Isnin, 20 Disember 2010

Home » » kembali bermuhasabah

kembali bermuhasabah

sama ada kita sedari ataupun tidak,masa tetap akan berlalu meninggalkan kita semua ..hanya tinggal seminggu lagu kita akan menyambut tahun baru 2011..yang nyatanya setiap detik dan ketika akan membawa seseorang itu meningkat kepada lebih usia,tahun demi tahun.hari ini  adalah lebih tua dari hari semalam.keadaan ini akan berterusan tanpa memperhitungkan sama ada seseorang itu menyedari atau tidak.
dalam kesempatan ini dirasakan ada baiknya juga kita sama sama memperhitungkan diri diri kita semua dalam pernilaian buruk baik yang telah kita lakukan.tanpa menghitungkan diri,berkemungkinan besar kita akan membuat jangkaan yang salah dan tidak tepat.seseorang peniaga akan tertipu merasakan ia telah banyak punya keuntungan dalam perniagaannya pada peringkat mula,tetapi apabila dihitungkan secara lebih saksama,rupa rupanya ia telah banyak mengalami banyak kerugian kerana hasil pulangan yang tidak seimbang.

demikian juga sebagai diri kita,mungkinh kita merasakan banyak kebajikan yang telah kita lakukan seperti yang dituntut oleh agama sama ada diri sendiri mahupun juga pada masyarakat tetapi setelah dihitung dan dinilai semula,kerugian yang diperolehi kerana kebajikan yang tidak memberi kan hasil pulangan sebagai amalan kerana cara yang telah kita laksanakan dan amalkan itu tidak berlandaskan prinsipnya yang sebenar seperti yang dikehendaki...kita lakukan itu semua hanya mengikut selera kita,mengikut hawa nafsu kita dan mengikut pengertian kefahaman kita sendiri semata mata yang jauh menyimpang dari sunnah allah dan sunnah rasulnya.

kita jadikan ibadat dan doa kepada allah,misalnya,hanya sebagai satu upacara agama,tetapi bukan suatu kewajipan dan disiplin seorang hamba kepada nya,sebab itulah peraturan dan tatatertib ibadat tidak kita hormati dan patuhi.

dimajlis majlis tertentu,misalnya,kita membuka aurat,tiadanya tatatusila,adab dan sebagainya,sedang kan kita semua mengetahui ia bertentangan dengan prinsip dan juga kesopanan,kita berbelanja besar atas nama kebajikan,misalnya,kerana untuk membantu dan menderma tetapi kita tidak ikut hak hak dan batas batas kebajikan yang dituntut oleh agama kita.kita warnai corak pemikiran masyarakat dengan satu konsep yang salah terhadap amal ibadat dan kebajikan.

hasil dari itu semua,maka telah ada dalam masyarakat kita satu peringkat generasi islam yang tanpa segan dan silu dalam melakukan kemungkaran walau pun dibulan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan.mereka rela diri diri mereka dijadikan alat menghidupkan hiburan hiburan mungkar pada siang atau malam bulan bulan yang mulia.mereka sanggup dicium dan mencium,misalnya,semata mata demi sifat keghairahan yang kononnya banyak peminat..naudzubillah ..

ini semua pada mereka,mereka katakan amal kebajikan dan bakti.inilah yang sepatutnya perlu kita perhitungkan,apakah amal amal seumpama ini mendapat pulangan yang baik sebagai ibadat?
atau tidak lebih dari meningkatkan laknat dan kemungkaran allah subhanallahu ta'ala yang bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi juga kepada seluruh masyarakat itu sendiri

firman allah yang berbunyi
dan katakanlah "beramallah kamu semua dengan segala yang diperintahkan ,maka allah dan rasulnya serta orang orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada allah yang maha mengetahui perkara perkara ghaib dan yang nyata,kemudian ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan (surah at taubah 105)
yang penting sekali diperhitungkan oleh kita ialah per imbangan diantara amal kebaikan dengan perbuatan jahil,kita nilai dan kita kira kan semula,apakah dalam setiap hari dan bulan berganti tahun yang telah berlaku itu,apakah dalam setiap banyak amal amal kebaikan dikerjakan atau sebaliknya,kiranya keuntungan yang diperolehi maka bersyukurlah serta pertingkatkan lagi amal amal kita.kiranya banyak maksiat dan perbuatan jahil yang kita perolehi,kita sewajarnya menginsafi diri dan bertaubat kepadanya agar supaya dengan tindakan ini mudah mudahan akan dapat menyelamatkan kita dan kembali kepada jalan yang diredhai olehnya.
sesungguhnya berbahagialah bagi mereka yang menginsafi serta sentiasa bermuasabah diri sebab banyak nya maksiat dan perbuatan perbuatan jahil yang mereka lakukan lantas kembali kejalan kebenaran yang dituntut.
sebaliknya,sengsaralah atau celakalah bagi mereka yang sekalipun sudah banyak kesalahan perbuatan jahil dan kemaksiatan yang dilakukannya,tetapi masih mahu meneruskannya dan tidak pernah terlintas untuk mahu menginsafi padahal taubat itu sebenarnya boleh diumpamakan sebagai penawar untuk membersihkan diri dari segala perbuatan dosa.
walaupun kita bukanlah dari golongan para nabi atau rasul yang maksum,maka adalah sangat baik kalau kita mahu menggunakan masa yang ada ini untuk menyucikan diri diri kita dengan janji ikrar setia agar diri diri kita ini tidak akan mengulangi lagi kesalahan kesalahan dan maksiat yang telah kita lakukan.
saya menyeru , marilah kita semua merenung dan memuasabah kan diri diri kita dengan membersihkan hati dan jiwa disamping berusaha untuk meningkatkan amal amal kebaikan serta menjadi contoh ikutan yang baik agar supaya dalam perhitungan dihadapan allah kelak kita tidak tergolong diantara orang orang yang menderita dengan penuh penyesalan yang telah lewat,marilah kita semua mengikuti mengenai apa yang telah diperintahkan kepada kita dan menjauhi segala larangan larangannya.
saiyidina umar ibnu al khattab r.a pernah berkata "perhitungkanlah amalan diri kamu sebelum kamu semua diperhitung oleh allah dan timbanglah ia sebelum kamu semua ditimbangkan dan bersedialah kamu dengan bekalan bekalan amalan untuk pendedahan yang maha besar yakni dipadang masyar akhirat yang abadi"
firman allah yang berbunyi
maksudnya
wahai orang orang yang beriman,bertaubatlah kamu semua kepada allah dengan taubat nasuha,mudah mudahan tuhyan kamu akan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai pada hari allah tidak akan menghinakan nabi dan orang yang beriman bersama sama dengannya ,mereka bergerak cepat dihadap mereka dan disebelah kanan mereka yakni ketika orang orang munafik meraba raba dalam gelap gelita,"wahai tuhan kami,sempurnakanlah bagi kami cahaya dan limpahkanlah keampunan kepada kami,sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap tiap sesuatu (surah at tahrim ayat 8) 

Related Posts by Categories



0 ulasan: