Sabtu, 15 Ogos 2009

Home » » cara cara berwuduk

cara cara berwuduk


dari segi bahasa,wuduk beerti kebersihan manakala menurut istilah syarak,wuduk beerti kebersihan yang dilakukan dengan cara tertentu setelah berlakunya hadas kecil untuk membolehkan kita melakukan solat dan ibadat ibadat lain. ini sesuai dengan satu hadis dari shahih bukhari yang bermaksud


berwuduk adalah wajib hukumnya dan ia adalah merupakan salah satu syarat daripada syarat syarat sahnya solat.
ini sesuai dengan firman allah dalam surah al maidah ayat 6


maksudnya : [al maidah ayat 6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur
adapun rukun wuduk itu ada 6 perkara :
pertama : niat

ini sesuai dengan satu hadis al bukhari yang bermaksud :
daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. iaitu bahawa kita sengaja melakukan perbuatan itu bukan hanya dilakukan sambil lewa sahaja,ia wajib diiktikadkan dalam hati kita tapi kalau di lafazkan niat pun tidak mengapa,dan perlu di renungi kembali membaca bismillahi adalah wajib hukumnya ,sehinggakan nabi shalawatullahi wassalam pernah bersabda barangsesiapa yang tidak membaca bismillah maka wuduknya tidak sah





maksudnya : sahaja aku mengambil hadas kecil (wuduk) kerana allah taala

dari humran,hamba sahaya 'usman bin 'affan ra menceritakan bahawa 'usman meminta air untuk berwuduk mula mula dicucinya ke 2 telapak tangannya 3 kali,sesudah itu dia berkumur kumur dan memasukkan air kehidung.kemudian dia mencuci mukanya 3 kali,sesudah itu mencuci tangan kanan hingga siku 3 kali,sesudah itu mencuci tangan kiri seperti yang kanan.kemudian menyapu kepala 3 kali.kemudian mencuci kaki kanan hingga 2 mata kaki 3 kali,kemudian mencuci kaki kiri seperti yang kanan 3 kali.sesudah itu dia berkata "seperti inilah kulihat rasulullah saw berwuduk.

sesudah itu rasulullah saw bersabda

siapa yang berwuduk seperti wudukku ini dan kemudian dia solat 2 rakaat tanpa bercakap dengan dirinya sendiri atau tanpa berangan angan maka akan diampunikannya oleh allah akan dosa dosanya yang terdahulu


sabdanya lagi apa bila seseorang itu berwuduk maka ketika dia mencuci mukanya maka hilanglah segala dosa matanya,hanyut bersama air hingga tetes yang penghabisan.apabila dia mencuci tangan maka hilanglah pula segala dosa yang diperbuat oleh tangannya.apabila mencuci kaki hapus pulalah dosa dosa yang dilakukan oleh kakinya.juga katanya lagi sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga


kedua : membasuh muka
mengikut takrif ulama yang dimaksudkan membasuh muka ialah mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke 2 tulang dagu sebelah bawah dan dari anak telinga sebelah kanan hinggalah kepada anak telinga sebelah kiri

ketiga : membasuh ke2 tangan kanan hingga 2 mata siku
keempat : menyapu kepala atau sebahagian kepala
kelima : membasuh 2 mata kaki hingga 2 mata kaki dalam hal ini rasulullah saw ada bersabda celakalah tumit tumit kaki yang tidak basah,ianya pasti akan dimakan api neraka
keenam : doa



ada pun sunat sunat berwuduk ada 6 perkara
perkara perkara itu ialah :
1.menghadap kiblat
2.berkumur kumur dan mengosok gosok
3.membasuh 2 tangan hingga pergelangan tangan serta mengosok gosok celah celah jari
4.memasukkan air kehidung dan menghembuskannya keluar
5.mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri
6.menyapu semua kepala dan 2 telinga
7.menggosok g0sok celah janggut dengan jari ketika membasuh muka
8.mengulangi basuh hingga 3 kali
10.menjimatkan air
11.membasuh anggota wuduk itu melebihi dari hadnya. ini sesuai dengan sabdanya pada hari kiamat kelak anda semua akan tampak bercahaya gemilang kerana anda menyempurnakan wuduk anda sebagus bagusnya kerana itu lebihkanlah batas batas tertentu yang diwajibkannya mencuci ketika berwuduk
12.menggosok gosok anggota wuduk
13.mengerakkan cincin kalau cincin itu sempit maka wajib ia digerakkan sebab ia boleh menghalangi air ke anggota wuduk
14.mualawat (berturut turut)
15.membaca doa selepas wuduk
dalam hadis lain,rasulullah saw ada bersabda, sesiapa yang berwuduk lalu disempurnakanya wuduk itu sebagus bagusnya sesudah itu membaca doa dengan berucap asyhadu an la ilaha illallah waanna muhammadan 'abdullahi wa rasuluhu' pasti akan dibukakan baginya delapan pintu syurga yang dapat dimasukinya mana saja menurut kehendaknya



adapun perkara perkara yang membatalkan wuduk,
perkara itu ialah :
1.keluar sesuatu dari 2 jalan (qabul atau dubur)samaada yang keluar itu berupa kencing,berak atau kentot
2.bersentuhan kulit lelaki dengan kulit wanita yang halal nikah dengan tidak berlapis
3.menyentuh kemaluan (qubul atau dubur)dengan telapak tangan samaada yang disentuh kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain
4.hilang akal kerana mabuk,pitam,gila dan lainnya
5.tidur yang tidak tetap kedudukannya kerana dikhuatiri kerana tidur itu akan keluar sesuatu dari 2 jalan seperti kentot dan lain lain.
orang yang terbatal wuduk maka ia berada dalam hadas kecil

perkara perkara yaqng diharamkan sebab hadas kecil ialah :
pertama : sembahyang fardhu atau sunat
kedua : tawaf fardhu atau sunat
ketiga : menyentuh al quran atau menanggungnya
ingatan
  • harus menanggung al quran yang mengandungi tafsir yang lebih banyak daripada ayat al quran
  • harus membawa wang emas atau wang perak atau cincin yang dilukis diatasnya ayat al quran
  • tidak ditegah kanak kanak yang belum baligh yang berhadas menyentuh al quran atau papan tulis kerana hendak mempelajari al quran

Related Posts by Categories



0 ulasan: