.
jauh dari jalan raya dan tempat pembuangan sampah kecuali premis makanan yang tertutup ataupun berhawa dingin.
     

Jumaat, 7 Mei 2010

bakar lebih kalori dengan ketawa

sukar untuk menurunkan berat badan ..??pernahkah kita mendengar dengan tertawa , ianya mampu dapat membantu mengurangkan berat badan kita?ini adalah merupakan satu lagi cara yang amat mudah untuk diamalkan dan dijadikan sebagai tambahan kepada amalan diet.
menurut sebuah kajian yang diterbitkan didalam buku international journal of obesity,dengan ketawa terbahak bahak ,ianya dapat membantu membakar lebih banyak kalori,didalam kajian yang dijalankan tersebut,seramai kira kira 45 orang telah dihidangkan dengan menonton filem komedi selama 90 minit.dan kemudiannya,kadar denyutan nadi dan nilai kalori yang terbakar diukur untuk melihat perkembangannya.
ternyata,tertawa terbahak bahak meningkatkan kadar denyutan nadi dan nilai kalori yang terbakar sehingga mencapai 20% jika dibandingkan dengan kumpulan lain yang menonton dengan tenang,.jadi ,nikmatilah hidup anda dan ketawa lah sepuas puasnya,tidak perlu ketawa terbahak bahak berterus terusan,cukuplah sekadar selama 15 minit sehari untuk membakar sekurang kurangnya 50 kalori.