Isnin, 23 November 2009

Home » » GAGAL SYUKURI NIKMAT ALLAH PETANDA SIFAT ANGKUH

GAGAL SYUKURI NIKMAT ALLAH PETANDA SIFAT ANGKUH

bayangkan,sedang kita enak bersandar dikerusi yang empuk dan menghela nafas panjang sambil menghirup kopi panas segar,masih ramai lagi umat diluar sana diuji dengan pelbagai dugaan berat,tidur dikhemah,makan seadanya bak kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,berhujan,berpanas terik tanpa bekalan air yang bersih dan elektrik samaada akibat musibah bencana alam mahupun keganasan manusia seperti umumnya dipalestin,iraq dan sebagainya.
namun,dalam keadaan seperti itu,berapa ramaikah daripada kita yang mahu merenung dan mensyukuri kurniaan nikmat allah sehingga berterus terusan membuat kerosakan dan kehancuran dimuka bumi ini???.
keselamatan,keamanan,dan kebaikan yang diperoleh ini adalah tanda kekuasaan dan juga kebesaran allah swt yang wajib kita syukuri.bersyukur adalah pengakuan atas nikmat kurniaan allah swt dengan penuh tawaduk serta diiringi keyakinan bahawa syukur itu sendiri adalah nikmat allah yang berhak disyukuri.
sesungguhnya allah telah berfirman yang bermaksud 
jika kamu bersyukur maka pastilah kami akan menambah nikmat kepadamu (surah ibrahim ayat 14)
sabda rasulullah saw yang bermaksud hendaklah kamu menjadikan hati sentiasa bersyukur,lisan yang selalu berzikir


apabila kita mampu menghayati konsep kesyukuran kepada allah dengan sebenar benarnya,maka barulah timbul rasa keinsafan,toleransi,dan keperihatinan kepada nasib dan masa depan kita sebagai individu muslim,keluarga dan umat.
sabda rasulullah saw yang bermaksud
perumpamaan orang yang beriman didalam kasih sayang dan perihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian daripada anggota itu mengadu sakit,ia membawa seluruh jiwa itu berjaga malam dan demam

bertanyalah kepada diri sendiri,apakah hati nurani kita tidak tercuit tatkala membaca berita umat yang ditimpa musibah atau dibunuh dengan ganas seperti umumnya dipalestin,di iraq atau saudara seislam dengan kita ditimpa penyakit berat,miskin hingga hidup melarat tanpa makan minum dan tempat berteduh?
perihal keperihatinan dan sikap mengambil berat nasib dan masa depan umat ini sudah tertanam dalam peribadi rasulullah saw sendiri yang tatkala berbaring sebelum melelapkan mata nya menangis hingga telapak tangannya dipenuhi air mata.


detik detik terakhir sebelum menghembuskan nafas nya,baginga rasulullah saw mengungkapkan kalimah "UMATKU ... UMATKU ... UMATKU..begitulah keperihatinan rasulullah saw.


allah swt berfirman yang bermaksud sesungguhnya orang yang mengingat allah sambil berdiri atau duduk,atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi,seraya berkata,"ya tuhan kami,tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia sia,maha suci engkau maka peliharalah kami dari seksa neraka (surah ali imran ayat 3)

firman allah lagi yang bermaksud maka yang mana antara nikmatdari tuhan kamu yang kamu ingin dustakan (surah ar rahman ayat 69)

konsep kesyukuran ini juga merealisasikan siklap tunduk dan patuh hamba kepada sang pencipta nya,sekaligus menjadikan kita insan kerdil yang sekuat mana sekalipun tenaga dan upayanya atau sekaya manapun hartanya,akhirnya akan kembali kepada yang maha sempurna.
kebimbangannya ialah apabila kita gagal menyatakan dan menunjukkan kesyukuran kepada allah swt,kita akan tenggelam dalam kenikmatan dan keseronokkan hidup sehingga akhirnya hanyut dan tidak lagi berupaya berpesan pesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.


rasulullah saw memberikan amaran bahaya fenomena ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam tirmidzi yang bermaksud demi jiwaku yang berada ditangannya,benar benar kalian menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar,atau alllah benar benar akan mengirimkan bencana lalu kalian berdoa dan tidak dikabulkan


pada ketika itu,janganlah kita menyalahkan alam jika ditimpa musibah bencana atau tragedi,janganlah menyalahkan orang lain jika terasa dianiayai,janganlah dituding jari kepada sesiapa melainkan melihat kedalam diri sendiri.
gagal mensyukuri akan nikmat allah swt adalah petanda sifat angkuh dan sombong,sesungguhnya sifat angkuh dan sombong adalah milik firauan,hamman,qarun,abu jahal dan abu lahab !!

Related Posts by Categories



0 ulasan: