Jumaat, 21 Januari 2011

Home » » syafaat al quran

syafaat al quran

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al baqarah ayat 245)

 Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa, “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu di kafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, “ Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehigga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata, “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara yang perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini , engkau tidak akan berasa dukacita lagi.” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dan malaikat-malaikat dari syurga.
sabdanya lagi 
syafaat al quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" 
sabdanya lagi
apabila seseorang itu mati , maka terputuslah segala amalannya didunia ini kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah (wakaf) atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya  
 

Keterangan hadis ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai fadilat yang amat besar sekali sebagai jaminan serta pelindung bagi mereka yang mengamalkan segala kandungannya dan  memperbanyakkan pula dengan mewakafkan atau bersedekah dengan kitab suci al quran itu sendiri.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu betapa tingginya syafaat Al-Quran, tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak pada diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang , kita pasti tidak akan mampu untuk memperlambat atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat walau sekalipun kita berada dalam benteng yang amat teguh,kematian itu pasti akan tiba . Dan apabila kita berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita , adakah keluarga kita ? kawan kawan kita ? isteri kita ? anak anak kita ? adakah mereka mereka ini yang akan membantu kita ? yang nyatanya  amalan-amalan baik kita sahaja sewaktu di dunia ini yang akan menemani kita dan membantu kita . sesungguhnya Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. oleh kita marilah kita bersama sama agar sentiasa mendekati Al-Quran dan kita jadikan ia sebagai teman kita di dunia ini  dan kita meng edarkan pula kepada masyarakat umumnya  secara mewakafkan atau kita bersedekahkan dengan al quran itu sendiri kepada mereka , kepada kawan kawan kita , atau masjid masjid umpamanya atau saudara saudara islam kita yang lain..kerana al quran itulah yang akan menjadi pendamping yang amat setia dalam usaha yang kita amal kan bukan sahaja di alam kubur malah di akhirat nanti.

Related Posts by Categories



0 ulasan: