Ahad, 4 September 2011

Home » » manusia mempunyai naluri bertuhan

manusia mempunyai naluri bertuhan

syeikh mahmud syahir dalam uraiannya mengenai adanya naluri bertuhan dalam diri manusia , antara lain menerangkan bila mana manusia sedang dalam kesulitan yang amat sangat , yang telah mengatasi pendengaran , memecahkan pemikiran , dan menghabiskan daya upaya , maka dalam seperti demikian ia tidak akan mendapat jalan keluar dari kesulitan yang sedang dihadapinya itu , kecuali menyerahkan nya kepada allah , meminta pertolongan dari kekuasaan , pertunjuk dan rahmatnya , ini sesuai sebagaimana firman nya didalam surah yunus ayat 22

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan) sehingga apabila kamu berada didalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
dengan keterangan ayat diatas maka jelaslah , bahawa manusia sebenarnya adalah makhluk yang asli kejadiannya ialah bertuhan dan mengakui adanya tuhan tersebut dan juga kekuasaannya yang menjadikan alam semesta ini , itulah naluri manusia bertuhan , maka kesedaran dan pengakuan adanya tuhan adalah pokok kebenaran iaitu pokok beragama . bahawa setiap manusia ketika ia berada didalam rahim pasti melaluinya , sebagaimana yang tercatat didalam al quran , yang bermaksud apakah aku ini bukan tuhanmu ? dan roh itu menjawab , ya kami telah naik saksi

kesan dari ayat al quran ini , dapat memberi pengertiannya , bahawa sejak manusia masih didalam alam rahim , ia mengakui dan menyaksikan allah , kesaksian ini menjadi kabur oleh kotoran kotoran dalam qalbu , rasa bertuhan mulai terhijab atau terdinding . dinding itu adalah dari hawa nafsu manusia itu sendiri , agar qalbu itu dapat bersih dan suci sehingga ia dapat menerima pancaran nur allah , maka ia perlu dibersihkan

dalam hal ini rasulullah shallahu alaihi wassalam pernah bersabda yang bermaksud bahawasanya bagi tiap tiap sesuatu itu ada alat untuk menyucikan dan alat untuk menyucikan qalbu itu ialah zikrullah yakni berzikir kepada allah dengan ucapan laila haillah dan sabdanya lagi yang bermaksud bahawa allah subhallahu ta'ala berfirman yang bermaksud laila haillah itu adalah bentengku , maka barangsesiapa yang masuk dalam bentengku , nescaya terjamin ia dari pada azabku

ayat ayat al quran dan hadis yang berupa anjuran untuk memperbanyakkan zikir laila haillah adalah untuk menyegarkan ingatan dan mendekatkan diri kita kepadanya , dan jalan itulah , merupakan pekerjaan utama para para sufi dengan mengadakan latihan latihan dan perjuangan dari satu tingkat kesatu tingkat sampai ia mencapai musyahadah dan mukasyafah .

Related Posts by Categories



0 ulasan: