Rabu, 1 Disember 2010

Home » » hikmah hari jumaat

hikmah hari jumaat

abu laits assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari aus bin aus r.a berkata.rasulullah saw bersabda 
sesungguhnya yang utama dari hari hari mu ini ialah hari jumaat,didalamnya terjadi nabi adam a.s dan dihari itu juga ia meninggal dunia,dan pada hari itu juga ditiupkan sangkakala dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk dan juga manusia,maka perbanyakkanlah membaca selawat keatas aku,kerana selawatmu itu disampaikan kepada aku,sahabat bertanya ya rasulullah saw,bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rosak dan hancur,nabi saw bersabda :dapat kamu katakan aku akan hancur,sesungguhnya allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para nabi nabi

pada hari jumaat ini ada masa yang paling mustajab jika kita berdoa dan mengharap sesuatu daripada allah swt, dari abdurrahman bin yazid dan abu lubabbah bin abdil munzir,rasulullah saw bersabda 
hari jumaat adalah hari yang besar disisi allah bahkan lebih besar dari hari aidil fitri dan juga aidil adha dan didalamnya ada 5 kelebihan
1.pada hari itu allah jadikan adam alaihis salam
2.pada hari itu juga allah menurunkan adam a.s ke bumi
3.pada hari itu juga adam a.s meninggal dunia
4.pada hari itu juga ada doa yang saat mustajab,tiada seseorang pun yang berdoa pada saat itu melainkan allah pasti memberinya,selama tidak meminta yang haram
5.pada hari itu juga akan berlakunya hari kiamat dan tiada seseorang pun malaikat muqarrab dilangit atau dibumi melainkan ia merasa khuatir(sayang) dan hari jumaat


abu hurairah r.a memberitahu bahawa rasulullah saw ada menyebutkan 
sesungguhnya rasulullah saw membicarakan tentang hari jumaat,ia berkata:padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba allah yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada allah akan sesuatu,melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya,ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat(hr bukhari dan muslim)

berikut,saya nukilkan beberapa potongan hadis dari shahih muslim dan sunan tirmidzi yang boleh dapat kita jadikan panduan





namun demikian ada hadis yang shahih tentang masa yang mustajab tersebut.dari abu musa al asya'ari r.a,ia berkata
aku mendengar rasulullah saw bersabda :sesungguhnya ia yakni saat mustajab itu adalah antara imam duduk diatas mimbar sampai ia salam daripada solat (hr muslim)
dalam sebuah hadis diterangkan bahawa hari jumaat adalah merupakan hari tambahan kurnia dari allah untuk para hambanya.dari anas bin malek r.a berkata
jibrail datang kepada nabi saw dengan membawa cermin putih dan ditengahnya ada bintik hitam,nabi saw bertanya:apakah itu wahai jibrail?jibrail menjawab:ini hari jumaat yang ditunjukkan oleh allah kepadamu supaya menjadi hari raya bagimu dan umatmu setelah engkau pergi dan bagi mu didalamnya kebaikan,sesiapa yang berdoa yang baik baik didalamnya maka allah akan memberikan bahagiannya jika bukan bahagiannya maka akan diberi yang lebih baik daripada nya.
dan pada kami juga bernama yaumul mazid yakni hari tambahan kurnia juga kami namakan hari besar,nabi bertanya,mengapa sedemikian?jibril menjawab:sebab allah membuat padang yang luas disyurga beralas kasturi yang putih.bila hari jumaat datang para nabi duduk diatas mimbar dibuat dari cahaya yang bertaburan permata.
kemudian dipenuhi dengan kerusi kerusi dari nur yakni cahaya lalu datang orang orang siddiqin dan syuhada' duduk diatasnya.
kemudian datang orang orang dari fannatu adn lalu duduk diatas dataran tinggi dari kasturi itu lalu allah pun berfirman kepada mereka :
aku yang menepati janjiku dan menyempurnakan nikmatku padamu dan ini tempat kehormatanku,maka silalah minta,maka mereka pun berkata:ya tuhan kami,kami memohon keredhaanmu dan juga syurgamu,lalu allah swt berfirman lagi :tanda keredhaanku,aku tempatkan kamu dalam syurgaku dan akan ku berikan kepadamu kehormatanku.
maka mereka pun meminta keredhaan,maka diberikan keredhaan dan semua keinginan mereka dan semua itu terjadi antara masuk imam sampai selesainya dari solat pada hari jumaat.dibukakan bagi mereka apa yang belum pernah tergerak dalam hati atau terlihat oleh mata.
kemudian kembali para nabi dan siddiqin dan syuhada dan kembali juga ahli ahli kamar,maka mereka merasa tidak ada yang lebih penting bagi mereka daripada hari jumaat untuk menambahi kemuliaan mereka.kerana itu dinamakan hari tambahan kurnia dan pada hari jumaat itu akan terjadi nya hari kiamat.
dan pada hari jumaat juga disebutkan hari yang penuh dengan keampunan dan barakah,dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh tirmizi bahawa dari abdullah bin amr r.a bahawasanya dari nabi muhammad saw,beliau bersabda
tidaklah dari seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau pada malam jumaat,melainkan ia dipelihara oleh allah swt dari fitnah kubur.
hari jumaat juga sesuai untuk melangsungkan perkahwinan bahawasanya telah diriwayatkan oleh anas bin malik r.a,ia berkata :rasulullah saw ditanya orang tentang hari jumaat maka baginda saw menjawab :hari jumaat adalah hari sillaturrahim dan juga pernikahan,kemudian sahabat bertanya lagi:mengapa demikian ya rasulullah saw?rasulullah saw pun menjawab :kerana para nabi nabi pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut
jadi secara ringkasnya jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari hari yang lain seperti hari cuti sekolah,hari ahad serta hari yang dirasakan sesuai untuk mengadakannya.namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari jumaat kerana banyak kebaikan nya.
sebahagian para ulama' mengatakan 
telah terjadi 7 pernikahan antara para nabi nabi dan antara para aulia' pada hari jumaat iaitu
1.pernikahan antara nabi adam dengan siti hawa
2.pernikahan antara nabi yusuf dengan siti zulaikha
3.pernikahan antara nabi musa dengan shafrawa
4.pernikahan antara nabi sulaiman dengan puteri balqis
5.pernikahan antara nabi muhammad saw dengan siti khadijah
6.pernikahan antara nabi muhammad saw dengan siti aisyah
7.pernikahan antara ali bin abi thalib dengan fatimah 
akhirnya marilah kita bersama sama menghayati firman allah didalam surah al jumu'ah ayat 9 hingga ayat 11 
ertinya
wahai orang orang yang beriman!!apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat,maka segeralah kamu pergi kemasjid untuk menginggati allah dengan mengerjakan solat fardhu jumaat dan tinggalkanlah jual beli pada saat itu,yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya(surah al jumu'ah ayat 9)
ertinya
kemudian setelah kamu selesai mengerjakan solat jumaat,maka bertebaranlah kamu dimuka bumi untuk menjalankan urusan masing masing,dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurniaan allah serta ingatkanlah akan allah banyak banyak dalam segala keadaan supaya kamu berjaya didunia dan diakhirat (surah al jumu'ah ayat 10)

ertinya
dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang barang dagangan yang baru tiba atau mendengar sesuatu hiburan,mereka bersurai lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri diatas mimbar yakni sedang berkhutbah,maka katakanlah "pahala balasan disisi allah adalah lebih baik dari hiburan dan barang barang dagangan itu,dan allah sebaik baik pemberi rezeki (surah al jumu'ah ayat 11)                          
Enhanced by Zemanta

Related Posts by Categories



0 ulasan: