Ahad, 19 Disember 2010

Home » » kelebihan surah al ahqaaf

kelebihan surah al ahqaaf


surah al ahqaaf ialah surah yang ke46 didalam al quran,mengandungi 35 ayat,diturunkan dimakkah.
ia dinamakan surah al ahqaaf kerana didalamnya menceritakan kisah kaum 'aad yakni penduduk lembah al ahqaaf yang telah dibinasakan oleh allah kerana kekufuran mereka mendustakan agama allah yang disampaikan oleh nabi hud alaihis salam.
allah swt menceritakan kisah ini untuk menjadi perbandingan terhadap umat manusia terutama kaum musyrikin yang menolak kerasulan nabi saw,demikian juga contoh kerasulan diantara anak yang soleh dan taat dengan anak yang engkar,derhaka kepada ibubapa dan tuhan mereka.
diterangkan juga sifat sifat anak yang soleh,yang mendoakan kebaikan ke2 ibubapa nya disamping bersyukur akan segala nikmat allah,amal soleh hendaklah terus menerus dikerjakan bagi mendapat keredhaan allah swt dan menjadikan sifat sifat kebaikan itu meresap hingga ke jiwa zuriat keturunannya,akhirnya diterangkan pula sifat sifat anak yang derhaka dan balasan allah terhadap mereka.
surah ini adalah satu daripada 7 surah sederet didalam  al quran yang dimulai dengan "haa miim".
diantara fadhilat surah ini,pada hari kiamat kelak surah ini akan berusaha agar mereka yang membaca dan menghayati surah ini tidak akan dimasukkan kedalam neraka jahanam.
hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh baihaqi dan khalil menyatakan bahawa didalam al quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan haa miim , diakhirat kelak akan datang kepada setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada allah swt "ya allah janganlah engkau masukkan kedalam neraka ini orang orang yang percaya dan membaca ku" 

Related Posts by Categories



0 ulasan: