Selasa, 14 Julai 2009

Home » » TUNTUTAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN

TUNTUTAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN





dalam menjalani kehidupan seharian,islam sangat begitu mengambil perhatian yang sangat berat terhadap penjagaan kebersihan dan pemeliharaan persekitaran kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup insani dan seluruh kehidupan lain dibumi ini. bahkan ianya membawa kesempurnaan iman seseorang,sebagaimana sabda rasulullah saw yang bermaksud kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman,sedang iman itu akan bersama pemiliknya didalam syurga.
atas dasar itulah maka tanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan alam persekitaran merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang,samaada kebersihan tubuh badan,pakaian,tempat tinggal,makanan,minuman,persekitaran,lebih lebih lagi tempat kita melaksanakan kefardhuan ibadah,ini jelas sebagaimana terkandung dalam surah al baqarah ayat 222 yang bermaksud sesungguhnya allah amat mengasihi orang orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang orang yang sentiasa mensucikan diri.maksud berkenaan menjelaskan bahawa allah swt menyayangi hamba hambanya yang sentiasa bertaubat atas setiap dosa dan kesalahan yang dikerjakannya.begitulah juga dengan mereka yang sentiasa mengamalkan atau mengutamakan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran dengan memastikan alam sekitar disekelilingnya sentiasa bersih,selesa,dan selamat .dengan persekitaran yang selamat dan selesa akan memberi peluang kepada masyarakat menikmati kualiti hidup yang lebih baik serta dapat mewujudkan masyarakat yang lebih sihat,produktif,dan berwawasan.malah islam sangat sangat menuntut umatnya agar supaya berusaha memelihara persekitaran yang selamat,bersih, dan selesa walaupun dimana jua berada kerana ianya berkaitan dengan kesempurnaan amal ibadat kita kepadanya.selain itu kebersihan diri dan persekitaran juga akan dapat menjauhkan diri kita semua dari sebarang musibah seperti penyakit berjangkit,penularan wabak wabak yang berbahaya ,termasuk juga masalah gangguan kesihatan disamping mampu mengelak diri kita dari melakukan perkara perkara yang dilarang oleh islam.hal ini telah pun diperingatkan oleh allah kepada setiap hambanya sebagaimana firmannya didalam surah al muddasir ayat 1-5 hai orang orang yang berselimut,bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia,dan ingatlah kebesarannya,dan pakaian mu hendaklah kamu bersihkan dan segala kejahatan hendaklah kamu jauhi
disamping menjaga kebersihan diri dan persekitaran,islam juga mengutamakan aspek pemakanan supaya kita memakan makanan makanan yang halal,bersih dan berzat,kerana ianya memberi kan kesan keatas pembentukan keperibadian kita,firman nya dalam surah an nahl ayat 114 bermaksud oleh itu makanlah dari apa yang telah dikurniakan allah kepada kamu dari benda benda halal lagi baik...disamping itu islam mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara dan menjaga bumi tempat kita tinggal dengan sebaik baiknya demi kesejahteraan hidup seluruh makhluk makhluk yang ada didalamnya.kita dilarang sama sekali dari melakukan sebarang kerosakan dibumi ini dengan sesuka hati kerana dikhuatiri akibat buruknya akan kembali kepada kita semula.peringatan terhadap hal ini amat jelas sebagaimana firmannya didalam surah al a'raf ayat 56 bermaksud dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya ...sesungguhnya allah adalah bersifat dengan sifat yang maha bersih,sangat suka kepada kebersihan,dan menyayangi hamba hambanya yang bersih,baginda rasulullah saw juga sangat mementingkan kebersihan dengan mengubah cara hidup manusia yang penuh dengan kekotoran dan maksiat kepada cara hidup yang mengutamakan kebersihan dan taat kepada perintah allah swt.pernah pada suatu ketika,baginda berada didalam masjid,tiba tiba datang seorang lelaki dengan janggutnya yang tidak terurus serta rambutnya yang kusut dan mengerbang lalu baginda menunjukkan kearah orang tersebut dengan tangan baginda seolah olah baginda menyuruh memperbaiki rambut dan janggutnya lalu lelaki itu pun pergi membersih dan mengemas rambut serta janggutnya kemudian kembali semula dihadapan baginda lantas banginda tersenyum.peristiwa ini menunjukkan bahawa baginda tidak menyukai umat umatnya yang tidak menjaga kebersihan diri dengan sempurna.oleh itu sebagai seorang yang muslim,marilah sama sama kita hayati dan amalkan cara hidup yang dikehendaki oleh islam seperti berikut
  • sentiasa memelihara kebersihan diri agar sihat dan ceria sepanjang masa bagi membolehkan kita melaksanakan ibadah kepadanya dengan sempurna
  • sentiasa memelihara kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan yang dijamin halal ,bersih,suci,dan berkhasiat,sepanjang masa
  • sentiasa menjaga dan memelihara persekitaran tempat tinggal kita dari segala kekotoran disamping memastikan alam sekitar kita tidak dirosakkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab
  • sentiasa menjaga dan memelihara hati dan tingkah laku dari segala kemaksiatan serta kemungkaran kerana ia nya boleh mengundang datangnya balsan buruk dari allah kepada kita semua



Related Posts by Categories



1 ulasan:

Sab 사브리 berkata... [Reply to comment]

Terimakasih. Perkongsian yg baik.