Rabu, 22 Disember 2010

Home » » makna sedekah,zakat dan hadiah

makna sedekah,zakat dan hadiah

perkataan sedekah yang biasanya disebut didalam al quran dan hadis hadis adalah mengandungi 2 jenis

1.sedekah wajib,yakni dikenali sebagai zakat
2.sedekah sunat,iaitu sedekah secara sukarela
disamping itu ada perbezaannya diantara perkataan sedekah,hadiah dan hibah.

perkataan itu mempunyai pengertian dan maksud maksud yang tersendiri,sedekah yang ertinya pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada pertolongan atau bantuan kepada yang memerlukan dengan bertujuan mengharapkan ganjaran disisinya semata mata.

manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata.

manakala hibah pula ialah suatu bentuk pemberian yang diberikan kepada seseorang hanya berdasarkan kepada pemberian semata mata.

islam juga mengutuk terhadap orang yang mengambil semula sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain.

kita perlu mengetahui bahawa setiap harta benda dan wang ringgit apabila sudah diberikan kepada seseorang samaada dalam bentuk sedekah atau hadiah dan sebagainya,maka harta benda tersebut adalah menjadi milik orang lain yang diberikan kepadanya.

oleh yang demikian,tidak sepatutnya pemberian itu diambil semula,hal ini dapat difahamkan dari sebuah hadis rasulullah saw yang bermaksud orang yang mengambil semula pemberiannya adalah laksana orang yang menelan kembali muntahnya


sementara sedekah tidak hanya berbentuk harta benda dan wang ringgit semata mata,sebenarnya ruang dan skop sedekah amatlah luas sekali,merangkumi samaada yang berbentuk material ataupun moral,buah fikiran ataupun ilmu pengetahuan melalui lidah pertuturan dan sebagainya.

sabda rasulullah saw
setiap anggota manusia itu ada sedekahnya,pada setiap hari yang terbit padanya matahari,engkau lakukan keadilan diantara 2 orang adalah merupakan sedekah,engkau menolong seorang lelaki yang hendak menaiki kenderaan atau engkau mengangkat barangna keatas kenderaannya adalah sedekah,setiap langkah yang engkau berjalan ketempat solat adalah sedekah,percakapan yang baik adalah sedekah,engkau membuang perkara membahaya dari jalanraya adalah sedekah juga.

dalam hadis lain banyak sekali baginda rasulullah saw menerangkan tentang pelbagai rupa bentuk sedekah termasuklah al quran,berzikir,bertasbih dan sebagainya.berkaitan dengan tasbih ini pula,elok diterangkan kelebihan mana mana jemaah mengamalkan tasbih kaffarah


maksud tasbih kaffarah ialah bacaan tasbih atau doa ketika meninggalkan sesuatu majlis itu semoga kesalahan yang kita lakukan itu dihapuskan. 

hal ini dijelaskan oleh baginda dalam sebuah hadis nya yang berbunyi

sesungguhnya rasulullah saw tidak bangun meninggalkan sesuatu majlis melainkan membaca "maha suci tuhan ya allah ya tuhanku,dengan memuji engkau,tidak ada tuhan melainkan engkau dan aku bertaubat kepada engkau  

sabda baginda lagi  

tidak membaca akan dia oleh seseorang sekiranya bangun ia dari tempat duduknya melainkan diampunkan baginya kesalahan kesalahan yang berlaku daripada majlis itu         

Related Posts by Categories



0 ulasan: