Belajarlah mengenang budi serta belajarlah apa itu ikhlas
dalam hal ini tokoh ulama' terkemuka asy syahid imam al banna pernah berkata
yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap yang muslim mestilah mengharapkan keredhaan allah dan ganjaran pahala darinya,semua perkataan,amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan,kemegahan,gelaran,kedudukan terkemuka atau mundur.dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah,bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan
Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :
katakanlah olehmu bahawa sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku adalah kerana allah swt tuhan yang mencipta semesta alam.tidak ada sekutu baginya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan
Dengan itu muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan :
allah matlamat kami,allah maha besar dan bagi allah jualah segala pujian
KETERANGAN
Ikhlas ialah melakukan amalan
semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan
dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan,
pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia,
meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi
atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan
bukan kerana Allah.”
Ikhlas dengan makna ini adalah
buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam
ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan
kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami
mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”
0 ulasan:
Catat Ulasan