Ahad, 5 Disember 2010

Home » » jiwa ibadah

jiwa ibadah

  • solat adalah tiang agama
  • solat juga amalan yang pertama akan dihisab
  • solat juga amal yg paling besar pahalanya
  • meninggalkannya adalah berdosa besar
  • ciri yang mengangkat darjat manusia kpd takwa
  • wasiat terakhir nabi muhammad saw
  • solat juga adalah ajaran yg sewajarnya diutamakan dan ditekan kan kepada anak anak kita 
  •  
    dan solat juga mendidik kita agar menjadi orang yang sabar,sebagaimana firmannya didalam surah al baqarah ayat 245
          ertinya
          dan jadikanlah sabar dan solat sebagai 
   penolongmu.sesungguhnya yg sedemikian itu 
   sungguh amat berat kecuali bagi orang orang
   yang khusyuk

          rasulullah pernah bersabda yang berkaitan
   dengan keutamaan solat
  dalam hadis lain rasulullah saw pernah ber
  sabda sesungguhnya solat adalah tiang agama,
  maka barangsiapa yang mendirikannya beerti
  ia telah menegakkan agama,dan barangsiapa
  yang meninggalkannya beerti ia telah meroboh
  kan agama (hr baihaqi)
  didalam hadis qudsi bahawa allah ada ber
  firman yang maksudnya :
sesungguhnya aku telah menciptakan langit dan juga bumi dan apa yang ada antara keduanya,yang demikian itu adalah ciptaannya dan keunikannya.hal itu cukuplah untuk dilihat olehmu agar kamu mengetahui bahawa allah maha berkuasa.akulah yang maha mengetahui sedang kalian melaksanakan solat 2 rakaat saja dibarengi dengan berbagai cela yang dilakukan secara serampang.kerananya tidak layak bagi kamu untuk aku lihat,tidak untuk aku melihatmu,tidak layak aku memujimu,tidak layak aku mensyukuri juapun.jadi kenapa kamu mengkehendaki pujian dari orang lain hanya lantaran solatmu yang 2 rakaat itu? apakah keluar seperti beerti kesetiaan terhadap aku? apakah yang seperti itu adalah merupakan pendirian yang diingini setiap orang?maka celakalah kamu,dan apakah kamu tidak mahu berfikir?
dalam hadis lain ada meriwayatkan
waktumu yang hanya sesaat yakni menyalahkan dan mencaci diri sendiri adalah lebih baik dibanding ibadah kamu yang 70 tahun
jadi ..fikirkanlah setelah mengetahui hal ini.betapa ruginya ibadah selama 70 tahun,sedangkan yang lain hanya bertafakur sesaat tetapi keadaannya lebih afdhal dihadapan allah swt.

firman allah didalam surah al hadid ayat 4 yang bermaksud dan dialah allah yang sentiasa bersama kamu walau dimana saja kamu berada 
  
imam sadiq juga pernah berkata bahawa 3 perkara jika barangsiapa berpegang dengannya dia akan mencapai apa yang dicita citakannya didunia dan juga diakhirat nanti iaitulah :
1.ia berpegang kepada allah saja
2.ia redha dengan qada' dari allah'
3.ia sentiasa berbaik sangka dengan allah

imam al fakih abi al fatih r.a juga pernah berkata yang maksudnya :
jika sesiapa diantara kamu yang hendak selamat dari seksa kubur maka hendaklah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara pula iaitu
1.menjaga ibadah sembahyang
2.selalu bersedekah
3.banyak membaca al quran
4.banyak bertasbih

dan tinggalkanlah 4 perkara pula
1.jangan bercakap bohong
2.jangan melakukan pengkhianatan
3.jangan mengumpat
4.jangan orang yang kencing tidak membasuh kemaluannya

syeikh arqam juga pernah berkata yang bermaksud setiap pendidik itu adalah pemimpin tapi tidak semua pemimpin itu pendidik

rasulullah saw bersabda didalam satu riwayat lain yang bermaksud selepas ditanya oleh sayidah aisyah-wahai rasulullah saw,adakah nanti umat umatmu nanti akan dapat masuk syurga tanpa hisab? jawab nabi saw: ya ada,iaitu orang orang yang mengenang ngenang akan segala dosanya lalu dia menangis (al hadis)

dalam lain riwayat rasulullah saw bersabda sesungguhnya perut yang penuh dengan makanan itu adalah punca segala penyakit.kosong perut itu punca segala ubat 

dalam lain lain riwayat oleh imam muslim yang bermaksud barangsiapa yang mendatangi dukun atau bomoh yakni si tukang tenung dan percaya pula  apa yang diucapkan olehnya maka ibadah solatnya tidak akan diterima selama 40 hari

firman allah didalam surah al isra' ayat 36
yang bermaksud
dan janganlah kamu mengikut akan apa yang tidak kamu mengetahui tentang perkara itu,sesungguhnya pendengaran kamu,penglihatan dan hati kamu,semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan

daripada sayidina ali bin abi thalib berkata bahawa aku melihat rasulullah saw mengambil sutera dan meletakkan ditangan kanannya dan emas ditangan kirinya lalu kemudiannya dia berkata 2 perkara ini iaitu sutera dan emas diharamkan bagi kaum lelaki (HR abu daud)

imam al ghazali ada mengatakan jika apabila kamu mendengar kaum kafir yang bakal akan kekal dalam neraka maka berhati hatilah kamu,jangan merasa aman.siapa tahu kamupun termasuk kafir.sebab urusan ini sarat dengan bahaya,sedang kamu belum mengetahui akhir kehidupanmu,bagaimana ditulis dalam buku catatan amal,oleh kerananya jangan sesekali kamu terpedaya oleh kemilaunya masa,sebab terdapat bahaya yang tersembunyi 

sesungguhnya sifat munafik seperti yang banyak saya perkatakan sebelum ini ialah dapat menghilangkan pahala amal dan sifat riak akan mengakibatkan amalan seseorang akan ditolak,manakala sifat ujub akan menyebabkan hilangnya pahala dari amal secara keseluruhan.

selain sifat ujub dan sifat riak,saya fikir masih banyak lagi sifat sifat yang dapat merosakkan amal amal kita.

muhammad rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang menuntut dunia dengan tujuan untuk bermegah megah dan memupuk mupuk harta bertimbun timbun untuk riak,nescaya ia menjumpai allah dalam keadaan allah murka kepadanya

jadi ketahuilah pembaca pembaca sekalian sesungguhnya ilmu haruslah diamalkan yakni setelah mengetahui jalannya dan beramal juga haruslah disertai rasa ikhlas,sebab jika kita tidak ikhlas maka sia sialah amalnya,dengan demikian akan merugikan kita,selanjutnya,sentiasa takut dan berhati hati sehingga tidak mudah tertipu.

tertipu dengan memperbanyakkan sujud dan puasa dan tanpa memperhatikan kebersihan dan tidak menyedari bahawa diri kita sebenarnya sedang menghadap allah.

jadi untuk mencapai semua itu,kewajipan kita hanyalah ibadah dan beramal dengan bersungguh sungguh dan perlu kita ketahui,meskipun kita mengerjakannya dengan bersungguh sungguh namun amatlah sedikit yang akan kita capai dibandingkan dengan jumlah yang disediakan allah.sebagaimana yang pernah dikatakan oleh sayyidina ali r.a sangatlah tinggi harga amal yang dikabulkan allah

sesungguhnya orang yang mengejar kejayaan dunia semata mata dengan mengabaikan kejayaan akhirat adalah amat tercela sekali dan dilarang oleh agama kita.

firman allah yang bermaksud


buatlah perbandingan kepada mereka,kehidupan didunia ini adalah seperti air hujan yang kami turunkan dari langit,menjadi subur dengan tumbuh tumbuhan dibumi dengan sebabnya,kemudian ia menjadi kering kerana dihembus angin dan allah maha berkuasa atas segala sesuatu.sesungguhnya harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan didunia dan amal perbuatan yang kekal lagi baik tentu baik pahalanya disisi allah dan lebih baik pula dicita citakan (surah al kahfi ayat 45 dan 46)

inilah penyakit cinta dunia dan takut mati.apabila dunia telah mengisi hati,pastilah terasa sayang dengan harta harta yang dimilki dibolot oleh orang lain sehingga diri lalai.

firman allah yang bermaksud 
maka bermegah megah lah kamu dengan harta dan anak yang telah menjadikan kamu lalai hingga masuk kubur (surah at takasur ayat 1-2)

dan firmannya lagi
barangsiapa yang mengkehendaki pahala didunia maka ia pasti rugi kerana disisi allah ada pahala dunia dan akhirat (surah an nisa' 134)

rasulullah saw bersabda
                                           
firman allah didalam surah an nisa' ayat 48 yang bermaksud
sesungguhnya allah tidak akan mengampuni dosa syirik yakni mempersekutukannya dan dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu dan bagi sesiapa yang dikehendakinya

    Related Posts by Categories



    0 ulasan: