Rabu, 29 September 2010

Home » » celakalah orang yang bersembahyang

celakalah orang yang bersembahyang

  
apa yang kita ketahui bahawa ibadat sembahyang adalah amat penting sekali didalam islam.kepentingan sembahyang boleh lah difahami sendiri oleh setiap individu yang berfikiran waras.ia dapatlah kita simpulkan sebagai tiang agama didalam islam.sejajar dengan keutamaannya itu,mereka yang mendirikan sembahyang akan dikurniakan allah dengan pelbagai macam keistimewaan.keistimewaan itu bukan hanya akan dinikmati oleh individu terbabit diakhirat nanti,malah ketika didunia lagi.
bagi mereka yang tidak bersembahyang,mereka sudah terang terangan akan dimurkai,dan mereka juga akan dikenakan dengan pelbagai macam laknat dari tuhannya,perkara itu sememangnya sudah menjadi bertepatan dengan sikap individu terbabit itu sendiri yang enggan sujud kepada tuhan pencipta mereka,enggan mematuhi perintahnya,padahal segala kurniaan allah keatasnya dinikmati olehnya.
bagaimana pun dikalangan orang yang mendirikan sembahyang,ada juga celakanya,celaka orang yang bersembahyang dijelaskan sendiri dengan maksud yang begitu mendalam sekali oleh allah didalam al quran,didalam surah yang diambil dari surah al ma'un ayat 4 hingga 6.
maksudnya
(surah al ma'un ayat 4)maka kecelakaan besarlah bagi orang yang bersembahyang(surah al ma'un ayat 5)iaitu mereka yang berkeadaan lalai dalam menyempurnakan sembahyangnya(surah al ma'un ayat 6)jugabagi orang orang yang berkeadaan riak yakni bangga diri dalam ibadat nya
    penjelasan nya itu pula lebih merupakan sumpah dari allah sendiri keatas orang yang mendirikan sembahyang seperti itu.jadi sebagai anutan islam yang kita bawakan,kita sewajarnya faham dengan sejelas jelasnya perkara itu.jadi persoalannya kenapa orang yang bersembahyang itu mendapat kecelakaan?sebenarnya,perkara itu berlaku kerana sembahyang yang dilakukan oleh individu terbabit tidak menepati atau tidak sempurna sehinggakan tidak diterima oleh allah.
puncanya ia mungkin dilakukan bukan kerana allah,bukan dengan kerana ikhlas kepadanya,tetapi mahu menunjuk nunjuk kepada sesama manusia.selain itu,ia mungkin dilakukan dengan tidak khusyuk atau boleh jadi juga tidak disertai dengan kehadiran hati,tidak dilengkapi dengan syarat syarat untuk mendapatkan kekhusyukkan dalam sembahyangnya.sebaliknya ketika didirikan sembahyang,fikiran individu terbabit melayang layang entah kemana.bacaan yang dibaca didalam sembahyang tidak difahami,segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang tidak dihayati dengan baik.
selain dari itu,sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu mungkin tidak dilengkapi dengan wuduk yang sempurna,kalaupun bukan kerana itu mungkin kerana sembahyang yang dilakukan itu tidak dilengkapi dengan syarat syarat yang harus diperlukan dalam sembahyangnya.
apa yang penting,dengan maksud yang dihuraikan oleh al quran yakni CELAKA ORANG YANG BERSEMBAHYANG jangan sesekali dipandang remeh oleh kita,jika sekali kita celaka,jangan pula celaka selamanya kerana sembahyang yang celaka tidak akan berkeupayaan membantu kita ketika didunia dan juga di akhirat nanti..sama sama lah kita renungi dengan mendalam. 

Related Posts by Categories



0 ulasan: