Ahad, 8 Januari 2012

Home » » bagaimana al fatihah dibelakang imam

bagaimana al fatihah dibelakang imam

ada pandangan mengatakan makmum wajib membaca al fatihah dibelakang imam , berdasarkan hadis berikut sesiapa yang mempunyai imam ketika solat maka bacaan imam adalah bacaannya (riwayat al dar qutni)

ini bersandarkan kepada hadis berikut :
rasulullah sholallahu 'alaihi wassalam menunaikan solat subuh dimana pembacaan baginda agak berat yakni terganggu dan tatkala tamat solat.baginda bersabda yang bermaksud "aku dapati kamu membaca al quran dibelakang imam kamu" sahabat menjawab "ya mengapa,wahai rasulullah ?" baginda berkata "jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan umm al quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca al fatihah"(riyata abu daud dan at tirmidzi)

rasulullah saw bersabda yang bermaksud
jangan sesekali seseorang dari kamu membaca apa jua daripada al quran tatkala aku sebagai imam mengeraskan bacaan kecuali bacaan umm al quran (al fatihah) (riwayat al dar qutni dan ahmad)

terdapat hadis yang diriwayatkan oleh ibnu hibban dan sanadnya bertaraf hasan (shahih) menurut al hafiz ibnu hajjar yang bermaksud jangan kamu membaca kecuali al fatihah dibelakang imam (nay al awtar jilid 2 ,halaman 511)

        lafaz "aamin" beerti "perkenankanlah" disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama sama imam.ia berdasarkan hadis abu hurairah radiallahu 'anha yang bermaksud apabila imam mengucapkan lafaz "aamin" ,para malaikat pun turut sama mengaminkannya bersama sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz amin nya bertepatan dengan lafaz amin para malaikat maka diampunkan baginya dosa dosa nya yang terdahulu (riwayat bukhari dan muslim)

jika imam terlupa menyebut aamin , para makmum boleh menguatkan aamin bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat (al mughni jilid 2 halaman 38)

Related Posts by Categories



0 ulasan: