Rabu, 29 April 2009

Home » » mengatasi penyakit kulit

mengatasi penyakit kulit


mahkota dewa atau nama saintifiknya phaleria macrocarpa atau nama sinonim nya phaleria papuana bole dijumpai di halaman rumah sebagai tanaman hiasan atau juga di kebun kebun sebagai tanaman peneduh.tanaman yg tergolong dalam keluarga thymelaeaceae initidak diketahui dari mana asal nya tetapi melalui nama botani nya , ramai yg mengatakan bahawa tanaman ini berasal dari papua,irian jaya.


mahkota dewa dikatakan tumbuh subur di tanah gembur dan subur pada ketinggian 10 hingga 1,200 meter dari paras laut.pohon mahkota dewa tumbuh menegak dengan ketinggian dalam 1 hingga 2.5 meter.pokoknya juga bole mencecah jangka hidup sehingga puluhan tahun.
daun mahkota dewa adalah daripada jenis tunggal,letaknya berhadapan,bertangkai pendek,hujung dan pangkal daun runcing,tepi nya rata,permukaan daun licin dan daunnya berwarna hijau tua.bunga nya keluar sepanjang tahun dan letaknya tersebar dibatang atau ketiak daun,berukuran kecil,berwarna putih dan harum.

buahnya berbentuk bulat,permukaannnya licin,ketika muda buahnya berwarna hijau dan bertukar merah setelah masak,isinya buah berwarna putih,berserat dan berair.bijinya pula berbentuk bulat , keras dan berwarna coklat.



bhagian tanaman ini yg dikatakan bole digunakan sebagai ubat adalah daun,isi dan kulit buahnya.daun dan kulit buah bole digunakan secara segar atau yg telah dikeringkan.kulit buah dan isi buah dikatakan bole digunakan utk merawat disenteri,psoriasis dan jerawat.manakala daun dan bijinya pula dikatakan bole digunakan utk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan gatal gatal.

drp kajian dikatakan bahawa mahkota dewa .. kaya dengan kandungan kimia.daun dan kulit buahnya dikatakan mengandungi alkaloid , saponin , flavonoid dan juga polifenol.terdapat juga kajian yg membuktikan bahawa mahkota dewa mengandungi zat antihistamin yg diketahui merupakan penyembuh alahan.selain itu dikatakan juga buah mahkota dewa mempunyai khasiat menghilangkan gatal dan anti kanser,manakala bijinya beracun.dikatakan banyak penyakit yg bole dirawat dgn penggunaan mahkota dewa ,antaranya sakit berat seumpama kanser,sakit jantung,kencing manis,reumatisme,sakit buah pinggang,tekanan darah tinggi,lemah syahwat dan ketagihan narkotik.herba ini juga mampu digunakan utk mengubati penyakit ringan seperti ekzema,jerawat dan sakit akibat luka gigitan serangga.

wlau pon mahkota dewa dikatakan byk mempunyai khasiatnya namun masih belum dapat diketahui berapa banyak tanaman ini bole digunakan utk mengubati penyakit,namun begitu melalui penelitian dikatakan utk tanaman yg dijadikan ubat utk diminum,dikatakan penggunaannya bole mengunakan beberapa hirisan nuah kering.selama beberapa hari baru penggunaannya ditingkatkan sedikit demi sedikit sehingga berupaya menyembuhkan penyakit.utk penyakit berat pula,dos pengambilannya pula lebeh besar.


terdpt cara mampu digunakan bagi merawat masalah dan penyakit yg disebutkan tadi melalui penggunaan herba mahkota dewa,utk merawat desenteri,dikatakan anda bole merebus 15 gram kulit buahnya yang telah dikeringkan.campurkan kulit buah ini dgn 2 buah gelas air sehingga ia mendidih selama 15 minit.setelah sejuk,saring dan kemudian nya minum air rebusan ini sebanyak 2 hingga 3 kali dalam sehari.

utk mengatasi masalah psoriasis pula,caranya ialah dengan membelah 3 biji buah mahkota dewa,buang bijinya dan kemudian hiris tipis tipis dan jemur sehingga kering,rebus hirisan ini dengan seliter air,kemudiannya biarkan rebusan air sehingga tersisa menjadi 1/4 drp asalnya.setelah ia sejuk,minum air ini sehari 2 kali.jika timbul gejala keracunan,turunkan dos atau hentikan penggunaannya.

bagi mereka yg menghidap ekzema atau gatal gatal,bole lah mengambil daun mahkota dewa dan giling sehingga halus.tampalkan ramuan ini pd bahagaian sakit lalu balut.gantikan 2 atau 3 kali sehari.

selain itu dikatakan juga kulit dan isi buah antara lain meampu merawat demam selsema , reumatisme dan juga kanser rahim peringkat akhir.

walaupon terdapat khasiat herba mahkota dewa ini,namun penggunaannya perlu mendapat nasihat drp pengamal peubatan terlebih dahulu bagi mengelakkkan kemudharatan,bahagian buah terutama bijinya beracun.dikatakan jika buah dimakan mentah bole menyebabkan bengkak dimulut,mabuk,kejang sehingga pengsan.mengunakan herba ini dengan dos berlebihan dalam jangka masa yg lama dikatakan bole menimbulkan kesan sampingan seperti sakit kepala kronik,bagi wanita hamil,anda dilarang utk mengunakan tanaman ubat ini.

Related Posts by Categories



0 ulasan: