Selasa, 26 Oktober 2010

Home » » belajar lah berhemah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang

belajar lah berhemah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang

baru baru ini,seorang kawan mengadu kepada saya apabila beliau terbabit dalam 1 kemalangan jalan raya di salah sebuah perhentian lampu isyarat diibu kota,kebetulan ketika itu lampu isyarat tiada berfungsi dengan baik .. emm mujur lah hanya kenderaan sahaja yang mengalami beberapa kerosakan ..selain nya hanya mengalami beberapa kecederaan kecil pada anggota badan ..begitulah yang terjadi pada seorang kawan saya baru baru ini.
    boleh dikatakan setiap hari kemalangan yang melibatkan kenderaan pasti akan berlaku walaupun pelbagai macam usaha yang telah dibuat oleh pihak berkuasa dalam untuk menangani,ternyata kes kes yang melibatkan kemalangan dijalan raya terus meningkat dari hari ke hari.   
kes kes seperti ini bukan sahaja melibatkan kehilangan nyawa,malah turut melibatkan kerugian harta benda,bayaran ganti rugi oleh syarikat insuran,siasatan polis,kes mahkamah serta tekanan emosi dikalangan mangsa atau keluarga mangsa juga.
 
saya fikir setiap kemalangan boleh dielakkan jika pemanduan kita diambil dengan langkah sentiasa berjaga jaga.

sentiasa peka dengan setiap pergerakan atau situasi tertentu,termasuk juga kenderaan kita sentiasa diperiksa agar lebih kelihatan sempurna pemanduan,sentiasa berfikiran tenang atau berlapang dada dan bersabar,kadang kala hanya dengan sikap terburu buru,mengejar masa atau ingin segera cepat sampai atau memandu sambil buat kerja lain seperti berbual ditelefon,membaca atau membalas sms contohnya menjadi salah satu punca penyebab juga sesuatu kemalangan terjadi atau boleh jadi juga kurang perhatian dalam pemanduan dan ketika itu barulah kita tersentak memikirkan apa yang berlaku.

kadangkala dengan sikap mementingkan diri sendiri atau pemanduan yg melebihi had laju yang telah ditetapkan boleh juga menjadi salah satu punca penyebab sesuatu kemalangan terjadi.

saya kira disetiap jalan mempunyai had had kelajuan yang telah dimaksimumkan oleh pihak berkuasa,samaada dikawasan perumahan,dilebuhraya,disekolah dan sebagainya.kesemua papan tanda tanda tersebut adalah satu tema yang mengesa pengguna dijalan raya agar sentiasa berhati hati dan mematuhi peraturan had kelajuan yang telah ditetapkan dengan harapan agar pengguna dijalan raya sentiasa mengingati amalan keselamatan jalan raya seperti jarak keselamatan dan kaedah memotong dengan selamat ketika berada dijalan raya.amat menyedihkan ramai pengguna pengguna dijalan raya sering kali mengabaikannya. 
berikut dibawah ini sedikit panduan pemanduan yang boleh kita amalkan :

SENTIASA
- Memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang lain.

JANGAN
- Memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa jua keadaan.

SENTIASA
- Kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

KETIKA
- Memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

JANGAN
- Pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

SENTIASA
- Peka dan berhati-hati jika sesebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

MEMANDU
- Dalam keadaan cuaca buruk terutamanya hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

KETIKA
- Memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tib-tiba untuk keluar.

JANGAN
- Biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran anda ketika memandu di jalan raya.

ELAK
- Memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan untuk menyegarkan badan atau berhenti untuk menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

ANDA
- Dinasihatkan memandu kenderaan yang diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

PERHATIKAN
- Kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

JIKA
- Anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya anda tahu jika ada kenderaan yang datang atau tidak.

PERIKSA
- Keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia penting untuk menjamin keselamatan anda ketika memandu di halan raya terutamanya semasa cuaca buruk.

TEMPAT
- Paling selamat untuk kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Related Posts by Categories



0 ulasan: