Isnin, 20 Disember 2010

Home » » kelebihan surah yaasiin

kelebihan surah yaasiin


ssurah yaasin adalah surah yang ke 36 didalam al quran,mengandungi 83 ayat.ia dinamakan yaasin kerana permulaan surah ini dengan 2 huruf iaitu yaa dan siin yang beerti hanya allah jualah yg mengetahuinya.diantara kandungan surah ini termasuklah tentang kebenaran al quran,keadaan orang kafir yang degil dan sombong enggan beriman kepada allah swt,amaran allah swt kepada mereka seperti yg berlaku pada zaman nabi nabi terdahulu dan juga tentang kekuasaan allah yg menjadikan alam ini serta mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk yang diciptanya.
sesungguhnya yaasiin adalah hati al quran,masyarakat islam tidak asing lagi mengamalkan membacanya,sekurang kurangnya setiap malam jumaat,ketika berlaku kematian dan ketika memohon sesuatu hajat,terdapat banyak hadis rasulullah saw yang menerangkan fadilat,faedah dan hikmahnya.
ertinya
daripada ma'qal bin yassar r.a bahawasanya telah bersabda rasulullah saw "hati al quran ialah yaasiin , tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yg mengharapkan allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh allah dosa dosanya,dan bacalah surah yaasiin kepada mereka yg hampir akan mati dan selepas mati (hr ahmad,abu daud,dan an nasai)
ertinya
daripada jundub r.a berkata ,telah bersabda rasulullah saw ,"sesiapa yg membaca surah yaasiin dalam satu malam semata mata mengharapkan keredhaan allah swt nescaya akan diampunkan dosa dosanya (hr malik,ibnu sunni dan ibnu hibban)
ertinya
rasulullah saw bersabda "surah yaasiin dinamakan didalam kitab taurat dengan sebutan al mu'ammah yakni yang umum , yang mengumumkan tuannya yakni pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat ,yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan (hr said bin mansur,al baihaqi dari hasan bin aziah)
ertinya 
telah bersabda rasululah saw "sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,dan hati al quran ialah surah yaasiin, sesiapa yang membacanya surah yaasiin nescaya dituliskan oleh allah swt pahala menyamai 10 kali membaca al quran seluruhnya  (hr at tirmizi dari anas r.a)

rasulullah saw juga pernah bersabda :
barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada pemberian yang sedikit beerti dia tidak berterima kasih kepada pemberian yang banyak,dan barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia beerti dia tidak berterima kasih kepada allah (hr nu'man bin basyir r.a)  

Related Posts by Categories



0 ulasan: