Sabtu, 9 April 2011

Home » cara hidup sihat

cara hidup sihat

saya ingin memetik semula dalam surah at tin ayat 4,bahawa manusia itu sendiri adalah manusia yang terbaik berbeza dengan makhluk mahkluk yang lain kerananya ia dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna.
 
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
 
 atas sebab itu adalah menjadi satu kewajipan bagi kita dalam memainkan peranan akal  fikiran dan anggota badan dengan mengamalkan cara hidup sihat daripada melakukan perkara perkara yang boleh merosakkan diri,kesihatan,harta benda dan hubungan sesama kita.
sesungguhnya kesihatan adalah harta yang amat bernilai sekali dalam sebuah kehidupan kita semua.apa guna nya sekaya mana sekalipun kita,wang berjuta sekalipun,kalau tiada kesihatan,tiada gunanya.
apabila tiadanya penjagaan kita pada faktor pemakanan,sudah pastinya lah ianya akan menyumbang kepada pelbagai macam 1001 penyakit seperti darah tinggi,jantung,kencing manis,strok,penyakit buah pinggang dan sebagainya.atas sebab itu islam mengajarkan kepada kita semua agar sentiasa besederhana,tidak melampaui batas batas dalam segi pemakanan dan minuman seharian kita.
 
selain pemakanan,kesihatan jasmani seperti bersukan,berjogging atau berbasikal juga penting dalam kehidupan kita.namun ramai daripada kita yang sering leka dalam faktor penjagaan kesihatan ini...
 
satu perkara yang amat membimbang kita pada hari ini ialah gejala rokok dan dadah.ramai masyarakat muda pada hari ini banyak yang terpengaruh...sedarlah,bahawa tabiat merokok dan dadah tidak memberikan faedah bagi kita,sebaliknya ia membawa kepada 1001 macam keburukan.
 
apa yang dapat saya lihat pada hari ini ialah ramai masyarakat masyarakat muda termasuklah anak anak gadis yang terlibat dengan gejala ini,mereka seolah olahnya berbangga dengan cara begini dan merasai satu kepuasan dan ketenangan apabila mereka mereka ini menjadi perhatian.
 
kesempatan yang ada ini,saya menyeru  marilah kita bersama sama mengamalkan hidup cara sihat dengan menjaga kesihatan diri kita,tubuh badan kita dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat dan berzat,disamping menjauhi segala macam perkara yang boleh merosakkan kehidupan kita semua.bagi mereka mereka yang mempunyai tanggungan anak anak remaja,maka ruangkanlah masa dengan memberikan perhatian yang penuh buat mereka,ajaklah mereka berkongsi pandangan dan masalah,disamping itu juga berilah perhatian dengan siapa mereka berkawan,kemana mereka pergi dan pulang contohnya,agar kehidupan mereka mereka ini tidak terjebak daripada gejala gejala yang boleh memburukkan kehidupan mereka.

Related Posts by Categories



0 ulasan: