Ahad, 23 Mei 2010

Home » » guru dan rotan : mengajar atau mendera

guru dan rotan : mengajar atau mendera

rasa sudah agak lama isu guru merotan murid menjadi perbincangan.namun,saya rasa agak terpanggil untuk memaparkan isu ini kerana saya merasakan terdapat kekeliruan dan juga kekalutan didalam mendapatkan hak seorang profession bergelar guru,hak seorang murid yang juga seorang anak dan hak ibu dan bapa.
bukan menyokong,dan bukan juga menuding jari dengan menyalahkan sesiapa ..tetapi sebaliknya harapan harapan saya,artikel saya ini akan mampu merungkaikan kekusutan yang timbul.seingat sayakan,guru dan rotan boleh diibaratkan seperti pasangan uda dan dara,dimana ada guru,disitulah ada rotannya.seingat saya juga,ibubapa dulu dulu kala akan berpesan kepada mana mana guru yang akan diamanahkan untuk mengajar anak mereka : ajarlah anak saya,dan jika perlu rotanlah dia.kenapa?kerana guru guru dianggap sebagai orang yang akan membantu ibu dan bapa dalam membentuk anak anak mereka menjadi insan yang berguna kepada diri diri mereka,ibubapa,masyarakat dan juga agama.
sememangnya,itulah guru.guru memberi maksud iaitu insan yang memberi petunjuk dan panduan dalam hal imu pengetahuan.dalam sejarah rasulullah saw pernah mengiktiraf seorang hamba badwi sebagai guru baginda hanya kerana hamba tersebut memberitahu arah jalan yang dicari.pendifinisian ini menunjukkan betapa islam mengiktiraf kriteria kriteria seorang guru yang juga adalah pendidik,pengajar dan juga pembimbing.walau sesiapa pun kita tika ini,yang nyatanya,kita takkan berpeluang menikmati semua ini tanpa kehadiran guru,tak kiralah kita kini lebih berjaya daripada guru kita tetapi darjat seorang guru tidak boleh dipandang sebelah mata.ini adalah satu hakikat yang perlu kita terima.
masalahnya kini,karier sebagai guru semakin dipandang remeh dalam masyarakat kita,ibubapa mempertikaikan kewibawaan kewibawaan guru yang mengajar anak anak mereka,yang paling menyedihkan,ada ibubapa yang tanpa segan silu memberi amaran kepada guru guru agar tidak menyentuh anak anak mereka.saya faham …setiap ibubapa tidak ingin anak anaknya cedera tetapi perlulah kita ingat,tugas guru bukan melukakan atau mencederakan,sebaliknya guru bertindak apabila keadaan memerlukan.saya fikir malahan dalam islam pun,memang ada terdapat penjelasan penjelasan bahawa merotan dan memukul perlu untuk tujuan pembelajaran.anak anak yang telah berusia 7-10 tahun yang engkar untuk solat boleh dirotan juga isteri isteri yang tidak menurut perintah suami selagi tidak melanggar perintah syarak,juga boleh dipukul.namun,ada caranya untuk merotan dan memukul,bukan belasah sesedap hati sahaja.pokok pangkalnya,ialah merotan dan memukul tersebut berasaskan satu tujuan utama iaitu untuk mengajar.
kepada yang menjadi guru,tanyakan kepada diri diri kita,kenapa kita memegang status sebagai guru?adakah sekadar ingin mempunyai pekerjaan,gelaran dan pendapatan?adakah kerana kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang paling banyak cuti?walau apapun alasan alasan kita,perlulah kita ingat…anda memikul amanah dan juga tanggungjawab besar untuk mendidik anak anak bangsa anda sendiri.setiap anak anak yang hadir kesekolah,setiap ibubapa yang menghantar anak anak mereka kepada anda,semuanya mempunyai impian dan juga harapan yang satu iaitu untuk menjadi insan yang berjaya didalam hidup mereka,bukan kepada diri sendiri malah juga kepada orang lain.sebagai guru,kita perlu mengajar dan mendidik anak anak bangsa sama rata tanpa memilih kasih.jika anak sikaya,diberikan perhatian lebih,anak simiskin pula atau anak anak yang agak lemah pencapaian diherdik atau dimarahi sesuka hati.
kepada ibu bapa,anda berhak mempercayai kata anak sendiri tetapi anda juga perlu ambil peduli dengan kata kata orang lain juga terutama guru guru mereka.jangan sampai anda tersilap membuat tafsiran,penyesalan nanti akan sukar ditanggung.

Related Posts by Categories



0 ulasan: