Selasa, 14 Julai 2009

Home » » amalan membaca

amalan membaca





Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:
(wahai muhammad bacalah)dengan nama tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk,dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,bacalah dari nama tuhanmu yang maha pemurah,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,dia mengajarkan manusia dari apa yang tidak diketahuinya


Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Mengikut ahli mufassirin, mereka mengatakan surah al-‘Alaq ini mengandungi 3 perkara besar :-


pertama - mengenal "Allah Rabbul’alamin" yang Maha Esa dan Maha kuasa yang mencipta dan menghidupkan manusia.


kedua - ilmu tentang "manusia dan kemanusiaan" yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai-bagai keistimewaan berbanding makhluk-makhluk yang lain.


ketiga -"nikmat ilmu pengetahuan" yang telah diajarkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia melalui pena dan tulisan.


Imam al-Qurtubi turut mengutarakan bahawa permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada nabi Muhammad S.A.W. dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Ia merupakan dasar utama yang diperjuangkan oleh Islam bagi membangunkan diri insan. Islam yang di dalamnya tersingkap keindahan ajarannya menggesa umatnya mencari dan mendapatkan ilmu samaada secara formal dan tidak formal di mana membaca adalah salah satu cara di antara cara-cara tersebut .


Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.


Melahirkan mayarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Berdasarkan lapuran tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam lapuran yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju.


Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pembacaan masyarakat Malaysia masih randah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun, kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan menyedarkan masyarakat agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus sebati pada setiap masa dan keadaan. Budaya membaca adalah titik tolak kepada kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, budaya membaca menjadikan kita masyarakat yang berilmu.




Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:-


1.USAHA MENYEDARKAN MASYARAKAT DAN MEMPERBETULKAN SIKAP PENGABAIAN MINAT MEMBACA ,WAJAR DIGERAKKAN
Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca. Kempen untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang faedah tabiat membaca perlu diadakan secara lebih sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli belah, stesyen bas dan di tempat-tempat lain. Para pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula, perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh mencerna diri pelajar antuk membudayakan tabiat membaca.


Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek ini. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku samaada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88 % ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli buku-buku ilmiah.


2.MEWUJUDKAN SUASANA YANG BOLEH MENDORONG TABIAT MEMBACA
Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluaga perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih banyak aktiviti pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta perlu dijadikan aktiviti bersama seperti makan dan solat berjemaah.


3.MENGERAKKAN PENULISAN BUKU BUKU ILMIAH YANG BERMUTU DAN BERKUALITI
Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali R.A. pernah mengatakan : "Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?.


Buku-buku yang ditulis atau yang diterjemah akan memberi kesan secara langsung dalam menggandakan semangat membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Negara-negara barat atau Negara-negara maju yang lain. Penulisan atau penterjemahan buku-buku ilmiah akan membolehkan masyarakat mempelajari agama dan keduniaan dengan lebih baik dan dapat diwarisi sepanjang zaman. Imam Syafi’e mengungkapkan:-




ilmu itu umpama binatang buruan,tulisan itu laksana ikatan,maka ikatlah binatang buruan itu dengan sekuat kuatnya agar ia tidak dapat lari


4.PENERBITAN BUKU BUKU PERLU LIPATGANDAKAN PROMOSI BUKU BUKU ILMIAH


Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit buku juga bertanggungjawab mengenengahkan buku-buku mereka dengan potongan dan tawaran harga yang menarik. Ini secara tidak langsung, pasti akan merancakkan lapangan ekonomi. Penerbit buku juga perlu memastikan bahan-bahan atau buku-buku yang dijual atau dipamerkan tidak merosakkan minda masyarakat kerana tujuan pembaca adalah untuk menambah ilmu dan kemahiran seseorang.


Imam al-Ghazali pernah mengungkapkan: SEKIRANYA AKU BERHAJAT DENGAN ORANG JAHIL NESCAYA AKU TERTEWAS DAN JIKA AKU BERHAJAT DENGAN ORANG ALIM PASTI AKU MENEMUI KEMENANGAN









Related Posts by Categories



2 ulasan:

LuLu CaHaYa berkata... [Reply to comment]

everybody take a book and read, to gain knowledge everyone has to read,, let's reach out, open up your mind, let's make reading a lifestyle of wawasan...

BloggurlSchaa berkata... [Reply to comment]

Salam,
@Lulu cahaya, What's that song title ?