khususnya seluruh muslimin pasti akan tahu bahawa salah satu daripada 6 rukun iman yang wajib di imani ialah beriman kepada kitab kitab nya yang diturunkan melalui rasul rasul pilihan termasuk lah nabi junjungan besar kita muhammad saw.manakala kitab yang menjadi panduan hidup sebagai umat yang terakhir ini ialah kitab al quran yang diperturunkan melalui perantaraan jibril kepada muhammad saw.
sesungguhnya allah swt telah menjelaskan bahawa turunnya al quran itu adalah dengan pelbagai tujuan,antaranya yang terpenting ialah untuk diikuti dan diamalkan dalam kehidupan umat manusia.ini sesuai sebagaimana firmannya :
sesungguhnya kami telah memperturunkan ianya iaitu kitab kepada mu dengan membawa kebenaran itu,supaya kamu mengadili antara umat manusia dengan apa yang allah mewahyukan kepada mu (surah an nisa' ayat 102)
membaca al quran sememangnya amat dituntut malah dikurniakan pahala pula samaada kita memahami makna nya atau tidak.tetapi membaca dengan memahami makna makna nya amat di tuntut sekali didalam islam.
suatu masa dahulu,kita juga pernah mendengar ungkapan "buta al quran" seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.sebenarnya ungkapan ungkapan seperti buta al quran ini memang ada juga relevannya.ada rentetan dan galurnya.masakan tidak,bermula dengan individu,keluarga,sahabat handai,jiran tetangga dan masyarakat yang tidak tahu membaca al quran ini,tanpa tahu makna makna nya al quran ini,maka akan terlahirlah umat yang terlalu begitu jahil dalam untuk membezakan mana satu perintahnya dan mana satu larangan larangannya sehinggakan membelakangkan syariat syariat agama seperti yang berlaku pada masyarakat kita pada hari ini.
kalau kita berada didalam situasi ini,bagaimanakah cahaya allah akan menyinari kehidupan kita?..seperti yang berlaku sekarang ini,sungguh amat memalukan sekali ..kerana itu al quran yang ada ini adalah sewajarnya menjadi sumber rujukan,sumber hukum bagi kita yang bertapak dimuka bumi ini.al quran tidak diturunkan hanya sekadar untuk hiasan dinding dinding rumah semata mata sebaliknya al quran diturunkan untuk panduan hidup manusia itu sendiri.
sejarah telah membuktikan al quran yang diturunkan sejak lebih 1400 tahun dahulu,telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah umat manusia itu sendiri.
sejarah juga membuktikan juga al quran yang diperturunkan 1400 tahun dahulu telah mencapai zaman kegemilangannya sehinggala lahir nya beberapa beberapa tokoh cendekiawan dan pemikir ..antaranya tokoh sains dan teknologi seperti al khawarizmi,ibnu sina,al mas'udi,jabir ibnu hayyan ,ibnu bajjah,ibnu al nafis,ibnu haitham serta ramai lagi.mereka mereka ini bukan sahaja menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan bahkan seorang penghafaz al quran yang memahami isi kandung al quran itu sendiri.
saya suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk membaca al quran serta memahami kandungan kandungannya adalah kewajipan kita sendiri.persoalan besar disini ialah apakah jawapan kita apabila allah melontarkan soalan dengan firmannya :dan mengapakah kamu tergamak membelakangkan al quran itu sendiri tatkala ia dibacakan kepadamu dan dikalangan kamu ada rasulnya muhammad saw (surah ali imran ayat 101)
sesungguhnya allah swt memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaannya,agar kita menjadi golongan yang mulia dan bermaruah,salah satu pendekatan yang mengangkat martabat kita ialah dengan mengamalkan panduan al quran itu sendiri secara menyeluruh.
0 ulasan:
Catat Ulasan