Isnin, 20 Disember 2010

Home » » kelebihan surah ad dukhan

kelebihan surah ad dukhan



surah ad dukhan yg beerti asap adalah surah yg ke 44 didalam al quran,mengandungi 59 ayat.ia dinamakan ad dukhan kerana mengandungi amaran allah swt terhadap kaum kafir musyrik yang menetang nabi muhammad saw bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
terdapat beberapa hadis rasulullah saw yg menyatakan fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah ad dukhan ini,diantaranya hadis yang bermaksud
diriwayatkan oleh at tirmizi dari abi hurairah bahawa sesiapa yang membaca surah haa miim ad dukhan setiap malam,maka pada esok harinya 70,000 malaikat memohon keampunan baginya
diriwayatkan oleh at tabrani dari umamah bahawa sesiapa yg membaca surah ad dukhan pada malam atau hari jumaat maka allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga
diriwayatkan oleh al baihaqi dari khalil bahawa didalam al quran terdapat 7 surah yg dimulai dengan haa miim , akan datang didepan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada allah swt dengan katanya "ya allah swt ..janganlah engkau masukkan kedalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku
daripada abu hurairah r.a katanya bahawa rasulullah saw bversabda "sesiapa membaca haa miim ad dukhan pada malam jumaat maka diberi keampunan baginya (hr ibnu katsir)
rasulullah saw bersabda sesiapa yang berjalan disuatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan ,maka allah swt akan memudahkan baginya jalan ke syurga (hr muslim)
abu hurairah r.a berkata bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud
  • siapakah yang sudi mengambil dari diriku 5 wasiat itu lalu ia mahu mengamalkannya atau mengajarkan kepada orang yang bersedia mengamalkannya ? maka aku menjawab "saya,ya rasulullah saw " maka beliau pun seraya memegang yakni menjabat tanganku lalu beliau menghitung 5 kali sambil bersabda
  • jagailah lidahmu dari perbuatan yang haram nescaya kamu menjadi orang yg paling baik dalam beribadah
  • dan puaslah terhadap kurnia yg dilimpahkan allah kepada kamu maka tentu kamu akan menjadi orang yang paling kaya
  • dan berbuat baiklah kepada tetangga kamu nescaya kamu akan menjadi seorang mukmin yang sejati
  • dan cintailah manusia sesama kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu,nescaya kamu akan menjadi seorang muslim yang sempurna
  • dan janganlah banyak bergurau kerana sesungguhnya banyak bergurau itu mematikan hati           

Related Posts by Categories



0 ulasan: