Khamis, 24 Mac 2011

Home » » umat islam terus membisu dengan kekejaman dunia

umat islam terus membisu dengan kekejaman dunia



Dibawah ini adalah komen seorang hamba Allah dalam email saya terhadap perkara yang sedang berlaku
sekarang khususnya di Libya,palestin,iraq,lebanon dan sebagainya.

beliau menghuraikan pendapatnya sebagai berikut:

Mengapakah dunia Islam berdiam diri?
Ketegangan di negara Libya tidak pernah terjadi dalam dunia sebelum ini. bagaimana Seorang penjenayah dan tidak berakal telah membangunkan negara penindas selama lebih 42 tahun dan membawa seluruh kelengkapan tenteranya untuk membunuh rakyat awamnya di samping memusnahkan negaranya sendiri...naudzubillah..Anehnya dunia dunia Islam berdiam diri dengan hanya menyaksikan jenayah kejam seperti ini ..

Apakah al-Quran tidak pernah mengarahkan memerangi kelompok yang bertindak zalim atas kumpulan yang lain dalam negara Islam?

jadi mari kita lihat dalam surah al hujurat ayat 9,bagaimana firman allah 

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.(surah al hujurat ayat 9)


persoalan saya mengapakah pemimpin negara Islam, cendiakawan dan ahli politik berdiam diri? Mengapakah Pertubuhan Persidangan Islam terus menyepi seribu bahsa ? Mengapakah Liga Arab tidak memainkan peranan mereka?

Setidak-tidaknya negara Islam wajar serta mampu mengiktiraf revolusioner secara rasmi manakala pemerintah Libya serta tali barutnya diakui sebagai penjenayah perang, kemudian mereka ini dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.

Ini boleh memanaskan para revolusioner di samping memberitakan penjenayah Libya tidak mempunyai masa depan. Meskipun ia dapat memberikan kesan untuk menghadang jenayah, namun ia masih belum memadai.
Jelas sekali semua jenayah kejam tiada tandingan ini dilaksanakan ke seluruh kota-kota Libya dan orang awamnya dibunuh. Mustahil kerajaan ini dapat memerintah lagi di waktu mendatang, apakah mereka ingin mengiktiraf secara rasmi pemerintah seperti ini?
seluruh Umat Islam sedunia mengulangi hal yang sama di Yaman dan beberapa negara Islam yang lain seperti palestin dan sebagainya. Jikalau pihak Barat kelihatan berpeluk tubuh bergembira menonton perkembangan yang memusnahkan dan membunuh negara Islam ketika menggulingkan kerajaan mereka, bagaimana pula halnya dengan umat Islam yang hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh ?
saya juga berharap di suatu waktu, mereka akan sedar akan kewajiban insani dan Islam

p/s - jika difikirkan kembali memang ada kebenarannya,isu palestin yang boleh kita ambil contoh,atau isu iraq ..masyarakat islam sedunia hanya mementingkan diri sendiri dan kuasa politik yang tiada penghujungnya ,adalah sewajarnya seluruh islam bersatu padu kembali  dan mengambil iktibar dan renungan mengenai permasalahan ini.

Related Posts by Categories



0 ulasan: