Ahad, 19 Disember 2010

Home » » kelebihan surah fussilat

kelebihan surah fussilat


surah fussilat ialah surah yang ke 41 didalam al quran mengandungi 54 ayat,ia turunkan di makkah.
 
surah ini juga dinamakan haa miim as sajdah kerana mengandungi ayat sajdah pada ayat 38,ayat yang disunatkan sujud tilawah pabila membaca atau mendengarnya.
kandungan terpenting surah ini ialah penjelasan secara terperinci perkara tauhid.bukti bukti keesaan allahserta kekuasaan dan kemurahan allah swt.
allah swt telah memperlihatkan kepada manusia tanda tanda kekuasaan nya dimerata rata tempat dalam alam yang amat luas ini disamping bukti bukti yang ada pada diri manusia sendiri.semuanya menunjukkan kebenaran apa yg tersebut didalam al quran dan kebenaran apa yg disampaikan oleh nabi muhammad saw.
surah fussilat adalah satu daripada 7 surah sederet didalam al quran yg dimulai dengan kalimah haa miim, dengan ganjaranh pahala yg besar serta pembelaan diakhirat kelak.
ini menurut sebuah hadis rasulullah saw yg diriwayatkan oleh al baihaqi yg menyatakan bahawa didalam al quran terdapat 7 surah yg dimulai dengan haa miim , akan datang didepan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada allah "ya allah janganlah engkau masukkan keneraka ini orang yg percaya kepada aku dan membaca aku.

Related Posts by Categories



0 ulasan: