Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
KHALID BIN AHMAD MENYATAKAN,BAHAWA DARJAT MANUSIA TERBAHAGI KEPADA EMPAT MACAM,IAITU :
- manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu.yang demikian ialah manusia yang berilmu,yang boleh dijadikan peminpin.
- manusia yang tahu,tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu.orang yang demikian sedang tertidur dan dia perlu dibangunkan.
- orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu.orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
- orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu.orang yang demikian harus dijauhi.
TINGGALLAH LIMA PERKARA
- tinggallah pandangan yang liar,nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
- tinggallah perkataan yang berlebih lebihan nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
- tinggallah makan yang melampaui batas nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah
- tinggallah melihat cacat (aib) orang lain nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri
- tinggallah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat ilahi nescaya anda terhindar dari keraguan keraguan dan kemunafikan. (abdullah bin mubarak)
(PETIKAN DARI DAIRI "SATU UMMAT SATU KIBLAT")
0 ulasan:
Catat Ulasan