wahai orang orang yang beriman,bernafkah yakni berbelanjalah,bersedekahlah,berzakatlah,berdermalah,berjariahlah,dari apa yang telah kami rezekikan kepada kamu sebelum datangnya hari kiiamat yang tidak ada disana jual ataupun beli dan tidak ada persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi pertolongan dan orang kafir itulah orang orang yang zalim (surah al baqarah ayat 254)
ertinya
wahai orang orang yang beriman,janganlah kamu membatalkan sedekah sedekahmu itu dengan mengungkit ungkit dan menyakiti orang yang menerima pemberianmu itu samalah seperti orang yang memberikan hartanya kerana riak seperti orang yang tidak beriman kepada allah dan hari akhirat seperti orang yang tak tahu adanya perhitungan balasan allah di akhirat yakni syurga dan juga neraka (surah al baqarah ayat 264)
ertinya
syaitan berjanji kepada kamu akan kefakiran yakni membisik dalam hati kamu akan kekurangan dan kerugian dan menyeru kamu dengan kejahatan dan allah berjanji kepada kamu dengan keampunan dan menambahkan pengurniaan rezeki keatas kamu (surah al baqarah ayat 268)
ertinya
jika kamu menampakkan atau menzahirkan sedekah kamu supaya dituruti oleh orang lain maka itu adalah sebaik baiknya akan tetapi jika kamu sembunyikan nya dan kamu berikan kepada orang orang fakir miskin,maka itu adalah terlebih baik bagi kamu dan akan dihapuskan sebahagian daripada dosa dosa kamu dan allah itu amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (surah al baqarah ayat 271)
ertinya
bersedekahlah dan berzakatlah untuk orang orang kafir yang tertentu yang terikat oleh perjuangan jihad mereka pada jalan allah kerana berperang,berdakwah mengajar ilmu agama allah menyebabkan mereka tidak dapat berusaha mencari mata pencarian mereka dimuka bumi allah.orang yang jahil menyangka mereka mampu dan kaya kerana menjaga maruahnya tidak meminta minta yakni tidak tamak,kamu kenal mereka dengan bentuk mereka yang tidak meminta minta kepada orang secara mendesak dan apa apa saja harta yang baik kamu belanjakan yakni berikan atau kamu sedekahkan pada jalan allah maka sesungguhnya allah itu maha mengetahui (surah al baqarah ayat 273)
ertinya
orang yang bakhil dan mereka yang menyuruh manusia dengan kebakhilan dan mereka yang menyembunyikan apa yang diberi kepada mereka dari pengurniaannya yakni rezeki yang dikurniakannya dan kami akan menyediakan bagi mereka yakni orang orang yang kafir itu akan azab yang amat menghinakan (surah an nisa' ayat 37)
fadhilat fadhilat bersedekah
1.hadis daripada abu hurairah r.a katanya,aku dengar rasulullah saw bersabda : jangan kamu tolak orang yang meminta minta walaupun dia kafir,kata seorang sahabat:ya rasulullah saw bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?jawab nabi:bahawa mereka adalah makhluk allah juga,sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat tuhan yang maha pemurah.
2.malaikat berseru "hai tuhanku,segerakanlah yakni gantikanlah harta orang yang bersedekah dan segerakanlah yakni bala bagi orang yang enggan yakni kedekut akan bersedekah hartanya
3.sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan allah dan bersedekah berterang terangan itu penghadang api neraka
4.sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan
5.takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma atau kiranya tidak mampu maka bercakaplah dengan perkataan yang baik juga menjadi sedekah bagimu
6.bersedekah lah kamu dengan dirimu dan atas orang daripada kamu walaupun dengan semangkuk air,kalau tiada berkemampuan maka bacakanlah satu ayat dari kitab al quran atau jika kamu tidak tahu membacanya maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati allah kepada mereka
7.barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh malaikat pada hari kiamat
8.rasulullah saw pernah bersabda : sesiapa yang meringankan beban orang yang dalam kepayahan,kesukaran atau kesusahan nescaya allah akan meringankan bebannya dihari kiamat
9.mas kahwin bidadari syurga itu adalah dengan bersedekah segenggam buah kurma dan sebelah roti
10.tidak kurang harta dari sedekahnya itu yakni didunia ditambahi pula dengan berkat hartanya dan menolak bala dan di akhirat diberikan pahala serta diampunkan dosanya dan dikurnikan syurga
11.sabda nabi saw : sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar,diulangi oleh nabi sebanyak 3 kali(begitu sekali nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah)
12.sedekah menolak bala dan memanjangkan umur
13.orang yang taat beribadah kepada allah dan taat pula kepada ibubapanya tetapi dia bakhil atau kedekut serta tidak mahu bersedekah maka ia diazab atas dosa kedekutnya diakhirat.
14.yang lebih elok dengan bersedekah ialah barang yang sangat sangat disayanginya,ini sesuai sebagai mana yang terdapat didalam hadis qudsi yang bermaksud tidak kamu perolehi kebajikan sehingga kamu belanjakan yakni bersedekah atau memberi hadiah dari apa yang kamu sayangi
0 ulasan:
Catat Ulasan