Ahad, 19 Disember 2010

Home » » kelebihan surah asy syura

kelebihan surah asy syura


surah asy syura ialah surah yg ke 42 didalam al quran,mengandungi 53 ayat dan ia turunkan dimakkah.surah ini dinamakan asy syura yg beerti mesyuarat,sebagaimana yg ditegaskan didalam ayat 38.
maksudnya
dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi org orang yg menyahut dan menyambut perintah tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka,dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yg kami berikan kepadanya
kandungan terpenting surah ini ialah penjelasan allah bahawa wahyu yg diturunkan kepada nabi muhammad saw mengenai perkara asas dalam islam seperti tauhid,hari kiamat dan balasan buruk baik adalah sama seperti yg telah diwahyukan kepada rasul rasul yg terdahulu.
allah swt juga menegaskan bahawa agama yg diperakui dan diredhai nya ialah agama islam,agama tauhid seperti yg diwahyukan kepada nabi nabi dan rasul rasul sebelum nabi saw,oleh yang demikian umat islam diperintah supaya menegakkan hukum hukum islam dan meninggalkan segala larangannya.
fadhilat dan hikmah mereka yg mengamalkan membacanya surah ini amatlah besar,kerana surah ini akan menjadi pembela dan merayu kepada allah swt supaya mereka yang membacanya jangan dimasukkan kedalam neraka.
surah ini adalah satu daripada 7 surah yg tersusun didalam al quran,dimulai dengan kalimah haa miim, mereka yg mengamalkan membacanya mendapat pahala yg besar dan mendapat pembelaan diakhirat kelak.
rasulullah saw pernah bersabda
kalau sekiranya dunia ini disisi allah swt sebanding dengan sayap nyamuk atau dengan sayap burung,nescaya allah swt tidak akan memberikan kepuasan minum kepada orang kafir dengan seteguk air pun dari dunia ini.
begitu rasulullah saw menerangkan tentang celanya dunia.kalau ia bernilai,tentu allah swt tidak memberi walau sedikit nikmat kepada orang yang derhaka kepadanya.
sabda rasulullah saw yang bermaksud
anggaplah dirimu didunia ini sebagai orang asing,atau yang melintas jalan dan anggaplah dirimu sebagai seorang penghuni kubur (imam bukhari,ahmnad dan at tirmizi)
selanjutnya baginda bersabda lagi
apalah erti dunia bagiku,hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yg sedang berjalan dipanas terik,tiba tiba kelihatan olehnya sebatang pohon,lalu ia pun berteduh sejenak dibawahnya,sesaat kemudian ia pergi lagi dan meninggalkannya (hr at tirmizi)
     

Related Posts by Categories



0 ulasan: