Jumaat, 21 Mei 2010

Home » » makbulnya sesuatu doa

makbulnya sesuatu doa

dalam kehidupan didunia ini,kita sering kali bertembung dengan pelbagai masalah samada berkait rapat dengan peribadi,keluarga ataupun masyarakat.dalam islam kita dituntut agar sentiasa berdoa samaada untuk diri ataupun untuk orang lain juga.
saya teringat dengan sepotong ayat dari surah al mukmin ayat yang ke 60 ,ada menyenaraikan,yang bermaksud maka berdoalah kepada aku,nescaya aku akan mengabulkan doa kamu
rasulullah saw juga ada memberi peringatan agar kita berdoa dalam hadisnya
tidak ada sesuatu yang paling mulia disisi tuhan,melainkan doa
begitulah hakikat doa kepada kita,kita seharusnya menginsafi kelemahan diri sebagai manusia yang cukup kerdil dan sentiasa memerlukan pertolongan daripadanya.justeru,doa adalah senjata yang paling ampuh dan berkesan yang dianugerahi allah kepada kita.cukup unik sekali,bukan?.melalui ayat ayat lain pula ada menyenaraikan,yang bermaksud berdoalah kepada aku dengan rasa rendah diri dan rasa takut,sungguh allah tidak suka pada orang yang melampaui batas ,dalam ayat lain pula,ada menghuraikan tentang ini,yang bermaksud jika seorang hambaku betanya kepadamu tentang diriku,maka katakanlah bahawa aku dekat,menerima doa doa ,orang yang berdoa.
jelas disini,berdoa adalah anjuran yang sangat dituntut sekali dalam islam,maka sewajarnya kita meletakkannya sebagai suatu agenda utama kehidupan seharian.kesungguhan berdoa adalah elemen utama diterima sesuatu doa dan jangan sesekali kita rasa cepat putus asa jika masih belum jua tercapai apa yang kita hajati dalam doa seharian kita.
diceritakan dalam hadis yang muktabar,bahawa muhammad bin al-mukandar menyatakan :ketika aku masuk kedalam masjid,aku melihat seorang lelaki sedang berdiri berdekatan mimbar.lelaki itu berdiri menghadap kiblat dengan wajah mendongak kelangit dan mengangkat kedua dua tangannya kata muhammad al-mukandar lagi pada mulanya aku tidak tahu apa yang sedang dibuatnya,tetapi setelah mengamati caranya itu,mengertilah aku bahawa lelaki itu sedang berdoa meminta hujan muhammad al-mukandar menyambung ceritanya tadi ketika aku diluar masjid keadaan cuaca amat cerah dan panas sekali,tetapi setelah melihat lelaki yang berdoa tadi,keadaan cuaca tiba tiba saja berubah dan menjadi mendung serta diiiringi tiupan angin kencang dan petir.keadaan cuaca berubah sama sekali.kemudian hujan turun dengan lebatnya dan dalam waktu yang singkat perkarangan masjid digenangi air.kemudian lelaki tadi berdoa lagi dengan doanya “..tuhanku,bukan begitu yang hamba maksudkan..” selepas saja lelaki berkenaan berdoa begitu,keadaan hujan yang lebat tadi mulai reda.jadi aku berasa amat kagum sekali dan ingin sekali aku belajar dengan lelaki itu dan sewaktu dia melangkah keluar dari masjid untuk pulang,aku langsung mengekorinya.aku kemudian memerhatikan kemana lelaki itu pergi kerana perasaan ingin tahu aku dimana rumahnya,lalu aku melihat lelaki tersebut masuk kedalam rumah keluarga hazm atau keluarga umar.setelah mengenal pasti kedudukan rumah lelaki itu,akupun pulang kerumah.cerita itu kemudian disambung oleh muhammad al-mukandar lagi,katanya pada keesokan harinya,aku pergi berjumpa dengan lelaki itu dirumahnya dan menerangkan hajat berjumpa denganya,iaitu untuk meminta pertolongannya dalam menyelesaikan masalah peribadi.tetapi malangnya lelaki itu enggan memenuhi permohonanku kerana apa yang aku minta itu bukan untuk kepentingan masyarakat.
demikianlah secebis kisah yang menuntut kita untuk sama sama merenungi dalam mengambil pengajaran yang berguna dalam melayari alam kehidupan ini.kita ditegah sama sekali agar tidak mementingkan diri sendiri ,sebaliknya kita sangat sangat diperintahkan agar memikirkan kepentingan orang lain.yang nyatanya,kekuatan islam adalah berakar umbikan daripada kekukuhan ukhuwwah yang mantap.alangkah indahnya dan permainya senario kehidupan bermasyarakat sekiranya setiap dari kita saling bantu membantu,saling tolong menolong dan prihatin dalam apa jua bidang.kata peribahasa melayu yang ringan sama dijinjing,yang berat sama dipikul begitulah kata kata orang orang dahulu kepada kita agar sentiasa saling lengkap melengkapi dalam masyarakat.jadi …saya hairan jika masih terdapat orang orang kita selepas selesai melaksanakan solat,dengan tergopoh gapah meninggalkan sejadah tanpa berdoa.ini memberi gambaran betapa hati hati kita begitu ghairah dengan hal hal duniawi tanpa memikirkan betapa pentingnya doa.ingatlah bahawa,allah itu maha kaya,dia juga maha pemurah dan atas sebab itulah dia meminta agar kita berdoa kepadanya dalam untuk memohonkan sesuatu.
walaupun demikian,kita perlu juga meneliti mengapa doa doa kita masih belum jua dimakbulkan.mungkin ada penghalangnya,jadi,dalam hal ini perlu sangat kita teliti kembali dengan satu kisah ini.
pada suatu hari saad bin abi waqas bertanya kepada rasulullah saw…”ya rasulullah saw,doakanlah aku kepada allah,supaya aku dijadikan allah,orang yang makbul doanya”maka rasulullah saw bersabda ..”wahai saad,makanlah dari pada barang barang yang halal,tentu engkau akan menjadi orang yang makbul doanya.demi allah yang jiwaku berada ditangannya,sesungguhnya jika seseorang dari kamu memasukkan sesuap makanan yang haram kedalam perutnya,maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari dalam hadis lain pula,ada menjelaskan sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah tempat tinggalnya .
yang jelas,dengan hadis hadis yang saya sampaikan ini mengingatkan kita agar berhati hati dengan sumber makanan.makanan halal yang kita makan adalah elemen utama makbulnya sesuatu doa.selain itu,kita hendaklah sentiasa bersungguh sungguh serta yakin semasa berdoa disamping menjaga adab adabnya.kesungguhan dan keyakinan itu adalah melambangkan keikhlasan hati kita sendiri.
maka berdoalah kepada allah,padahal kamu yakin diperkenankannya,dan sesungguhnya allah tidak menerima doa doa yang hatinya lalai dan cuai (lengah)

Related Posts by Categories



0 ulasan: