Sabtu, 15 Ogos 2009

Home » » KEUTAMAAN AL FATIHAH DAN AYAT PENGHABISAN SURAH AL BAQARAH

KEUTAMAAN AL FATIHAH DAN AYAT PENGHABISAN SURAH AL BAQARAH


surah al baqarah ayat 284-286
MAKSUDNYA
[Al baqarah Ayat : 284]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[Al baqarah Ayat : 285]Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (katanya): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.
[Al baqarah Ayat : 286]Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

DARI ABU MAS'UD AL ANSHARI R.A KATANYA BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA SESIAPA YANG MEMBACA KEDUA DUA AYAT INI,YAKNI SURAH AL BAQARAH AYAT 284-286 DAN SURAH AL FATIHAH,NESCAYA KEDUANYA AKAN MEMELIHARA NYA DARI BENCANA (hadis imam muslim 773(83))

Related Posts by Categories



0 ulasan: