Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 10 Ogos 2010

bulan ramadhan bukan sekadar lapar dan dahaga

syukur alhamdulillah,ramadhan datang lagi,pastinya lah kita memohon moga diberi keberkatan dengan melimpah ruah daripada yang maha esa.
sempena kedatangan ramadhan ini,ingin sekali saya membahaskan tentang tajuk bulan ramadhan bukan sekadar lapar dan dahaga
semua kita maklum,cara orang orang kita dalam menghayati puasa ada bermacam macam fi'il dan juga ragamnya.ada sesetengah orang memang menantikan kedatangan ramadhan dengan perasaan ceria dan seronok,maka ..ibadah puasa yang dilaksanakannya secara sepenuh hati mengikut syarat dan rukun rukunnya dengan sempurna.ada juga dari kalangan orang orang kita anggap ramadhan macam seperti bulan bulan yang lain,maka ibadah puasa dilakukan secara biasa sahaja,cukuplah sekadar tidak makan dan tidak minum,yang lain tiada pantang larangnya.
yang nyatanya,puasa dalam islam bukan sekadar tidak makan dan tidak minum.jika itu sahaja caranya,tujuan utama berpuasa tidak akan tercapai.suruhan berpuasa merangkumi semua dimensi pembinaan individu dan juga masyarakat,pembinaan mental juga fizikal,emosi,kerohanian dan kemasyaratan.hasil penelitian tentang puasa,jelas terbukti puasa adalah merupakan aktiviti yang melibatkan aspek fizikal,mental dan spritual yang berjalan dengan serentak sekali.dengan kata lain,puasa adalah bersifat lahir dan batin,bukan sekadar tidak makan dan minum,malahan hati,perasaan dan pemikiran wajib kita kawal daripada pengaruh hawa nafsu.
matlamat penyucian minda dan jiwa sehingga mencapai kedudukan takwa dengan berpuasa belum tentu mampu mendatangkan natijah yang lebih mendalam jika hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.maksudnya,tidak makan dan minum adalah merupakan sebahagian daripada ciri ciri puasa dalam islam.namun rasulullah saw mengajar kita supaya mencari manfaat yang lebih besar dalam puasa iaitulah pembersihan hati dan jiwa sehingga lahir kualiti individu dan masyarakat yang cemerlang.
allah swt mewajibkan kita berpuasa bertujuan membentuk rasa takwa dalam jiwa setiap dari kita yang muslim.takwa sangat tinggi nilainya disisi allah sehingga dia menyanjung tinggi orang orang yang bertakwa.
maksud sebenar takwa menurut sahabat rasulullah saw bernama abdullah bin mas'ud ialah melaksanakan taat,jangan buat maksiat,sentiasa menginggati allah dan jangan alpa.sentiasa bersyukur dan jangan kufur.kemuncak takwa ialah berhati hati dalam perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang individu tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan,dia akan lupa daratan.pada masa itu seseorang mungkin terjebak dalam maksiat.
matlamat sebenar puasa bakal tercapai bila mana minda dan jiwa kita benar benar terdidik dengan sifat sifat positif lagi terpuji serta tidak tunduk kepada godaan hawa nafsu yang bersifat keseronokan yang sementara.
dalam pembinaan peribadi insan,islam fokus kepada pembinaan kejiwaan yang menekan kekuatan spritual dan kebersihan hati.dalam apa situasi hidup,dorongan kejiwaan mempunyai impak yang cukup besar sekali dalam mengerakkan fizikal individu untuk mencapai matlamat yang diimpikan.bahkan pengaruh jiwa lebih dominan jika dibandingkan dengan fizikal.dimana segala aktiviti manusia bersumber daripada dorongan dan ransangan jiwa itu sendiri.
umum tahu bahawa tekanan emosi memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal.tekanan emosi yang negatif mengakibatkan gangguan kepada fungsi organ organ tubuh sehingga mengakibatkan gejala penyakit sehingga boleh membawa kematian.emosi manusia sangat mempengaruhi kesihatan fizikal.jika jiwa tidak tenang maka gangguan keseimbangan sistem fisiologi tubuh akan terjadi.sebaliknya apabila jiwa tenang dan positif maka inilah ubat paling mujarab sekali untuk mengekalkan kesihatan tubuh keseluruhannya.
menurut amalan kesufian,tingkat puasa paling rendah ialah puasa sekadar menahan makan dan minum.sungguhpun mereka berpuasa dengan tidak makan dan minum,perbuatan dan tingkah laku mereka belum menggambarkan kualiti puasa yang sebenar.mereka masih tergolong dalam orang orang yang berpuasa tetapi puasa yang seumpamanya ini berada dalam kedudukan yang cukup terendah,hanya sekadar tidak makan dan minum.rasulullah saw ada menyebut kan,maksudnya BERAPA BANYAK ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK MENDAPAT SESUATU DARIPADA PUASANYA MELAINKAN LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA
Jika kita fahami ingatan rasulllah saw ini,puasa jenis inilah yang banyak umatnya lakukan.dengan kata lain,ramai umat ini berpuasa dengan hanya menahan lapar dan dahaga sahaja.peringatan ini seharusnya mengingatkan kita supaya meningkatkan kualiti ibadah puasa ketahap yang lebih sempurna iaitulah puasa zahir dan juga batin.
ibadah dalam islam mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mendidik jiwa manusia untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada tuhan.semua suruhan cara hidup islam matlamatnya hanya satu,melahirkan insan muslim mukmin yang tinggi pergantungan dan pengharapannya kepada yang maha pencipta.segala aktiviti kehidupan dilaksanakan demi mencari keredhaan tuhannya.
inilah sebabnya,kewajipan berpuasa sebulan dibulan ramadan mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam mendidik jiwa manusia untuk mengembalikan fitrah asal yang bersih,suci dan juga ceria.fitrah asal manusia tidak mampu dikembalikan dengan hanya tidak makan dan minum.fitrah manusia akan kembali bersih menerusi pembersihan dan penyucian jiwa yang diusahakan secara bersungguh sungguh dan penuh sabar.
keistimewaan berpuasa ramadan diketahui umum sebagai medan penyucian jiwa dan minda.meningkatkan darjat keimanan kepada darjat ketakwaan.proses penyucian jiwa memerlukan kekuatan emosi dan spritual serta kesabaran tinggi untuk mencapai matlamatnya.dengan kekuatan inilah,cabaran dan ujian ramadan dapat dihadapi dengan jayanya serta membuahkan hasilnya.
untuk berpuasa dengan hanya tidak makan dan minum,semua orang boleh sahaja melakukannya,tetapi harus kita ingat,puasa adalah merupakan ikatan rahsia peribadi antara seorang hamba dengan allah swt.dia memuliakan setiap dari hamba hambanya yang berpuasa secara ikhlas dan dijanjikan pembalasan yang cukup istimewa untuk mereka.dalam sebuah hadis qudsi bahawa rasulullah saw mengatakan : setiap amalan anak adam akan digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda yang seumpamanya.allah berfirman kecuali puasa,maka puasa itu untuk aku,dan aku sendiri yang akan membalasnya
kualiti puasa mendapat penilaian khusus daripada allah.penilaian allah sangat cermat dan cukup teliti.dia tidak menjadikan sifat lahiriah sebagai penilaian utama.tetapi apa yang dipandangnya ialah kesucian dan kebersihan hati dalam memperhambakan diri kepadanya.kualiti puasa jenis ini tidak boleh diperoleh dengan cara berpuasa sekadar tidak makan dan tidak minum,sebaliknya puasa yang turut disertai dengan kebersihan jiwa pemikiran.
islam menetapkan rasa lapar dan dahaga bukan sebagai matlamat semasa berpuasa.islam menjadikan rasa lapar dan dahaga sebagai suatu pendekatan mendidik manusia menjadi individu yang lebih tinggi daya tahannya dan juga daya juangnya.semoga dengan menahan lapar dan dahaga,jiwa individu boleh terdidik untuk mendekatkan diri kepada allah serta menyantuni dan menghormati sesama manusia dan juga makhluk makhluknya.maka jadikanlah kesabaran menahan lapar dan dahaga sebagai jalan untuk menjana kembali fitrah asal kejadian insan supaya kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai oleh nya.

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN JALAN MENUJU TAKWA


Setiap tahun Allah SWT memberikan kesempatan yang cukup istimewa kepada keseluruh hamba-hamba-Nya. Kesempatan itu adalah berkaitan fadhilat fadhilat yang banyak didalam bulan suci Ramadhan al mubarak tersebut. Sepanjang bulan Ramadhan secara fitrahnya hati kita akan melonjak, roh akan bersinar dan juga bercahaya...

manusia adalah produk dan makhluk ciptaan tuhan . Sebagai manusia kadang kala kita tidak dapat lari daripada melakukan sebarang kesalahan sama ada dosa besar ataupun kecil. Sebagai produk ciptaan-Nya, maka Allah SWT yang Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada keseluruh umatnya dibulan Ramadhan sebagai bulan khusus untuk membersihkan dosa dan menerapkan nilai-nilai yang terpuji sebagai usaha kesinambungan membersihkan diri dan mengembalikan fitrah akhlak kehidupan manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Selari dengan keberkatan bulan Ramadhan al mubarak ini, maka sehari-harian dalam bulan Ramadhan tersebut adalah hari yang paling utama, malam-malamnya adalah malam yang paling utama dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Dengan demikian, marilah kita bersama sama dengan niat yang tulus dan hati yang suci murni mengangkat tangan dan berdoa agar Allah swt membimbing kita melakukan puasa dengan penuh saksama agar mampu membentuk insan yang taat kepadanya.


Untuk mencapai puasa Ramadhan yang berkualiti dan membentuk insan yang tunduk patuh bukanlah perkara yang agak mudah, kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian yang hebat. Menurut ulama’ ada tiga tingkatan ataupun martabat puasa.
MARTABAT PERTAMA ialah Puasa Umum, iaitu puasa sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa.
MARTABAT KEDUA pula ialah puasa yang berusaha menghindari dosa iaitu menjaga segala pancaindera daripada melakukan dosa selain dari menahan diri dari makan dan minum.
MANAKALA MARTABAT KETIGA puasa pula adalah menghindarkan diri dari segala hal yang melupakan dan membuat hati lalai dari mengingati tuhan yang esa. Ini adalah martabat tertinggi puasa. Sebagai tanda umat yang hebat dan juga cemerlang, martabat puasa yang ketiga hendaklah sewajarnya menjadi matlamat kita. Oleh itu, puasa yang berkualiti yang tinggi menjadi titik tolak kepada kita untuk membuat perubahan dan membina kejayaan.


mereka yang memiliki ketinggian ketaqwaannya, tidak pernah membezakan antara bulan Ramadhan atau kesebelasan bulan yang lain untuk berubah. Apa yang nyata, roh Ramadhan dan ibadah-ibadah yang lain terus membimbing mereka menjadi insan yang tunduk patuh.


Sabda Rasulullah SAW dalam hadith riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”


Sama ada kita sedar ataupun tidak, berpuasa telah menunjukkan betapa Islam dan mereka yang taat sentiasa menyeru agar supaya bersyukur atas segala nikmat nikmat pemberian nya. Pada masa yang sama, kita sewajarnya perlu insaf bahawa dalam limpahan nikmat yang kita perolehi siang dan malam itu, terselit hak-hak golongan tertentu seperti golongan fakir miskin dan dhaif.


Hakikatnya puasa yang melahirkan umat yang bertaqwa itu mempunyai ciri-ciri umat yang kuat, hebat, produktif, cemerlang dan berdaya saing. Justeru, di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, sewajarnya kita merebut peluang ini untuk memastikan ketaqwaan kita terus meningkat dan mengelakkan diri dari binasa dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah dan juga dosa.






Puasa Ramadhan adalah jalan menuju kepada ketaqwaan. Selari dengan matlamat ini saya menyeru, marilah kita bersama-sama menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah seperti berikut:


1. Renunglah bahawa rasa lapar, haus dan dahaga itu adalah gambaran kesusahan di hari kiamat.
2. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah kepada anak-anak yatim.
3. Mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang yang berpuasa.
4. Memperbanyakkan solat, berzikir kepada Allah SWT dan berselawat ke atas nabi SAW.
5. Mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir atau berboros.
6. Merasai di dalam hati perasaan takut dan mengharap rahmat tuhan serta redha dengan segala ketentuan-ketentuanNya.


firman allah swt yang berbunyi

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(An-Nahl:97)

Selasa, 18 Ogos 2009

ramadhan bulan perubahan akhlak



Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan sempurna selama sebulan mampu mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya. Berdasarkan kelebihan puasa ini, maka Allah SWT turut mewajibkan umat Islam yang terdahulu untuk berpuasa. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin yang tunduk patuh kepada Allah SWT iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah SWT serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Selain itu, puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:” Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!”.








Bulan Ramadan dikurniakan dengan banyak keistimewaan yang luar biasa. Antaranya ialah pintu syurga akan terbuka dengan seluas luasnya. Manakala pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan para syaitan akan diikat dan dirantai. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan bahawa punca-punca amal kebaikan dibulan Ramadan adalah terlalu banyak. Manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:” Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai”.


Gambaran ini menunjukkan betapa luasnya ruang yang disediakan oleh Allah SWT melalui bulan Ramadan untuk mendidik nafsu manusia agar tunduk patuh di bawah pengaruh iman dan taqwa. Alangkah bahagianya orang yang mengambil faedah dari kesempatan yang Allah sediakan ini.


Sempena Ramadan yang sedang bakal kita lalui ini, marilah kita menghidupkan Ramadan dengan solat Tarawih, bertadarus al-Quran, memperbanyakan istighfar dan bermunajat kepada Allah yang maha satu di tiap-tiap malam sebelum bersahur. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW mengingatkan kita betapa besarnya fadilat menghidupkan Ramadan sabdanya:” Sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.”


Perlu lah kita insafi bahawa hikmah daripada kewajipan berpuasa dengan berlapar dan dahaga sebulan Ramadan adalah untuk mendidik hati dan perasaan kita agar simpati dan perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya mereka adalah saudara seagama kita yang telah diuji oleh Allah azza wajalla dengan kemiskinan dan kefakiran. Dalam masa yang sama ini juga merupakan ujian Allah kepada golongan yang berada.


Persoalan besar di sini ialah sejauh manakah golongan yang berada dapat melawan runtunan hawa nafsu serta pujukan syaitan yang sentiasa membisikan hati agar kasihkan hartabenda,bencikan amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang lemah?. Sikap sebegini adalah bertentangan dengan prinsip bahawa hartabenda ialah amanah Allah untuk menyelamat dan membela golongan golongan yang lemah tersebut.


Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 :


”Sungguh, kamu akan diuji pada hartamu dan diri kamu. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan kitab dahulu daripadamu dan orang musyrik yang banyak menyakitkan hati. Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat.”


Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan al mubarak yang berkat ini,saya menyeru kepada semua ibubapa dan masyarakat Islam agar dapat mengambil peluang untuk mendidik nafsu dan membersihkan jiwa daripada kekotoran dan dosa serta noda agar keluarga dan anak-anak kita sentiasa beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Bersama samalah kita meningkatkan azam untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai medan mempertingkatkan kualiti modal insan dan kuantiti ibadah kita kepada Allah SWT.


firman allah yang berbunyi :



“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihan (dengan sebab kekotoran maksiat”.
(ash shams ayat 9-10)















ramadhan bulan menguji keimanan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Seperti mana kita sedia maklum bahwa bulan Ramadan ialah bulan yang mulia di sisi Allah. Didalam bulan inilah telah difardhukan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam atas para nabi dan Rasul sebelum ianya difardhukan ke atas kita ummat nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah kerana dengan menjalani ibadah puasa seseorang muslim itu akan terdidik jiwanya, menjadi lebih bertakwa kepada tuhannya dan mampu menjadi benteng dari godaan syaitan dan hawa nafsu yang sukar dikawal, dimana syaitan tidak pernah jemu-jemu menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan perbuatan yang mungkar. Namun begitu berapa ramaikah dikalangan kita yang benar-benar mampu dan berjaya mengawal diri dari gudaan syaitan gudaan hawa nafsu, gudaan terhadap keseronokan dan kelazatan duniawi ini?.


Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada dua persimpangan jalan. Dua persimpangan tersebut ialah runtunan hawa nafsu yang sentiasa menggila dan keimanan yang mantap terhadap Allah s.w.t. untuk memilih dua jalan ini maka manusia dibekalkan akal oleh Allah bagi menilai,antara mana yang lebih baik diantara keduanya.


Adapun manusia yang memilih mengimani kepada tuhannya, merekalah orang yang mendapat kejayaan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang memilih jalan menuruti hawa nafsunya, maka akibatnya amat buruk dengan balasan azab yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kelak.


Justeru, dengan kedatangan bulan Ramadan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk beribadah kepada Allah, dengan ganjaran pahala yang besar dan berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah. Maka,seharusnya kita semua merebut peluang ini dalam untuk mendapatkan kelebihannya atau ganjaran pahala tersebut.


Namun demikian ianya bukanlah suatu yang agak mudah untuk diperolehi, kerana dihadapan kita sentiasa ada halangan dan juga cabaran yang perlu kita tempohi dan harungi sebagai satu jihad, terutamanya jihad melawan hawa nafsu yang sememangnya sentiasa mendorong manusia supaya melakukan pelbagai macam kejahatan dan perkara-perkara yang keji. Disinilah letaknya cabaran sebenar bagi kita dalam menunaikan ibadah puasa.


Jika kita mampu memerangi dan melawan kehendak hawa nafsu, bererti ibadah puasa yang kita kerjakan mampu mendidik dan membimbing diri kita menuju ke arah jalan yang benar dan mendapat keredhaan darinya tetapi jika sebaliknya yang berlaku bermakna kita telah gagal atau kecundang dalam ujian dan sekaligus menjadikan diri kita sebagai orang yang bukan sahaja rugi di dunia, bahkan juga rugi di akhirat.


Ini bertepatan sekali dengan Firman Allah didalam surah Yusof ayat 35 yang berbunyi :

dan tiadalah aku bebaskan diriku, sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku amat pengampun lagi amat penyayang.

Kita semua yakin bahwa setiap muslim sentiasa mengharapkan kehidupan yang sejahtera di akhirat kelak dan memohan dijauhkan dari kehidupan yang sengsara. Kita juga seharusnya sedar bahwa hanya dengan ibadah dan amalan-amalan yang baik semasa di dunia akan menjadi bekalan semasa di akhirat kelak. Manakala mereka yang melakukan kesalahan dan dosa,maka Allah s.w.t. telah menjanjikan balasan yang setimpal sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.Demikianlah halnya betapa mulianya bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

Setelah mana kita bersungguh-sungguh dan bermujahadah melawan hawa nafsu pada bulan yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah kita dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat taraweh, bertadarus,bersedekah,membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya untuk meningkatkan keimanan kita didalam usaha mencari keredhaannya.

marilah kita menanamkan azam dihati hati sanubari kita dalam untuk meneruskan amalan-amalan yang baik,umpamanya kita menyahut seruan kerajaan dalam kempen nafas baru bermula Ramadhan, dimana ianya merupakan satu program bagi membantu dikalangan perokok-perokok orang Islam untuk membuang tabiat buruk atau berhenti merokok bermula pada bulan Ramadan kali ini.

Mungkin selama ini ada dikalangan sebahagian kita tercari-cari atau memikirkan cara terbaik untuk berhenti merokok,ada yang telah cuba berhenti merokok tetapi sering kali gagal. Maka inilah masanya, peluang keemasan yang perlu diambil mudah-mudahan dengan azam yang kuat diiringi pendirian yang teguh serta berkat bulan Ramadan yang mulia lagi barakah, Insyaallah usaha untuk berhenti merokok dapat dikekalkan sehingga penghujung bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.


Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang agak mudah untuk dilakukan oleh seorang perokok, bukannya mةereka tidak sedar akan akibat buruk yang akan memusnahkan diri sendiri dan orang-orang disekeliling mereka, tetapi kerana disebabkan ةmereka telah diikat,dijerat dan dibelenggu oleh pengaruh nikotin yang sekian lama bersarang dalam diri mereka dan ditambah lagi dengan lebih 4000 bahan-bahan kimia yang lain.

Justeru,marilah kita sama sama doakan semoga dengan berkat kesucian bulan Ramadan yang mulia ini dan berdasarkan hasil kajian mendapati bahawa lebih 95 % di kalangan perokok-perokok yang beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan dengan kita berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama itulah ianya mampu dapat mengawal diri dari tidak merokok. Jadi apa salahnya selepas berbuka puasa diteruskan tanpa tidak merokok sehingga bersahur keesokan harinya. Jika tindakan seumpama ini dapat dilakukan serta diamalkan untuk hari-hari seterusnya, Insyaallah tabiat buruk merokok dapat dihentikan disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Akhirnya, marilah kita sama-sama menjadikan Ramadan bulan yang menjana kekuatan dan jati diri kita, bulan yang mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih dekat dan bertakwa kepada Allah. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita cubalah kita bertanyakan diri kita sendiri. Adakah kita merasa dekat dengan Allah s.w.t. ? atau apakah Ramadan tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada kita setelah kita berpuasa ? atau lebih teruk lagi tiada sebarang perubahan yang berlaku ke atas diri kita walaupun kita dididik dan diasuh dengan amalan-amalan yang baik pada bulan Ramadan ini?.

Perlu di ingatkan bahwa Rasulullah s.a.w. dan para sahabat begitu sedih sehingga menangis disaat-saat akhir Ramadhan yang akan pergi meninggalkan mereka, kerana tidak sanggup berpisah dengannya .

Di dalam satu Hadis Nabi s.a.w. telah bersabda : " Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita sepaya bulan Ramadan berpanjangan selama setahun ".


Oleh itu, dengan kesempatan hadirnya Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memerangi nafsu yang boleh membawa kehancuran dan merugikan hidup kita. Sesungguhnya Ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mempertingkatkan keimanan kepada Allah.

firman allah swt yang berbunyi

"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehkah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain" . (al baqarah 185)

RAMADHAN DATANG LAGI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.


Beliau bersabda:"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

Isnin, 17 Ogos 2009

DIAMBANG RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi kita menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada kita kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadhan yang padanya diturunkan al quran menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu kita mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah ada bersabda:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).


Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk diri. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya: "Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata.”



Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian , keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.

Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan yang akan muncul ini,suka saya mencadangkan kita sekalian mengambil langkah langkah berikut:

pertama : Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.

kedua : Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

ketiga : Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

keempat : Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

kelima : Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Sebagai renungan marilah kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:
maksudnya " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".