Sedih .. itulah yang tergambar dalam kotak pemikiran saya dengan kes jenayah yang amat tragis dato' sosilawati bersama rakan rakannya.
emm ..saya fikir ini bukanlah kes yang baru bagi saya,sebelum ini pun memang ternyata sudah diketahui umum dengan pelbagai macam kes kes jenayah dan gejala gejala sosial lain yang saban tahun dan saban bulan,ada sahaja yang ceritakan oleh media massa.
dengan kes kes semacam ini,saya fikir hampir sahaja seperti manusia yang bertopeng kan syaitan atau manusia binatang dan menjadikan pula syaitan sebagai para pengikut jalan perosak dimuka bumi.
dalam sejarah kewujudan pembunuhan manusia dimuka bumi,saya teringat dengan satu kisah habil dan qabil
kisah 2 orang putera kepada nabi adam alaihis salam,bagaimana ketamakan,sifat iri hati dengan kebahagiaan orang lain mendorong si qabil tergamak membunuh habil pabila hajat tidak kesampaian.
persoalannya,Dimanakah sifat insan kemanusiaan sebagai seorang manusia pada jiwa kita,apakah sifat insan kemanusiaan ini sudah ternyata luput dalam kamus kehidupan pada diri dan apabila permintaan hati tidak tercapai,kita saling berantakan sesama sendiri dengan membunuh,menipu,merogol,menyeksa dan sebagainya?
memang saya tidak menafikan dalam kehidupan kita pada hari ini memang ramai manusia yang bertopengkan iblis,manusia semacam ini cukup pandai memutarkan kata kata,manis bibirnya,bijak dalam melaksanakan program program kejahatannya,antaranya dengan melakukan pujuk rayu,bisikan tipu daya,fitnah dan kata kata nista.pujuk rayu adalah merupakan elemen terpenting kerana ianya cukup tersembunyi dan memberikan kesan yang amat negatif yang sangat merbahaya kepada manusia.dengan pujuk rayu inilah akan bermulanya perbuatan mencaci,mencela,mengutuk,mengumpat,mengaib serta memutuskan sillaturrahim sesama insan.dan disinilah juga akan bermulanya episod pembunuhan.
apa yang dapat saya katakan ialah marilah sama sama kita renungi pada diri diri kita,dimanakah sebenarnya kedudukan kedudukan kita,adakah dilandasan kebenaran atau masih lagi berada dijalan yang berliku yang penuh dengan dengan duri duri kejahatan?marilah sama sama kita hidup saling bermuafakat,ringan sama dijinjing,berat sama dipikul,kita buang jauh jauh sifat kebencian pada diri,marilah sama sama kita memartabatkan negara kita dengan konsep 1 malaysia,hidup yang harmoni saling bekerjasama diantara satu sama lain tanpa mengira kulit,bangsa dan juga agama.
0 ulasan:
Catat Ulasan