Ahad, 19 Disember 2010

Home » » kelebihan surah an nabaa'

kelebihan surah an nabaa'


surah an nabaa' yang beerti berita besar adalah surah yang ke 78 didalam al quran,mengandungi 40 ayat.diantara kandungannya menegaskan tentang kebenaran berita besar iaitu kebangkitan manusia dihidupkan semula untuk menerima pembalasan pada hari kiamat.surah ini juga membentangkan hujah hujah betapa zalimnya keingkaran golongan kafir musyrik yang meragui akan berlakunya hari kiamat.telah nyata allah swt telah menciptakan langit dan juga bumi serta segala isi nya yang begitu rumit maka sudah tentu lah tidak susah baginya untuk menghidupkan mereka semula kelak nbagi menerima pembalasan.ketika itu kelak,orang orang kafir akan menyesal dan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah sahaja supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan pembalasan"
diantara hadis rasulullah saw yang menerangkan fadhilat dan juga faedah yang mengamalkan membaca surah an nabaa' ini ialah hadis yang diceritakan oleh abu darda' yang bermaksud
pelajarilah surah an nabaa',pelajarilah surah al buruuj,pelajarilah surah qaaf dan pelajarilah surah at taariq kerana jika kamu mengetahui fadhilat fadhilat dan besarnya pahala membaca surah surah tersebut maka kamu akan berhenti dari tugas tugas kamu lalu mempelajari surah surah tersebut dan juga mendekatkan diri kepada nya dengan membacanya.sesungguhnya allah swt akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik. 

Related Posts by Categories



0 ulasan: