Sabtu, 27 Jun 2009

Home » » CARA MUDAH MERANCANG PERBELANJAAN

CARA MUDAH MERANCANG PERBELANJAAN


memang ada diantara kita yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam menguruskan kewangan serta mengawal perbelanjaan seharian mereka namun masih ada yang malas melaksanakannya dalam kehidupan mereka.bagi mereka yang masih tertanya tanya apakah 'konsep' asas dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan,berikut beberapa tip tip yang boleh kita amalkan

1.menentukan matlamat kewangan
dalam konteks menguruskan kewangan,kita sewajarnya harus tahu akan matlamat kewangan kita.kemana ianya hendak digunakan.contohnya,mungkin ada diantara kita yang bermatlamat untuk

  • menyambung pelajaran
  • membeli sebuah rumah
  • berkahwin
  • berbulan madu
  • perbelanjaan rumahtangga
  • pendidikan anak anak
  • mengerjakan ibadah haji
  • perbelanjaan sewaktu persaraan
apabila sudah nampak akan matlamat kewangan ,sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang.seterusnya kita juga perlu tahu jangka jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi.
samaada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek,sederhana,ataupun panjang.contohnya,jika kita merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun yang akan datang.jadi kita perlu terus melakukan simpanan yang lebih kedalam akaun tabung haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.
mengawasi tabiat berbelanjajika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit.ini lah masanya,untuk memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa.apa yang penting disini ialah kita perlu menyemak semula kemana wang kita dihabiskan atau dibelanjakan.adakah ia cenderung kearah keperluan atau kehendak semata mata.jika ianya berdasarkan kehendak semata mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan.tabiat tersebut haruslah diubah.menulis pelan perbelanjaanapabila menerima saja duit gaji,atau pendapatan bulanan,kita sewajarnya menulis kemana kah ianya hendak dibelanjakan,jadi,apabila kita sudah tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah arah tuju wang yang hendak dibelanjakan atau digunakan.menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanjakonsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah
pendapatan - simapanan
= hutang + perbelanjaan
dan bukannya
pendapatan - (hutang + perbelanjaan) = simpanan
maksudnya disini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.tetapi malangnya,kebanyakan daripada kita,apabila terima je duit gaji.ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja.konsep ini salah.fikir tentang masa hadapanpengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipraktikkan oleh setiap orang.sekiranya,bukan untuk hari ia pastinya mendatangkan manfaat untuk masa hadapan.bayangkan,tahun hadapan kita ingin melangsung kan perkahwinan kemudian barulah kita 'tersedar' bahawa kita langsung tidak pernah menyimpan atau menyediakan sebarang bajet atau matlamat kewangan untuk tujuan tersebut.
akhirnya,kita terpaksaz membuat pinjaman peribadi melalui bank untuk tujuan tersebut yang seterusnya menjerat kita dalam bebanan hutang yang panjang.

Related Posts by Categories



0 ulasan: