Sabtu, 13 Jun 2009

Home » » MENGKUDU ubat penahan sakit

MENGKUDU ubat penahan sakit

apabila disebut pokok mengkudu,sudah pasti kita akan mengaitkan kegunaan daunnyasebagai pembalut batu panas yang dijadikan tungku untuk perempuan yang sedang berpantang selepas melahirkan anak.tetapi sebenarnya,bukan itu sahaja kegunaan tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya morinda citrifolia ini.
mengkudu merupakan tanaman asli di polynesia,malaysia,australia,india dan asia tenggara,dikenali juga dengan nama noni,indian mulberry,(inggeris)pace,cangkudu(indonesia),yo ban(thailand),nhau(vietnam),mengkudu merupakan pokok malar hijau dengan silara berbentuk kon.

daun pokok mengkudu tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan berbentuk bujur-tirus.daunnya berwarna hijau tua berkilat,licin dan hujung nya runcing.disetiap pangkal tangkai daun terdapat ketumbuhan berbantuk seperti lidah berwarna hijau.jambak bunganya tumbuh pada batang.buah mengkudu adalah sejenis pepauh yang tidak sekata.apabila ia masak,buahnya berubah warna menjadi krim keputih putihan.pokok,daun,buah,kulit dan akar pohhon mengkudu digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
mengkudu dikatakan mengandungi campuran anthraquinones,asid organik,xeronine,beberapa vitamin seperti beta karotena,niasin,riboflavin dan thiamin.ia juga mengandungi beberapa mineral,besi dan kalsium.kandungan kalsium dalam mengkudu dikatakan sama dengan apa yang terdapat dalam jus tomato dan jus oren.
buah mengkudu juga dikatakan mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine,asid kaproid,asid kaprilik,minyak penting,b-d-glucopiranose,pentaacetate-2,asperuloside,tetra acetate,glukos,asid askorbik(vitamin c)dan damnacanthol.beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai antibakteria melawan beberapa jenis virus.
masyarakat dunia sememangnya telah lama mengunakan mengkudu dalam perubatan tradisional.walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan,keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika perang dunia ke 2 lagi.tentera yang berada di kepulauan polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih.

UBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUNIA

di masyarakat sendiri,daun mengkudu yang telah dilayur dikatakan boleh diletakkan didada dan abdomen untuk tujuan merawat batuk,mual,pembesaran limpa dan kolik(perut memulas).masyarakat filiphina pula dikatakan mengunakan cairan daripada mengkudu untuk tujuan merawat penyakit radang sendi.bagi masyarakat tempatan kepulauan solomon dan taiwan,daun mengkudu digunakan untuk tujuan merawat disenteri dan antara bahan bahan yang digunakan semasa bersalin.
rebusan kulit pokok mengkudu merupakan astringen (bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah)dan digunakan bagi merawat malaria.rebusan kulit merupakan astringen terhadap masalah usus.campuran kulit,akar dan buah boleh digunakan untuk membersihkan luka.masyarakat new guinea mengunakan campuran kulit akar yang mengandungi pigmen kuning sebagai antiseptik.
walaupun banyak khasiat mengenai mengkudu,minat umum terhadap tanaman ini bermula pada penghujung tahun 1998,iaitu selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari universiti hawaii.

RAWATAN PELBAGAI MASALAH KESIHATAN

khasiat lain nya buah mengkudu adalah untuk menstabilkan tekanan darah dan paras kolesterol,mencegah pertumbuhan sel sel kanserdan tumor,melegakan masalah resdung,asma,bronkitis,batuk,sakit tekak,batuk kering,kolera,merawat kencing manis,sakit buah pinggang,sakit pundi kencing,sakit pundi hempedu,dan tiroid.

gangguan penghadaman seperti perut kembung,ulser,gastrik,cirit birit,keracunan makanan,juga dikatakan boleh dilegakan dengan meminum jus mengkudu.bagi bagi penghidap masalah penyakit kulit seperti bisul,luka luka,kurap,radang,ulser kulit juga boleh dirawat dengan buah mengkudu.masalah senggugut dan gangguan haid juga dikatakan mampu dikurangkan dengan meminum jus jus mengkudu.
memang banyak sangat khasiatnya mengkudu maka tidak hairanlah jika ada yang mengelarnya mengkudu sebagai penahan sakit.namun sebelum mengunakannya perlulah mendapatkan saranan saranan nasihat pengamal pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari.

Related Posts by Categories



0 ulasan: