Ahad, 19 Disember 2010

Home » » kelebihan surah al hasyr

kelebihan surah al hasyr


surah al hasyr yang diturunkan dimadinah ini merupakan surah yang ke 59 dalam al quran,mengandungi 24 ayat.
diantara kandungannya ialah menceritakan pengusiran sepuak kaum yahudi dari madinah disebabkan mereka mengkhianati nabi muhammad saw dan umat islam.mereka ditimpa azab demikian kerana menentang perintah allah dan juga rasulnya.
selanjutnya diterangkan juga perihal orang orang islam dimadinah yakni kaum muhajjirin dan ansar dengan sifat sifat mereka yang mulia dan terpuji. 
daripada fadhil umu yassar al muzani berkata bahawa nabi saw bersabda
maksudnya
diikuti membaca 3 ayat akhir surah al hasyr
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (surah al haysr ayat 22,23 dan 24)
 
maka allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang dan jika dia meninggal dunia pada hari itu dikira mati syahid (hr tirmizi) 

Related Posts by Categories



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

SALAM TUAN ADMIN,SILA PERBETUL LAFAZ TAAWUZ..SEKIAN