Sabtu, 25 Disember 2010

Home » » pengajaran dari rasulullah

pengajaran dari rasulullah

1.wahai umatku,barangsiapa yang berzikir kepada allah sebelum keluar fajar dan sebelum terbit matahari selepas fardhu subuh dan sebelum tenggelamnya nescaya allah malu hendak menyiksanya dengan api neraka

2.wahai umatku, apabila engkau telah selesai sembahyang fardhu subuh,maka duduklah ditempatmu itu sehingga terbit matahari,sesungguhnya allah menulis bagi orang yang tetap duduk ditempatnya itu dengan pahala menunaikan haji dan umrah atau pahala memerdekakan seseorang hamba atau pahala bersedekah 1000 dinar  pada jalan fisabillah
 
3.wahai umatku,barangsiapa yang membaca tiap hari 10 kali 
nescaya tidak tinggal seorang malaikat didalam tujuh petala langit melainkan semuanya meminta ampun baginya
 
4.wahai umatku, barangsiapa yang membaca pada tiap hari dua puluh lima kali dengan ayat ini
nescaya dituliskan baginya dalam golongan kekasihnya
 
5.wahai umatku,bagi orang yang bahagia itu ada tiga tandanya,yakni ia makan dari sumber yang halal bagi dirinya ,ia duduk bersama sama para pendakwah dan ia sentiasa berjemaah dimasjid
 
6.wahai umatku,bagi orang yang celaka itu ada 3 tandanya yakni ia makan dari sumber yang haram,ia menjauhkan diri dari pendakwah,dan ia bersembahyang bersendirian
 
7.bagi orang yang alim itu ada 3 tandanya yakni,ia sentiasa bercakap benar(jujur),menjauhkan perkara yang haram dan ia merendahkan diri
 
8.apabila berlalu lah diatas orang mukmin 40 pagi,ia tidak duduk bersama orang alim yakni tidak menurut ilmu kepada orang alim nescaya menjadi keras hatinya dan berani melakukan dosa besar,oleh kerana ilmu itu menghidupkan hati
 
9.wahai umatku,sentiasa orang mukmin itu bertambah kuat pada agamanya selama ia tidak makan barang yang haram dan barangsiapa mengasingkan diri dari pendakwah nescaya akan mati hatinya dan akan butalah ia daripada mentaati allah
 
10.wahai umatku,berselawatlah kepadaku dengan sebanyak banyaknya,barangsiapa yang berselawat keatasku sekali maka allah selawat keatasnya 10 kali,siapa yang berselawat keatasku 10 kali maka allah selawat keatasnya 100 kali,siapa yang berselawat keatasku 100 kali maka allah berselawat keatasnya 1000 kali,maka tiada menyentuh akan dirinya dari api neraka 
 

Related Posts by Categories



0 ulasan: