Isnin, 17 Ogos 2009

Home » » PENGHAYATAN ZAKAT DIBULAN RAMADHAN

PENGHAYATAN ZAKAT DIBULAN RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Manusia diciptakan semata-mata untuk mengabdikan diri atau erti kata lain untuk menyembah tuhan yang maha satu iaitu allah Azza Wa Jalla. Bagi memastikan manusia menyembah dan beribadah kepada Allah, maka Allah SWT telah menurunkan agama atau syariat-Nya yang menerangkan dan menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah atau khalifah allah di muka bumi.
Namun demikian sebahagian daripada kita telah mengabaikan perintah Allah sekalipun panduan, pengajaran dan amaran yang diberitahu melalui kalam al-Qur’an dan As-Sunnah. Sifat sesetengah daripada kita yang mengingkari dan mengabaikan perintah-perintah agama ini antaranya dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un ayat 1-7:

(1)tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?[2)orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak anak yatim.(3)dan tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang.[5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), [7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


Demi menyedarkan hamba-Nya, Allah telah mensyariatkan bulan Ramadan sebagai bulan yang dikhususkan untuk mendidik manusia agar menjadi muslimin dan muslimat yang tekun beribadah,giat membaca dan mentadabbur ayat-ayat al-Qur’an serta menghayati akhlak dan peribadi yang mulia.


Di kesempatan ini,saya ingin menyatakan satu pengajaran penting dalam ibadah puasa yang diwajibkan supaya berlapar dan dahaga. Sesungguhnya kewajipan berpuasa adalah merupakan latihan secara praktikal kepada setiap yang muslim agar memiliki hati dan perasaan yang penuh insaf dan simpati akan nasib golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang berada dalam masyarakat. Perasaan teramat lapar dan dahaga oleh setiap orang yang berpuasa diharapkan agar timbulnya perasaan simpati dan belas kasihan kepada golongan yang susah yang ketiadaan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sesungguhnya kita semua adalah bertanggungjawab membela dan menyelamatkan kesempitan hidup golongan yang kurang bernasib baik ini. Kealpaan kita membela golongan-golongan yang memerlukan ini dicerca oleh Allah SWT sepertimana firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 1-7 yang dinyatakan tadi.

Islam tidak menyenangi umatnya keterlaluan dalam menikmati kemewahan hidup dimuka bumi. Ini dibuktikan daripada keperibadian Rasulullah SAW yang diriwayatkan selepas kewafatan baginda hanya meninggalkan seekor keldai putih, sebilah senjata dan sebidang kecil tanah sahaja. Tegasnya, Allah menyukai hamba-Nya yang ’berada’ agar dapat membela dan membantu golongan fakir dan miskin ini.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 103:


maksudnya : ”Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.




Pengajaran di bulan Ramadan yang bakal tiba inisecara langsung agar kita lebih perihatin dan membela golongan lemah juga seiring dengan kewajipan kita menunaikan zakat fitrah. Tanpa mengeluarkan zakat fitrah, pahala ibadah puasa Ramadan akan tergantung dan tidak dapat menjadi bekalan ke akhirat.

Kewajipan ibadah ini terletak di atas bahu setiap yang muslim yang mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan dirinya dan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Ini termasuk kanak-kanak yang dilahirkan sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. Begitu juga orang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan dan orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadan dan berkekalan Islamnya.

Sesungguhnya zakat fitrah adalah salah satu daripada beberapa jenis zakat yang diwajibkan seperti zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat pendapatan dan saham, zakat galian, ’kunuz’ dan ’rikaz’. Sehubungan itu Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang menunaikan zakat dan memberi amaran keras kepada golongan yang meninggalkan ibadah berzakat.


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261:


maksudnya : ”Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pentetahuan-Nya”.




Mengakhiri penulisan saya ini, marilah kita berazam membela golongan yang fakir dan miskin dengan menunaikan zakat dan memperbanyakkan sedekah dengan menjadikan bulan Ramadan yang bakal tiba ini sebagai penjana diri khususnya dalam melaksanakan kewajipan menunaikan zakat dengan membayarnya di pusat-pusat pungutan zakat di seluruh negara di samping memperbanyakkan amalan menderma dan bersedekah terutama sepuluh terakhir bulan Ramadan yang dijanjikan Allah dengan Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah satu malam yang pahalanya melebihi 1,000 bulan, insya Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5:


maksudnya : ”Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Qur’an) ini pada malam al-Qadar. Dan apa jalanya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadar itu?. Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”.

Related Posts by Categories



0 ulasan: