Isnin, 17 Ogos 2009

Home » » BERTERUS TERANG DENGAN UCAPAN BURUK

BERTERUS TERANG DENGAN UCAPAN BURUK

[surah an nisa' ayat 148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



[surah an nisa' ayat 149] Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.






allah swt menyukai demikian ertinya meredhai dan memberikan pahala.allah swt tidak menyukai demikianertinya memarahi dan menyiksa kerananya.berterus terang ertinya menyiarkan dan mengumumkan,disebaliknya adalah merahsiakan dan menyembunyikan.keburukan ialah menyakiti manusia,baik mengenai jiwanya ataupun tubuhnya,baik mengenai hartanya mahupun keluarganya,baik karib kerabatnya mahupun tanah airnya.dengan perkataan lain yang membawa akibat mudharat,baik kepada diri seseorang mahupun kepada masyarakat.kebahagiaan manusia dalam kehidupan perseorangan atau masyarakat berhubung erat dengan menutup pintu kejahatan dan membuka pintu kebaikan.kedua dua ayat tersebut diatas telah menjamin dua hal sekaligus.ayat yang pertama bermaksud (orang yang teraniaya boleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa akan keburukan keburukan orang yang menganiayanya.menetapkan bahawa allah swt tidak menyukai apabila hamba hambanya berterus terang mengucapkan kata kata yang buruk diantara mereka,tetapi mengutuk dan tidak menutup pintu dimana kejahatan merayap kepada ummat).ayat yang kedua iaitu (mendorong manusia untuk membuka jalan kepada kecintaan dan ketengan dikalangan mereka.segala penyiaran yang sama jahatnya dengan ucapan tersebut diatas,dikutuk oleh allah swt dan akan disiksa diakhirat nanti.




[surah an nuur ayat 19] Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).[surah al ahzab ayat 60] Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja.[surah al ahzab ayat 61] serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.[surah al ahzab ayat 62] Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu

berterus terang dalam ucapan buruk itu mempunyai bentuk yang beraneka ragam.tiap bentuk dan tiap ragam daripadanya mempunyai pengaruh yang tidak baik kepada manusia,baik dalam akhlaknya dan hubungannya satu sama lain mahupun dalam kehidupan seluruhnya.menyebut dan membicarakan keburukan manusia adalah salah satu bentuk terus terang dan menyebarkan perbuatan yang keji dan menghubungkan dengan orang orang atau keluarga tertentu adalah bentuk terus terang dalam keburukan.membicarakan perbuatan yang mungkar seperti zina,minum arak,mencuri,dan cara cara penipuan dalam bentuk terus terlanjang atau sesetengah terlanjang dalam majalah atau surat khabar ada;lah bentuk terus terang dalam keburukan.adegan adegan ciuman,peluk pelukan dan ranjang yang terlihat dalam filem filem,atau menampakkan iklannya dijalanan adalah bentuk terus terang dalam keburukan.


diantara bentuk terus terang dalam keburukan yang paling berbahaya bagi ummat dengan tidak disedari oleh kebanyakan orang adalah yang biasa diucapkan oleh ibubapa dihadapan anak anaknya,oleh tokoh tokoh pendidikan dan pengajaran dihadapan murid muridnya,oleh tokoh tokoh politik pada pertemuan pertemuannya,dan oleh kebanyakan rakyat pada perkumpulan perkumpulan mereka iaitu pembicaraan tentang kelemahan ummat,kemerosotan akhlaknya dan bahawa ummat nya tidak berhak hidup dan tidak ada harapan untuk mencapai kebaikan.

itulah beberapa contoh tentang bentuk berterus terang dalam ucapan buruk.dalam berbagai bentuknya hal itu membawa kepada bermacam macam akibat buruk yang menimpa dan meliputi ummat dan menghalangi ummat untuk mencapai kebahagiaannya.yang demikian itu dapat memecahbelahkan persatuan,menumbuhkan rasa permusuhan dan kebencian,mendorong melakukan kejahatan dan kerosakan dan menumbuhkan rasa keberanian untuk melakukan nya bagi orang yang tidak pernah melakukannya.betapa besar pengaruhnya pada remaja yang terkesan hatinya oleh gambaran gambaran yang mereka dengar atau mereka baca.ucapan ucapan buruk itu sering menimbulkan perbuatan perbuatan lain yang dianggap baik semua peraturan peraturannya walaupun peraturan peraturan itu merosak dan membahayakan.

oleh kerana itu,adalah suatu kewajipan utama ibubapa,bagi tokoh tokoh pendidikan,bagi pemimpin pemimpin negara dan bagi para cerdik pandai,apabila mereka menginginkan keselamatan dan kebaikan negaranya dan menginginkan jangan sampai sebahagian anak anak merugikan negara,maka perlulah selalu mengawal diri sendiri,mengekang hawa nafsu terhadap berita berita bohong dan buruk dan menutupi pintu pintu kejahatan itu sekuat kuatnya sehingga terlindunglah ummat dari bahaya,dengan demikian maka terpelihara lah kesucian,kehormatan dan kebajikan.

allah swt telah membolehkan berterus terang dalam keburukan hanya didalam suatu keadaan saja iaitu dalam keadaan kezaliman itu kepada hakim (penguasa) atau kepada orang yang diharapkannya dapat membela atau menolongnya,itulah suatu keringanan yang dapat digunakan dalam batas batas tertentu tanpa menambah nambah dan berpanjangan.allah swt berfirman maksudnya kecuali oleh orang yang dianiaya.allah adalah maha mendengar lagi maha mengetahui (surah an nisa' ayat 148)




ayat tersebut membolehkan memilih apakah kebaikan itu akan dinyatakan atau akan disembunyikan terserahlah kepada orang yang melakukannya sesuai dengan niat dan tujuannya.diantara manusia ada yang berpendapat lebih baik kebajikan itu disiarkan kepada ummat,agar ditiru oleh orang lain dan supaya ia mendapat pahala perintis kebaikan.diantara manusia pula ada yang berpendapat bahawa lebih baik disembunyikan untuk menghindari diri dan suka dipuji.kemudian ayat tersebut menyuruh memperhatikan bahawa mengampuni kejahatan dari pihak orang yang disakiti adalah sama dengan berbuat kebajikan kerana hal itu membawa kepada kebersihan hati dan kejernihan jiwa.adapun kejhatan yang menyakiti masyarakat,mengoncangkan keamanan,merosak peraturan dan akhlak,maka tidak ada seorang pun berhak untuk mengampuninya.itu adalah hak allah semata,hak peraturan umum,sebagaimana firman allah swt yang bermaksud allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya (surah an nisa' 148)

(petikan ayat dari diari satu ummat satu kiblat)

Related Posts by Categories



0 ulasan: