Isnin, 27 September 2010

Home » » ciri ciri ibadah seorang mukmin menurut al quran

ciri ciri ibadah seorang mukmin menurut al quran

(al mukminun ayat 1)sesungguhnya berjayalah orang orang yang mengimani pada tuhannya(al mukminun ayat 2)iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya(al mukminun ayat 3)dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada faedahnya(al mukminun ayat 4)dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat atas hartanya itu(al mukminun ayat 5)dan mereka yang menjaga kehormatan dirinya(al mukminun ayat 6)kecuali terhadap isteriya/suaminya atau hamba sahaya maka sesungguhnya mereka tidak tercela(al mukminun ayat 7)kemudian,sesiapa yang mengingini dari yang demikian maka merekalah orang yang melampaui batas(al mukminun ayat 8)dan mereka mereka yang menjaga amanah dan janji janjinya((al mukminun ayat 9)dan mereka yang tetap memelihara kefardhuan sembahyangnya(al mukminun ayat 10)mereka itulah yang berhak mewarisi(al mukminun ayat 11)yakni yang akan mewarisi syurga firdausi dan mereka akan kekal didalamnya

(surah al furqan ayat 67)dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah dia melampaui batas dan tidak pula dia bakhil kedekut,sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana diantara kedua dua cara(surah al furqan ayat 68)dan juga mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan allah membunuhnya,kecuali dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak dan tidak pula dia berzina,dan sesiapa yang melakukan yang demikian,akan mendapat balasan dosanya(surah al furqan ayat 69)yakni akan digandakan azab seksa pada hari kiamat,dan ia pula akan kekal didalam azab itu dengan menerima kehinaan(surah al furqan ayat 70)kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengamalkan perbuatan yang baik,maka orang itu,allah akan mengantikan kejahatan mereka dengan kebaikan dan allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani(surah al furqan ayat 71)dan sesiapa yang bertaubat serta beramal baik,maka sesungguhnya dengan itu ia bertaubat kepada tuhannya dengan sebenar benar taubat(surah al furqan ayat 72)dan mereka yang tidak menghadiri tempat tempat melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu perkara yang tiada faedahnya,mereka melaluinya dengan membersihkan diri daripadanya(surah al furqan ayat 73)dan juga mereka yang apabila diberi peringatan dengan ayat ayat keterangan tuhannya,tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang orang yang pekak dan buta(surah al furqan ayat 74)dan juga mereka yang berdoa dengan berkata WAHAI TUHAN KAMI,BERILAH KAMI BEROLEH DARI ISTERI ISTERI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI,PERKARA PERKARA YANG MENYUKAKAN KAMI MELIHATNYA DAN JADIKANLAH KAMI IMAM IKUTAN BAGI ORANG ORANG YANG MAHU BERTAKWA

Related Posts by Categories



0 ulasan: