Jumaat, 10 Disember 2010

Home » » fadhilat surah al falaq dan surah an nas

fadhilat surah al falaq dan surah an nas



SURAH AL FALAQ yang beerti seluruh makhluk yakni surah yang ke113,mengandungi 5 ayat dan SURAH AN NAS pula beerti manusia iaitu surah yang ke 114 didalam al quran yang mengandungi 6 ayat,adalah 2 surah yang dipanggil MU'AWWIZATAIN atau TA'AWUZ.ia diturunkan setelah nabi muhammad saw selalu berdoa kepada allah untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia dan juga syaitan ataupun juga jin.
surah al falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan makhluk makhluk dan juga perbuatan perbuatan sihir,khianat,hasad dengki dan sebagainya.manakala surah an nas pula mengajar kita untuk memohon kepadanya dengan perlindungan terhadap bahaya bahaya batin seperti bahaya dari syaitan atau pun juga jin,tipu daya makhluk,perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah kita,amal ibadat kita dan sebagainya.
banyak fadhilat dan faedahnya dengan 2 surah ini antaranya :
1.hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh ahmad dari ibnu abbas r.a bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud "ingatlah kamu bahawa saya beritahu kepada kamu tentang ta'awuz yakni doa memohon perlindungan yang paling berkesan ialah 
2.untuk menyembuhkan orang yang terkena sihir atau yang seumpamanya,seeloknya bacakan sebanyak 41 kali yakni surah al falaq dan surah an nas tersebut setiap hari selama 3,atau 5 atau 7 hari berturut turut,insya allah akan sembuh.
3.untuk menaikkan semangat berani bagi membela kebenaran dari kekejaman orang yang memegang kuasa,orang jahat dan sebagainya,bacakanlah kedua surah tersebut sebanyak 100 kali.
4.juga bacakanlah kedua surah ini seberapa banyak apabila kita tersesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,insya allah akan terselamat.
5.amalkan membaca surah surah ini 3 kali,setiap pagi dan petang didahului  membaca surah al fatihah dan surah al ikhlas,insya allah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.   

Related Posts by Categories



0 ulasan: