hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad dengki atau di iri hatikan. ia umpama api yang membakar ,sebelum dia membakar orang lain ,orang yang dihasad akan membakar dirinya terlebih dahulu,jiwanya tidak tenang,fikiran sentiasa kacau dan perasaan tidak tenteram.
mahunya cuma satu,agar nikmat yang ada pada orang yang dihasadkan itu hilang.tetapi kemahuan itulah yang sukar dipenuhi kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya ,kuasa memberi dan menarik nikmat hanya milik allah subhanallahu ta'ala .
penyakit hasad berpunca daripada lemahnya iman dalam hati seseorang.apabila iman lemah,persaudaraan pun lemah.ini kerana hubungan iman dengan persaudaraan ialah hubungan yang saling berkaitan.kuat iman,kuatlah persaudaraan. al quran menegaskan,orang islam (beriman) itu bersaudara.hadis mengukuhkan lagi apabila menegaskan tidak beriman seseorang sehingga mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.
jadi apabila seseorang mengharapkan nikmat yang ada pada saudaranya hilang,bahkan berusaha secara lisan dan tindakan untuk menghapuskannya,itu menunjukkan dia tidak mencintai atau mengasihi saudaranya sekaligus menunjukkan betapa lemahnya iman dalam hatinya,ertinya keyakinan nya kepada allah dan hari pembalasan semakin goyah.
orang yang hasad gagal melihat hikmah disebalik nikmat yang sedikit dan banyak,oleh sebab itu dia gagal bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada,syukur dan sabar itulah harta yang menyebabkan jiwa menjadi kaya.
sebaliknya dia mengukur segala galanya berdasarkan kehendak hawa nafsu yang kehendaknya tidak pernah puas dan tidak ada batas.neraca pertimbangannya hanya pada kuantiti material dan fizikal.nikmat yang banyak pun masih masih dirasakan sedikit,apatah lagi nikmat yang memag sedikit.
orang yang hasad begitu obsesi dengan cinta dunia.tentang ini rasulullah shalawatullahi wassalam pernah mengingatkan,daripada zaid bin thabit radiallahu 'anha,beliau berkata kami mendengar rasulullah saw bersabda yang bermaksud sesiapa yang menjadikan dunia tujuan utamanya,maka allah akan mencerai beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan selalu ada dihadapannya,padahal dia tidak akan mendapatkan harta benda duniawi melebihi apa yang allah tetapkan baginya.dan sesiapa yang menjadikan akhirat niatnya tujuan utama,maka allah akan menghimpunkan urusannya,menjadikan kekayaan ada dalam hatinya,dan harta benda duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah yakni tidak bernilai dihadapannya (riwayat ibnu majah no 4105)
alangkah ruginya orang yang hasad kerana terlepas nikmat dunia dan akhirat.api hasad membakarnya didunia dan diakhirat kelak dia akan dibakar oleh api yang menyala nyala yang tidak terperi sakitnya.nauzubillah min zalik....hakikat ini sangat membimbangkan berdasarkan perkembangan mutakhir umat umat islam masa kini.budaya fitnah memfitnah ,kata mengata, tuduh menuduh, sedang berleluasa disemua peringkat masyarakat, daripada pemimpin hinggalah kepada rakyat.nauzubillah..
0 ulasan:
Catat Ulasan