as
Terkejut saya bila saya menjengok satu laman sosial ni di facebook yang secara terang terangan menghina kedaulatan rasul junjungan besar muhammad saw tanpa memikirkan dengan akal yang waras.saya agak tidak bersetuju apabila orang mengatakan bahawa al quran yang dibawakan oleh beliau adalah palsu atau direka reka oleh beliau sendiri.saya fikir sebelum kedatangan al quran,memang sudah tercatat dalam apa yang tercatat dalam kitab injil,zabur dan taurat tentang kedatangan al quran yang dibawakan muhammad saw.mana mungkin muhammad saw seorang yang mereka cipta al quran padahal beliau yakni muhammad saw adalah seorang yang tidak tahu membaca.
lebih memilukan apabila heboh memperkatakan bahawa dia muhammad saw adalah manusia yang gila seks ketika beliau menikahi saidatina aisyah ketika berusia 6 tahun dan mulai menyetubuhinya ketika seusia 9 tahun iaitu selepas penghijrahan baginda ke madinah.
emm apa yang dapat saya lihat begitu banyak sekali kekeliruan mereka dengan dalil dalil yang tidak masuk akal mereka tentang kebenaran muhammad dengan al quran yang beliau bawakan.
saya fikir mereka mereka ini gagal melihat peristiwa ini secara lebih rasional dan menganggap apa yang dibawakan oleh muhammad saw adalah suatu yang tidak masuk akal tanpa menganalisa secara logik untuk membezakan mana yang benar dan mana yang palsu,bahkan ramai dikalangan mereka termasuk ustaz ustaz yang jahil yang terperangkap dengan daayah golongan munafik dan golongan syiah dalam menerima cerita cerita palsu ini sebagai benar dan seterusnya menyebarkan nya didalam ucapan dan penulisan mereka ..nauzubilllah ..
sesungguhnya orang orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga dan janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu ...(surah an nur ayat 11)
dan orang orang yahudi berkata , orang orang nasrani tidak mempunyai sesuatu pegangan agama yang benar dan orang orang nasrani pula berkata,orang orang yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan agama yang bnar ,padahal mereka membaca kitab suci masing masing yakni kitab injil dan taurat dan demikian juga orang orang musyrik dan kaum jahiliah yang tidak berilmu pengetahuan,mengatakan seperti dikatakan oleh mereka itu ...(surah al baqarah ayat 113)
bagaimana pun terdapat juga orang orang kita yang tahu membezakan antara yang benar dan yang palsu.mereka dengan lantangnya menentang cerita karut yang dicipta oleh golongan jahil ini samaada dalam ceramah dan tulisan mereka.meskipun mereka tidak berjaya menghapuskan pembohongan yang beracun ini sepenuhnya,namun mereka telah berjaya menyediakan panduan yang cukup jelas untuk generasi yang akan datang.
dalam satu arkitel (link http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=562)
yang saya baca dari seorang penulis tersohor yang juga seorang ulama' terkemuka di india-pakistan,almarhum hazrat allama mohammad habibur rahman kandhalwi dan dalam satu yang sama,dia juga seorang merupakan hafiz dan qari,ulama' yang terkemuka dalam bidang tafsir dan hadis hadis yang shahih,juga seorang penyusun dan pengarang kepada kajian akedemik.dalam arkitel beliau,beliau membahaskan mengenai isu yang sangat sensitif,mengenai umur ummul mu'minin saidatina aisyah semasa berkahwin dan mula tinggal bersama rasulullah saw.isu tersebut menjadi pembahasan yang berlarutan diantara para ulama' dan penyelidik sejak dahulu.dalam artikel beliau,beliau telah menghuraikan beberapa agenda oleh puak syiah,berdasarkan kepada riwayat hisyam seperti berikut :
1.saidatina aisyah telah berkahwin dengan nabi muhammad saw ketika umur 6 tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya 9 tahun iaitu selepas hijrah ke madinah dan beliau membawa bersama sama anak patungnya kerumah suaminya (muhammad saw)
2.saidatina khadijah r.a berkahwin dengan nabi muhammad saw pada ketika umurnya 40 tahun
3.saidatina fatimah r.a anak perempuan nabi muhammad saw telah berkahwin dengan saidina ali r.a sewaktu berumur 9 tahun dimadinah selepas hijrah.
hasil penelitian beliau yang berpngalaman tentang ilmu mantik,sains perubatan,saikologi wanita yang berkahwin,minatnya kepada prosa dan puisi dan juga statistik dngan kmahirannya menganalisa fakta fakta,dan perangkaan dan didorong pula dengan kekuatan iman yang mantap,beliau telah menghuraikan kekeliruan yang dicipta oleh golongan syiah sejak 13 abad yang lalu,beliau telah menjelaskan
dalam artikel ringkas beliau juga membuktikan bahawa muhammad saw adalah rasul yang terakhir dan tiada lagi sesudahnya adalah manusia yang paling agung dialam semesta ini dan juga pebimbing dikalangan seluruh umat manusia,mana mungkin beliau mngahwini seorang wanita tua demi kekayaan juga tidak mengahwini gadis dibawah umur.secara hakikatnya baginda adalah seorang yang cukup tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun,jadi bagaimana mungkin baginda mengahwini seorang gadis kecil yang cukup mentah dalam seusia 6 tahun????seorang gadis kecil yang tidak tahu apa apa???dan menyetubuhi nya dalam seusia yang cukup mentah itu??? beliau juga membahaskan mengapa golongan munafik dan syiah terus menerus menganggu islam,jelasnya mereka mahu menghalangi islam dari disebarkan kerana sifat kedengkian mereka terhadap junjungan besar nabi muhammad saw.sifat kedengkian mereka telah jelas terbukti sejak dari awal perutusan baginda menjadi rasul sehingga kini.banyak sekali dalam apa yang tercatat didalam al quran mengenai mereka mereka ini yang terus menerus memerangi islam kerana sifat kedengkian yang ada pada mereka.
lihatlah apa yang termaktub dalam sejarah bagaimana banyak pendeta pendeta yahudi telah meminda minda kandungan kandungan ayat ayat suci dari kitab injil dan zabur.mereka juga telah mencuba meminda minda al quran yang mulia tetapi gagal namun pun begitu mereka telah berjaya menambah nambah cerita cerita israiliyat didalam tafsir tafsir al quran.mereka juga telah berjaya meminda minda cerita cerita dan pemikiran karut dan salah tentang adat resam,budaya dan sejarah islam.
akhirnya,adalah perlu untuk kita mengenal pasti siapa sebenarnya golongan munafik dan syiah ini agar tidak terpesong dari jalan yang lurus,akhirnya marilah kita bersama sama merenungi satu petikan ini
maksudnya
wahai orang orang yang beriman,jika datang seorang yang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah dahulu dalam untuk menentukan keshahihan kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya...(surah al hujurat ayat 6)
0 ulasan:
Catat Ulasan