dalam surah an nur ayat 30 , allah telah menyatakan dengan jelas
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (surah an nur ayat 30)
yang mana ia adalah satu perintah daripada allah,bahawa sesungguhnya dengan menundukkan pandangan ini bukan satu pilihan tetapi ia adalah satu perintah,yang membawa maksud tika mana yang perlu kita menundukkan pandangan kita.
ayat ini tidak ditujukan saja kepada kaum lelaki tetapi kaum perempuan juga,sebagaimana firmannya
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), (sebahagian ayat 31 surah an nur)
tahukah kita,dengan menundukkan pandangan ini,ianya mampu memberi hikmah untuk menguatkan ingatan,bahawa pernah diceritakan dalam sejarah al imam syafie,semua kita tahu mengenai riwayat imam syafie bahawa ia adalah seorang ulama besar,penghafaz al quran,diceritakan pada satu hari imam syafie ini bila dia nak mengeluarkan hafalan dia ,dia sudah lupa ayat ayat tu maka berjumpa lah dia dengan tuan gurunya dan bertanya,rupa rupanya imam syafie "ternampak" tumit kaki seorang perempuan yang bukan muhrimnya ...begitulah hikmah nya mengenai dengan menundukkan pandangan , kerana ilmu itu tidak sampai pada hati yang gelap ...
0 ulasan:
Catat Ulasan