Rabu, 1 Disember 2010

Home » » keutamaan surah al fatihah

keutamaan surah al fatihah


surah al fatihah beerti surah pembuka kata iaitu surah yang pertama didalam al quran mengandungi 7 ayat yang diulang ulang didalam ibadah solat kita,ia juga digelarkan sebagai ummul quran yakni ibu segala al quran kerana ia mengandungi secara ringkas dasar dasar keseluruhan isi kandungan al quran itu sendiri.

semenjak zaman rasulullah saw dan para ulama',kemudiannya telah mengamalkan membaca surah ini pada setiap majlis agama dan juga doa.memang isi kandungan surah al fatihah pun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang yang bergama islam.diantaranya ialah untuk memohon pertolongan dan juga pertunjuk kepada jalan yang lurus dan bukan jalan yang menyesatkan.
terdapat banyak hadis hadis rasulullah saw mengenai fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah al fatihah ini,diantaranya
  • membaca al fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga al quran
  • al fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya,diantaranya seperti berikut
  • amalkan membaca al fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama 7 hari.insyaallah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan,disamping itu dapat mengawal hati dan juga fikiran daripada perkara perkara yang merosakkan.
  • amalkan membaca al fatihah semasa hendak tidur,diikuti membaca surah al ikhlas 3 kali , surah al falaq dan juga surah an nas,insyaallah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
  • bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik,termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat,untuk mendapat rezeki yang baik dari keadaan fakir,untuk dapat menyelesaikan hutang,untuk menyembuhkan penyakit agar anak menjadi insan soleh dan berbagai hajat lagi maka hendaklah memohon kepada allah dengan membaca al fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.waktunya ialah diantara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh,amalkan amalan ini sehingga 40 hari,insyaallah hajat kita akan dikurnia oleh allah swt.
  • amalkan memba al fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu,insyaallah akan memperolehi rezeki yang baik,juga pangkat/darjat yang baik disisi masyarakat,baik akhlak.mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan allah swt.
  • untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan,amalkan membaca al fatihah sebanyak 41 kali semasa makan malam,insyaallah akan dimakbulkan oleh allah swt.
  • sesetengah ulama menganjurkan membaca al fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada allah,insyaallah hajatnya akan termakbul.
  • dianjurkan juga amalan membaca al fatihah sebanyak 41 kali,insyaallah allah dapat mengubati sakit matasakit gigi,sakit perut dan lain lainnya.                            demikianlah diantara banyak lagi fadhilat fadhilat membaca surah al fatihah ini
  •  

































kalau kita melihat sesuatu perkara yang tidak baik,bukan perkara itu tidak bagus tetapi hati kita yang tidak rasa baik,maka periksalah dimana salahnya,ini sesuai sebagaimana firmannya didalam surah ar 'aad ayat 11 


 ertinya
bahawa sesungguhnya allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendiri yang merubah nya dengan usaha mereka
demikianlah firman allah yang menganjurkan kepada kita.supaya berusaha untuk merubah akan nasib dirinya.jangan sesekali mengantung kan nasib dirinya semata mata dengan takdir dan kekuasaan allah sahaja.
aku telah sediakan buat hamba hambaku yang soleh akan nilai nilai kebaikan yang tidak pernah terlihat oleh mata,tidak terdengar oleh teliga dan tidak pernah sedikit pun terlintas dalam hati manusia (hadis qudsi)
akhirnya marilah kita bersama sama menghayati petikan ini
 ertinya
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat allah jika memang benar benar kamu beriman   

Related Posts by Categories



0 ulasan: