Jumaat, 26 November 2010

Home » » ayat ayat manzil rasam uthmani

ayat ayat manzil rasam uthmani

dibawah ini mengandungi beberapa surah surah yang diambil dari al quran yang pernah diajar oleh baginda rasulullah saw kepada sahabat beliau sebagai syifa' yakni penawar dan juga ubat dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung daripada sihir.
ubai ibn kaab ra meriwayatkan bahawa sewaktu bersama rasulullah saw,seorang arab badwi telah datang kepada baginda dan berkata ya rasulullah saw,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit"   rasulullah saw pun bertanya penyakit apa?orang badwi itu pun menjawab sejenis gila.lalu rasulullah pun menyuruh orang tersebut membawa saudaranya,kemudian rasulullah membaca surah al fatihah , 4 ayat pertama dari surah al baqarah , ayatul kursi , dan dua ayat seterusnya , 3 ayat terakhir dari surah al baqarah , syahidallah annahu ..ayat terakhir dari surah al mu'minun , ayat dari surah al jin , 10 ayat pertama dari surah wassafat , 3 ayat terakhir dari surah al haysr , surah al ikhlas , surah al falaq , dan surah an nas , selepas itu orang yang penyakit tersebut lalu bangun dan pergi berlalu dari situ,penyakit yang dideritainya hilang (kanz jilid 1 muka surat 212)
fadhilat  manzil ini terlalu banyak sekali ,dari pengalaman kebanyakan orang , ayat ayat manzil ini sangat mujarab untuk menyembuhkan penyakit sihir , jin , dan lain lainnya .2 cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit itu sendiri yang membaca ayat ayat tersebut ataupun orang lain boleh juga membacakan dan menghembuskannya diatas air,semoga allah swt memberkati kita semua dengan kesihatan rohani dan juga jasmani. selain manzil , kandungan artikel ini mengandungi juga ayat ayat munjiyat yang diperolehi dari pengalaman ibn sireen r.a untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat ayat syifa' dari pengalaman imam abu qassim qushairi.dan diakhir kandungan artikel ini disertakan sekali satu doa khas yang diajar oleh rasulullah saw kepada abu darda ra untuk menyelamatkan diri dan harta dari bahaya dan menjauhkan dari bala bencana yang menimpa. 


 talha radiallah anhu meriwayatkan seorang telah datang kepada abu darda' r.a dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.lalu abu darda pun menjawab tidak,rumah saya tidak terbakar kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar,kemudian ada lagi seorang datang dan memberitahunya perkara yang sama dan abu darda r.a memberi jawapan yang sama.
pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu abu darda r.a katanya wahai abu darda r.a !! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kerumah tuan,api telah pun padam lalu abu darda r.a pon menjawab saya yakin bahawa allah swt tidak akan membakar rumah saya.rasulullah saw telah mengajar kepada saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh sipembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang.oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar ..
  
Enhanced by Zemanta

Related Posts by Categories



0 ulasan: