Isnin, 4 Januari 2010

Home » » kesihatan : durian belanda mampu merawat penyakit

kesihatan : durian belanda mampu merawat penyakit


 ramai yang tidak tahu batang,akar,biji dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan juga moden.kajian dari universiti hawaii dan universiti purdue,mendapati durian belanda yang buah nya berkulit lembut,durinya agak jarang yang tidak tajam mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.penduduk dibanjaran andes,peru contohnya,mereka membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit didalam tubuh manusia seperi cacing.sementara penduduk amazon pula contohnya,mereka mengunakan bahagian akar,kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis!!!


begitu juga dari suku orang asli di guyana,mereka membuat serbuk teh daripada daunnya dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sakit sendi dan sengal sengal anggota tubuh.
di jamaica,haiti,dan india barat misalannya,buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam,membunuh cacing diperut kanak kanak dan ubat cirit birit.kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk disamping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar melahirkan anak.kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak,wanita wanita dari suku kaum asli guyana diwajibkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan disamping mengelakkan mengatasi masalah ketegangan.
dari segi perubatan moden,kajian kedua dua universiti yang saya sebutkan tadi mendapati,bahan yang terkandung didalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria,antikanser,antitumor,astrigen dan penyakit saraf.durian belanda tersebut mengandungi bahan bahan amyloid,asid sitrik,fruktosa,manganese,sukrosa,reticuline dan tannin.

Related Posts by Categories



0 ulasan: