Jumaat, 3 Disember 2010

Home » » keutamaan surah as sajdah

keutamaan surah as sajdah

surah as sajdah yang bermaksud sujud adalah surah yang ke 32 didalam al quran yang mengandungi 30 ayat.ia dinamakan as sajdah kerana terdapat ayat ayat yang menerangkan kisah orang orang yang beriman,apa bila mendengar ajaran kitabbullah al quran ia langsung sujud sebagai tanda syukur diatas segala nikmat nikmat yang dikurniakan oleh allah kepadanya.selain dari itu juga ditegaskan dasar dasar tauhid dan dalil dalil yang membuktikan keesaan allah rabbul jalil .

 
surah as sajdah adalah diantara beberapa surah didalam al quran yang mengandungi ayat ayat sajdah yakni ayat yang disunatkan sujud tilawat bagi seseorang yang sedang membacanya atau mendengar bacaan samaada ketika solat ataupun tidak..terdapat banyak juga hadis dari rasulullah saw sendiri yang menerangkan fadhilat dan juga faedah serta hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah as sajdah ini,diantaranya
daripada abu hurairah r.a bahawa beliau berkata "nabi saw membaca pada solat fajar pada hari jumaat "alif laam miim tanzil" as sajdah dan "hal ata 'alal insaan" (hr bukhari)

daripada jubair ,beliau berkata "adalah nabi saw tidak tidur hingga membaca surah as sajdah dan surah al mulk (hr ahmad)

selain daripada itu,terdapat juga hadis hadis rasulullah saw yang menerangkan berbagai lagi fadhilat bagi mereka yang gemar mengamalkan surah as sajdah iaitu :
1.melindungi pembacanya dari azab kubur
2.mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap dengan ibadah solatnya pada malam lailatul qadar
3.mendapat hidayah ilmu yang yakin
4.dikurniai cahaya nur pada dirinya semasa ia mati

sujud tilawah ini ataupun dipanggil juga sebagai sujud sajdah,biasanya para para imam yang mengimami solat berjemaah pada solat fardhu subuh pagi jumaat lazimnya membaca surah as sajdah pada rakaat pertama.
dan apabila bacaan imam yang mengimami solat berjemaah sampai membaca pada ayat 15 surah as sajdah
langsung sahaja sujud tilawat dengan membaca 
ertinya
sujudlah mukaku dan seluruh diriku kepada allah yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya,juga yang telah mencipta pendengaran dan penglihatan nya dengan perantaraan telinga dan mata dengan kuasa allah jualah pendengaran dan penglihatan ku terpelihara ,maha tinggi allah sebaik baik yang maha pencipta 
setelah selesai sujud tilawah dengan bacaan tersebut ,langsung sahaja imam terus bangun semula dengan menyambung bacaan surah as sajdah tadi sehingga habis tanpa surah al fatihah,selepas habis bacaan surah as sajdah tersebut barulah mereka rukuk,iktidal,sujud,duduk antara 2 sujud,sujud dan terus bangun iaitu masuk pada rakaat kedua dan baca al fatihah semula dan lain surah sehingga habis.

jika kita menyemak semula al quran,kita akan menjumpai 15 surah yang menganjurkan kita sujud tilawat ..antaranya
surah al a'raf ayat 206
surah ar ra'd ayat 15
surah an nahl ayat 50
surah al isra' ayat 109
surah maryam ayat 58
surah al hajj ayat 18
surah al hajj ayat 77
surah al furqan ayat 60 
surah an naml ayat 26


surah as sajdah ayat 15
surah sad ayat 24
surah fussilat ayat 38

surah an najm ayat 62

surah al insyiqaq ayat 21
surah al 'alaq ayat 19
jika tidak sujud,seelok eloknya bacalah ayat ini
akhirnya marilah kita bersama sama menghayati doa ini ..
         
Enhanced by Zemanta

Related Posts by Categories



0 ulasan: